KL ~ Siem Reap an Overland : Mae Khlong Market ( Part 5)
Tuesday, March 27, 2012 by Fiza_Pja
Salam semua
Selepas tercangak-cangak dalam 5minit, kami dihulurkan air mineral "its free" kata si pemberi. Melihatkan dia berbahasa Inggeris aku pun tanyalah macam mana nak ke Mae Khlong market tu. "Mekong? Mekong?" sambil tunjuk arah ke jalan besar, "walk there! turn right, wait bus there" "Ok, kappunkrap!" aku berterima kasih. Kami pun jalan lah menuju ke jalan besar yang cuma 5-10 minit berjalan dari situ (aku tak pasti adakah ini jalan besar yang sama dengan jalan besar kalau naik Song Teow), kemudian kami lintas jalan untuk menunggu bas ke arah bertentangan. Waktu ni aku memang clueless pasal bas yang akan kami tahan dan naik, adakah bas tu bas yang betul-betul bas ke, lori yang di convert jadi tuk tuk ke atau minibus? We really have no idea.
Ada beberapa cara untuk ke pasar ini dari Bangkok, samada menaiki bas dan minibus yang sama seperti nak ke Damnoen Saduak dan turun di Mae Khlong (Damnoen adalah destinasi terakhir) atau menaiki keretapi. Untuk menaiki keretapi sepenuhnya dari Bangkok akan mengambil sehari suntuk dan di ingatkan cuma ada 4 trip pergi dan balik dari/ ke stesyen Mae Khlong dalam sehari jadi perjalanan perlu dirancang sebaiknya. Ringakasan perjalanannya, naik BTS train dan turun di Wong Wian Yai Station. Dari sana perlu berjalan kaki lebih kurang 15-20minit ke stesyen keretapi Wong Wian Yai. Agak susah mencari stesyen keretapi Wong Wiai Yai ini kerana kalau tanya kepada local pun mereka akan tunjuk stesyen BTS, jadi tanya stesyen keretapi Wong Wian Yai nak ke Mahachai. Dari Wong Wian Yai keretapi ada lebih kurang setiap jam dari pukul 5.30am sampai 8.00pm dan akan mengambil masa 1 jam perjalanan dengan tambang cuma TB10. Sampai di Mahachai, keluar di sebelah kiri keretapi, masuk terus ke dalam pasar yang menjual barangan fresh, keluar dari pasar tersebut belok kanan dan jalan sampai hujung, belok ke kiri dan akan nampak ferry terminal di tepi sungai. Naik ferry untuk menyeberang sungai Tha Chin dengan tambang TB5. Ferry akan berhenti betul-betul dihujung station Ban Laem, naik keretapi dan turun di Mae Khlong Station. Perjalanan selama 1 jam untuk TB10. Jadual keretapi setiap hari dari Ban Leam ke Mae Khlong adalah pada pukul 7.30am, 10.10am, 1.30pm dan 4.40pm manakala dari Mae Khlong ke Ban Laem adalah 6.20am, 9.00am, 11.30am dan 3.30pm seperti jadual berikut.
Tiba-tiba aku jadi rajin pulak nak menulis selalu. OK, jom sambung cerita dari Damnoen Saduak.
Sekiranya diturunkan di pasar utama Damnoen Saduak, kami perlu menaiki Song Teow dengan tambang TB7 ke jalan besar dan kemudian jalan kaki cari bus station dan naik bas 996 di platform 11 untuk ke Mae Khlong (bas yang sama nak ke Damnoen kalau dari Bangkok Southern Bus Station) dengan tambang TB40 dan akan memakan masa 1jam.
Damnoen Canal network. Memang ada banyak floating market di sekitar
Inilah rupanya jeti boat yang kami naik. Gambar ehsan Cik ezu
Erk.. pemandangan belakang aku sedang berjalan menuju ke jalan besar
Dalam 10 minit menunggu, kami nampak sebuah bas berwarna biru, ahh, belasah la tahan. Aku tahan kemudian tanya pemandu bas, Mekong?? dia angguk dan selamat lah kami berada dalam perut bas bernombor 467 tersebut. Dalaman bas sangatlah berkilat-kilat dan bersinar-sinar lengkap dengan kipas siling. Dengan tambang TB17 perjalanan memakan masa lebih kurang 1/2jam sahaja. Aku minta kelendan bas beritahu di mana nak turun dan walau pun dia tak cakap english, tapi dia mengangguk. Ok, aku kena percaya makcik ni sepenuhnya. 1/2 jam kemudian makcik tu memberi isyarat dah sampai dan menunjukkan di mana pasar tersebut. Semasa melintas jalan aku tak pasti dari mana sorang makcik ni muncul tiba-tiba saja menyuruh kami ikut dia untuk ke stesyen keretapi yang terletak dihujung pasar tersebut tapi makcik tu cakap bahasa Thai lah. Kami membontoti saja dan sepanjang jalan dia bercakap-cakap ntah apa, aku layan je cakap melayu, seronok juga, haha. Kemudian dia menunjuk-nunjuk ke arah hadapan dan dia meninggalkan kami.
Interior of the 467 bus. Bersinar-sinar kan?
Inilah rupanya bas 467
Makcik ni lah yang aku layankan cakap melayu :P
Kami terus masuk ke tengah-tengah pasar tersebut melalui celahan kedai. Apa yang menarik sangat dengan Mae Khlong Market ni? Ada landasan keretapi berada di tengah-tengah pasar ini dah setiap hari keretapi datang dan pergi melalui tengah-tengah pasar ini sebanyak 8 kali. Maksud aku keretapi melalui tengah pasar ialah betul-betul tengah pasar siap lalu atas sayur-mayur segala. Tiada sempadan, tiada pagar keselamatan, tiada platform. Landasan keretapi Mae Khlong ini pada mulanya dibina secara private bertujuan khusus untuk mengangkut barang-barang produce seperti sayuran dan hasil laut dari Samut Sakhon dan Samut Songkhram ke pasar-pasar di Bangkok yang mana rangkaiannya tidak bersambung dengan rangkaian utama keretapi national.
Masuk ikut celah kedai
Selamba badak je meniaga atas landasan keretapi yang masih digunakan
Ada beberapa cara untuk ke pasar ini dari Bangkok, samada menaiki bas dan minibus yang sama seperti nak ke Damnoen Saduak dan turun di Mae Khlong (Damnoen adalah destinasi terakhir) atau menaiki keretapi. Untuk menaiki keretapi sepenuhnya dari Bangkok akan mengambil sehari suntuk dan di ingatkan cuma ada 4 trip pergi dan balik dari/ ke stesyen Mae Khlong dalam sehari jadi perjalanan perlu dirancang sebaiknya. Ringakasan perjalanannya, naik BTS train dan turun di Wong Wian Yai Station. Dari sana perlu berjalan kaki lebih kurang 15-20minit ke stesyen keretapi Wong Wian Yai. Agak susah mencari stesyen keretapi Wong Wiai Yai ini kerana kalau tanya kepada local pun mereka akan tunjuk stesyen BTS, jadi tanya stesyen keretapi Wong Wian Yai nak ke Mahachai. Dari Wong Wian Yai keretapi ada lebih kurang setiap jam dari pukul 5.30am sampai 8.00pm dan akan mengambil masa 1 jam perjalanan dengan tambang cuma TB10. Sampai di Mahachai, keluar di sebelah kiri keretapi, masuk terus ke dalam pasar yang menjual barangan fresh, keluar dari pasar tersebut belok kanan dan jalan sampai hujung, belok ke kiri dan akan nampak ferry terminal di tepi sungai. Naik ferry untuk menyeberang sungai Tha Chin dengan tambang TB5. Ferry akan berhenti betul-betul dihujung station Ban Laem, naik keretapi dan turun di Mae Khlong Station. Perjalanan selama 1 jam untuk TB10. Jadual keretapi setiap hari dari Ban Leam ke Mae Khlong adalah pada pukul 7.30am, 10.10am, 1.30pm dan 4.40pm manakala dari Mae Khlong ke Ban Laem adalah 6.20am, 9.00am, 11.30am dan 3.30pm seperti jadual berikut.
Ban Laem ~ Mae Khlong ~ Ban Laem train schedule
Please note that if you take the 1.30pm train from Ban Laem, you wont be able to see the train passing through the mae khlong market as the last train leaving is on the next trip which you need to be in that train, unless you are planning to go back to Bangkok via other mode of transportation. Sebaik-baiknya rancang supaya korang boleh sampai dengan keretapi 10.10am dari Ban Laem, korang akan berpeluang melihat keretapi lalu sebanyak 2 kali iaitu keretapi dari Mae Khlong pukul 11.30a.m dan keretapi baru sampai dari ban Leam pukul 2.30pm seterusnya berada dalam keretapi terakhir meninggalkan Mae Khlong pada pukul 3.30pm.
Inilah rupa stesyen keretapi Mae Khlong
Berbalik kepada cerita kami, kami sampai 11.30 pagi dan sepatutnya keretapi yang tinggal adalah keretapi terakhir (pukul 3.30 petang) tapi pertama kali aku rasa bertuahnya keretapi delay, kebetulan keretapi 11.30 pagi belum sampai dan ditunda pada pukul 12.15tgh hari. Jadi kami tak perlu menunggu lama untuk balik ke Bangkok. Selepas membeli tiket kami kembali ke pasar tesebut. Lebih kurang 5 minit kemudian wisel dibunyikan menandakan keretapi akan tiba dan suasana pasar tersebut bertukar sekelip mata. Daripada kawasan yang dipenuhi bumbung kanvas ke satu pemandangan yang terang benderang. Dalam masa tak sampai 2 minit, keretapi pun lalu dan sungguh aku tak sangka keretapi tu lalu depan mata hanya 2-3 inci saja. Memanglah keretapi yang lalu tu perlahan saja tapi jika kena langgar kalau tak mati haruslah cedera parah. Selesai keretapi lalu, suasana bertukar kembali kepada keadaan asal juga dalam beberapa saat. Sekejap lagi bila keretapi lalu mereka akan melakukan rutin yang sama. All together 8 kali sehari mereka begitu.
Sebaik saja wisel dibunyikan, kanvas mula dialihkan
Taddaa!! sudah clear untuk menanti keretapi lalu
Look how close we are with the moving train
Sekali lagi bertukar wajah sekelip mata
10 minit kemudian kami sudah berada dalam keretapi yang lalu tadi melalui kembali pasar tersebut untuk ke stesyen Ban Laem. kalau tadi kami melihat dari pemandangan peniaga pasar, kali ini kami melihat dari sudut pemandu dan penumpang keretapi dan 1 jam lepas tu kami selamat turun di stesyen Ban Laem.
Pemandangan dari atas keretapi
Salah satu stesyen di kawasan pedalaman
Stesyen Ban Laem
Jeti untuk menaiki tongkang menyeberangi sungai
Kami just go with the flow mana orang ramai-ramai pergi sebab tak tau mana nak naik ferry ke seberang sungai. Rupa feri adalah seperti kapal tunda tongkang lebih kurang 5 minit perjalanan. Kami sempat berborak dengan satu couple dari Singapura yang bersungguh menyuruh kami ke khao san road. Melalui apa yang aku yang baca khao san road ni memang popular dikalangan backpackers dan katanya saling tak tumpah macam petaling street. Kalau aku ada masa mungkin boleh juga dijadikan acara tetapi memandangkan kami cuma ada 2 hari di Bangkok maka Khao San road ni bukanlah priority. Tambahan pula tiada keretapi atau MRT mahupun BTS yang lalu di kawasan tersebut jadi option yang tinggal kenalah naik teksi kalau ada duit lebih tak pun naik bas. Pasangan Singapura tersebut meniggalkan kami untuk menaiki bas ke destinasi berikutnya. So, what's next? Aku cuba juga bertanya di mana stesyen keretapi Mahachai, tapi nampaknya macam takde orang yang berbahasa inggeris, maka kami hanya jalan ikut naluri. Turun dari dari tongkang tadi, kami belok ke kanan (kanan lebih afdhal bak kata ain) ke arah pasar. Kemudian aku nampak sebuah kedai emas yang tuannya nampak macam boleh berbahasa inggeris, dan ya tekaan aku tepat. Rupanya stesyen berada di celahan pasar dan perlu berjalan ke depan sedikit dan boleh nampak stesyen di antara kedai. Kami terus ke kaunter, tapi tutup dan akan dibuka semula sejam kemudian mungkin lunch break.
Stesyen Mahachai
Inilah rupa platform stesyen Mahachai, juga terletak di tengah pasar, tapi tak macam Mae Khlong
Sementara menunggu kaunter buka, kami berjalan-jalan di sekitar pasar tersebut, kesemua barangnya sangat fresh terutama ikan sepat masin! Kalaulah kami tidak ke Cambodia lepas tu, mesti dah borong sorang sekilo! haha.. Banyak juga kami jumpa katak fresh yang baru disembelih (sembelih ke??) cukup gebu! yek! yek! Makcik-makcik yang berniaga di situ juga cukup peramah dan walaupun berlainan bahasa mereka tetap menegur dan memberikan senyuman. Tapi apa yang aku peliknya ramai local teka samada kami dari Indonesia atau dari Filifina, sangat jarang yang kata kami dari Malaysia.
nampak tak apa tu?
Fresh gila kan? heeee
Lebih kurang pukul 2.30pm keretapi bergerak meniggalkan Stesyen Mahachai ke Stesyen Wong Wian Yai. Sejam kemudian kami sampai di Wong Wian Yai dan aku terus je tanya orang mana stesyen BTS. Jaraknya lebih kurang 15minit berjalan dan perjalanan seharian untuk hari itu memang sangat memenatkan. Sampai di hostel agak awal lebih kurang 15 minit ke pukul 5petang, aku sempat bantai tidur dulu.
Weh.. gigih la pulak aku karang entry ni. Tunggulah aku sambung cerita cari makan di waktu malam pulak, nanti aku taip pendek je ek :) eh, chop! aku tak habis karang lagi cerita Penang weh! Chiao!