Cameron Highlands
Wednesday, January 26, 2011 by Fiza_Pja
Macam dah lama tak cerita pasal jenjalan kan, since hjg minggu ni aku nak jalan² kat tmpat sejuk yng difahamkan suhunya antara 10°c~ 15°c pada hari siang, tetiba aku terasa nak cerita pasal jenjalan ke cameron highlands. Aku dah sampai Cameron ni beberapa kali thanks to kawan yang mula² bawa aku jalan² ke sini. Tahun 2009 berkesempatan merasa bermalam di sana, (thanks to Dina sponsor banglo Sime darby) uih tak tahan sejuk kalah pasang aircond 16°c. Mana taknya aku ada terbaca fakta suhu average Cameron pada hari siang dlm 20-22°c dan boleh mencecah 10°c pada waktu mlm. Memang sojuk la mlm² dan sgt sesuai utk org honeymoon, eh awat tetiba sebut honeymoon bagai nih?? heee :)
Banglo Sime Darby sponsoran Dina :)
Untuk ke Cameron, aku cadangkan pergi ikut exit Simpang Pulai dan balik turun ikut ikut Tapah (aku ikut saranan kawan dan aku setuju sepenuhnya). Tp kalau nak pergi dan balik ikut Smpg Pulai atau Tapah pun boleh saja korang yang drive bukan aku. Sbb? Simpang Pulai jalannya tidak terlalu seperti ular kene palu mcm jalan dari Tapah. Untuk org mcm aku yg bawa kereta tak boleh tahan duduk belakang lori besar lama² dgn kelajuan aku nak masuk gear 4 pun tak lepas maka laluan mandaki dari Tapah mmg bukan pilihan. Perjalanan dari KL ke Cameron lebih kurang 3~4jam bergantung pada kelajuan + keadaan trafik. Lagi bnyk lori, lg lamalah dok dlm kereta.
Apa ada kat sana? Takdelah benda² meriah sgt tp sbb aku kan suka tgk hijau sana sini, jadi aku mmg suka Cameron ni tambahan lagi suasana dia sejuk. Di sini boleh singgah ladang strawberry dan petik sendiri mana² strawberry yang anda suka. Tp aku tak pernah pula petik strawberry bagai ni. Oh, aku juga suka strawberry cicah coklat.. sila jgn bayangkan siti nurhaliza pulak ye bukan dia sorang yg suka makan benda ni. Selain strawberry, benda² yang bnyk kat sini seperti buah²an oren, jagung, limau, pisang kaki, sayuran mmg bnyk dan murah gila, dan yang paling aku suka~ roses!
Sayuran meriah bagai
Ini bunga -bungaan di cameron dan setelah sampai ke atas meja dirumah
Aku takdelah fancy sgt dgn bunga² tp kalau pergi Cameron jadi excited tengok bunga dan biasanya balik dari Cameron rumah aku mesti seminggu berwangikan bau ros segar.
Tengoklah manusia² ni shopping sakan
Satu lagi tarikan Cameron ni semestinya ladang teh yang hijau terbentang. Apa lagi, ambil gambar ala² cerita Hindustan guling-guling, lari-lari bagai la! Hehehe…
pssstt: Tetiba aku nak komen something. Biasala kan kita blog walking kat blog org dan memacam ceritalah boleh baca/ tgk samada vlog atau picblog. Tp aku mcm emo la bila ada org mcm komen blog sepatutnya tulisan nape nak letak gambar bagai-bagai. eh, aku lagi suka baca ada gambar bnyk-bnyk sebab tu aku suka baca komik berbanding baca novel. Cuba bayangkan baca buku biologi tanpa gambarajah, sepatah haram aku tak paham. Maybe ko budak sastera boleh la tulis pepanjang bahasa bunga bagai. Tak salah kot nak letak gambar bnyk mana pon dlm blog, sekian..
watch out for next entry, opening jenjalan utk 2011. Cepatlah hari Jumaat!! tak sabar sudah... :)
:D
laaa aku ek 1st time bawak ko p cameron?sampai dah reti p sendiri tanpa aku ek?
lenkali ajak aku.tq