Kurus & Diet
Wednesday, January 12, 2011 by Fiza_Pja
Tetiba terasa nak bercerita pasal kurus dan diet
Kurus, perkataan yg hampir semua org nak jadi
Kenapa? Ntah ek. Kurus itu menawan? Mungkin kot. Aku? Aku pun tak tau aku jatuh kategori apa. Sedang² saja mungkin. Aku kagum dgn manusia² yang gigih berdiet tak makan. Menahan makan sungguh aku tak sanggup, haha. Eh tapi aku puasa ye di bulan ramadhan. Aku lebih rela bangun pagi² pergi panjat bukit daripada tak makan bagai. Aku makan apa saja yang aku rasa nak makan. Yang penting makan adalah untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
Sebenarnya amalan diet telah disalahertikan oleh kebanyakan orang. Ramai menganggap diet adalah menahan makan, tidak makan untuk menurunkan berat badan. Diet pada pemahaman aku sendiri adalah cara pemakanan, bukan menahan makan. Diet seimbang atau cara pemakanan seimbang yang sepatutnya diamalkan, bukan tidak makan. Dan ia sepatutnya disertakan dengan senaman.
Cara makan aku? Pagi aku tak perlu sarapan bagai², cukup sekadar secawan minuman yg bersusu dan sepaket biskut. Tengah hari aku mkn mcm org biasa saja, nasi+sayur+1 lauk. Sekali sekala aku sarapan meriah juga nasi lemak ke, mee goreng ke, bihun ke, lontong ke, roti canai bagai. Tp kalau aku sarapan berat² mcm tu aku akan sarapan merangkap lunch atau nama glemernya “branch” dan aku akan skip lunch. Petang² selalunya aku munch² saja, biasanya biskutlah apa lagi. Untuk dinner aku jarang makan beria, lebih² pun roti atau biskut cicah neslo. Syok weh sambil tgk tv. Tapi adalah juga dinner kat kedai dgn member² sungguh tipu kalau takde langsung. Aku mkn beria betul² bila balik kg sbb mak aku masak besh², hee. BTW, family aku dinner pkl 6.30ptg.
Ya, mmg takde control apa dlm diet aku, cuma yang aku jaga ialah pengambilan minuman berkarbonat terutamanya coke & pepsi. Aku pasti ramai yang tau segelas je gula dia sembilan sudu! Humang aih.. takut aku. Aku akan minum benda² gitu kalau naik bukit (100+) atau bila dah penat sgt jalan² berjalan. Kandungan gulanya mmg boleh bagi tenaga. Aku ngan kawan pon panggil dia air sedap sbb memang sedap pon pasal tu ramai org suka minum air bersoda. Makanan pun sama kalau boleh elakkan benda manis². Selain tu, amalkanlah minum air masak bnyk².
Senaman? Aku bersenam bukan untuk kurus, tp untuk keep fit dan keep toned. Lately aku suka buat lompat bintang. 100X sekurang²nya sehari. 50X pagi bgn tidur, 50X petang balik kerja. Kalau rajin, buat lah lebih² sikit. Aku sgt rajin buat senaman abdomen. Mcm mana? Alah, browse saja internet bnyk sangat cara siap demo. Aku buat since zaman belajar² lagi. Jadi kalau baru seminggu dua bersit-up bagai, jgn lah berangan lebih nak tgk 6pax kat perut sendiri, lagi pulak kalau takat 10X je sehari. Aku buat makan tahun juga lah. Tp tamau la pulak ada 6pax kat perut aku mcm buruk benor la plak bila bayangkan, hahaha. OK sila padam bayangan anda sekarang.
Lain dari senaman² harian aku nih, masa zaman dahulu kala dlm sebulan 1-2X aku pegi la panjat bukit, samada bukit Broga atau bukit tabur. Skrg dah ada port gak bila balik kg, bukit soga. Jadi aku heretlah juga adik + sepupu aku pergi panjat bukit, huhu mereka menyampah dgn aku :P. Dulu sebelum kawan kahwin hampir setiap minggu menabur. Kadang² sabtu aku dah naik, ahad naik lagi. Skrg aktiviti menabur sudah kurang kerana takde geng. Tp recently ni almost everyday jalan kaki round site so boleh kot ganti aktiviti panjat bukit. Heee... Kalau kawan takpe dia dah ada Adam & Adra senang² je bleh kurus dgn bf mereka :) Sy masih tiada sapa².. uhuk..uhuk.. :(( hahahaha... Eh, aku dah start lari daripada topik asal.
Ok, balik cerita kurus. Kadang² aku pelik juga org yang kurus sibuk kata dia nak kurus ntah nak sampai mcm org tak mkn kat somalia tu kot baru dia kata dia kurus dan kadang² aku pun tak faham mcm mana pulak org gemuk yang tau dia gemuk tp membiarkan diri dia terus jadi gemuk lepas tu bising² tak boleh nak kurus. Tp aku lagi pelik org selalu pakai ketat metat sedangkan gedenyet* berlipat² dah mcm ada tiga spare tyre kat situ, pastu pakai pula micro mini skirt atau micro mini pants yg sendat dan kalau tonggeng sikit nmpak lurah atas dan bawah. Apa boleh nampak kurus dan seksi mcm jenifer garner atau angelina jolie ke pakai begitu? Tak selera aku nak tgk de. Tp kalau jantan tgk mmg berseleralah kot?? Jadi ada apa dgn kurus? Jom diet cara aku supaya kurus mcm aku. Eh, kurus kah aku? Tak pon. Emak aku kata aku gemuk! :P
Nota kaki: * gedenyet- istilah yg dicipta classmate aku masa di UM untuk lemak² diperut, kalau org jawa kata babat