Melaka

Assalamualaikum..

Memang menjadi kebiasaan aku come out with last minute plan untuk hujung minggu. One of them was to Melaka hujung oktober lepas. Aku call Ain cerita² nak ke Melaka, dengan segera dia terbang dari Penang ke KL sungguh effisyen housemate gelap ku ini. Pagi Sabtu sempat service kereta segala, petang selepas asar kami bertolak. Tak sampai 2 jam sampailah kami ke Melaka. Disebabkan aku ni tak pernah memandu masuk bandar Melaka, makanya tercangak² juga nak mencari arah ke tengah Bandar Hilir. Nampak sungai orang 2 orang ni terlebih excited padahal bandarnya tah mana² lagi! Berpusing² juga 2-3 kali mencari arah ke bahagian bangunan merah dan jonker street. Akhirnya jumpa! Kemudian misi mencari tempat tidur. Kami parking berhampiran Mahkota Parade dan gigih berjalan keliling dari satu hotel ke satu hotel, semuanya penuh. Akhirnya dapat juga di Samudera backpackers RM70/night double bed siap aircond, tv, hot shower segala. Letak beg, terus berjalan ke arah Jonker Street. On the way sempat mengisi perut di dataran pahlawan.

Ain dan beca

Sebenarnya aku teringin sangat nak naik Melaka River Cruise tapi selama ni semua orang taknak sebab katanya mahal sangat. Malam tu aku cakap kat ain tak kira kene gak naik hehe dan dia OK saja, makanya terus saja ke kaunter tiket. Takdelah mahal mana cuma RM10 saja seorang untuk cruise hampir sejam. Cantik juga bahagian belakang Jonker Street’s shop houses di waktu malam. Kalau naik cruise ni jaga² dengan air sungai yang terpercik² kena muka dah la busuk, terutama bila bertembung dengan boat yang berlainan arah. Perjalanan menyelusuri sg Melaka dari dataran Sg Melaka sehingga ke Kg Moterm. Tetiba aku ternampak ada stesyen monorail kat tepi sungai tu. Tak sangka Melaka ada monorail weh!
Monorail Melaka, Johor ada?? haha..
Turun cruise, kami ke pasar malam Jonker Street. Pasar malam ni ada malam minggu sahaja yek. Baru aku ambik gambar sikit² bateri dah flat! Benci!! Aku lupa charge pagi tadi. Makanya mood terus hilang aku ajak je ain balik hostel.
Esok pagi lebih kurang jam 9 kami dah check out, sarapan roti canai kat belakang hostel then naik kereta parking dekat area A famosa. Kami naik ke kota a famosa memandangkan last sekali aku naik situ masa aku sekolah rendah jadi apa sangatlah yang aku boleh appreciate masa tu kan. Kemudian kami berjalan kaki explore pulak tepi sungai yang kami naik cruise malam tadi tapi takdelah sampai ke kg moterm tu mau sampai ke petang aku tak balik KL lagi karang. Lebih kurang 1 tgh hari kami pun start kereta dan gerak balik ke KL bagi mengelakkan jem hari Ahad.
Pakcik beca yang sibuk suruh kitorang naik beca dia
Aku ingatkan dorang ni ramai2 beratur nak beli tiket beca, rerupanya kedai makan!
Menikmati sarapan pagi?
Tak sabar nak melawat ain di penang bulan depan!

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum