Hanoi 2011 - Part 2

Assalamualaikum

Meh sambung entry ni

Day 2 (22 Sept 2011)

Hari ini kami akan ke Ha Long Bay, setelah puas aku google, aku jumpa tour agent yang murah yang boleh join ramai² ngan tourist lain tambah pula sampai ke Hostel semalam diorang bagi lagi diskaun sorang $3.For info, Halong Bay terdiri daripada lebih 2000 pulau dan gua batu kapur semulajadi. This should be one of the must go kalau ke Hanoi. Pagi masing² dah bangun awal gila sampai kami naik ke cafĂ© pun sarapan tak masak lagi. Gila kebulur! Jam 7 pagi receptionist buat wake up call, apa daa orang dah bangun lama dah. Lama juga menunggu bas sampai sempat kami tukar duit (maklumlah money changer depan receptionist hostel tu je), ulang alik ke bilik segala! Lebih kurang jam 9 pg bas pun sampai dan perjalanan memakan masa lebih kurang 4~5 jam walaupun jaraknya cuma 170km dari Hanoi disebabkan gaya pemanduan ala² orang tengah bercinta! Pertengahan jalan kami disinggahkan ke tempat jual² sourvenir lebih kurang ½ jam sempat jugaklah menghabiskan duit sikit².

 Dalam bas
Antara sourvenir yang dihasilkan oleh mangsa perang vietnam. Yang seperti lukisan itu adalah hasil tenunan

Sampai di jeti ke Ha Long Bay jam 1.30 tgh hari terus naik bot dan kami dihidangkan lunch. Tak sempat lunch hidang atas meja, kitorang dah melilau ke dek sampai kene jerit di panggil makan, heh. Kami duduk semeja dengan couple dari Norway. Eh Norway ke? Haha, tak ingat dah. Si girlfriend (pun aku tak ingat dah nama dia, tula sapa suruh lambat sangat up cerita? :P) pernah menetap & bekerja di Malaysia. Di kedutaan. Selesai makan, melilau kembali atas dek. Lantas jumpa pula pelancong dari jepun di Halong Bay yang romantik itu hahahaha.. Rupa²nya dorang satu bas dengan kitorang. Che Pah sudah sengih². kawaii nehh!! Erk, aku rasa kawaii tu lebih sesuai utk perempuan. “Karera wa hansamudesu neh!!” haa.. lebih sesuai gitu :D Dengan tak semena² tiba² kitorang dah sebaris dengan diorang di ajak bergambar! Yokatta!! Ngeh ngeh ngeh… kitorang sengih sampai telinga sampai esok sengih tak habis! Ok Pija, stop sengih NOW! Hehe.. (masih sengih bila teringat) Kami sampai ke Floating village, rupanya lebih kurang je macam kat Mabul ke, Sandakan ke, tp this village is really 100% atas air. Tiada daratan! Kemudian kami dibawa menaiki sampan yang dibuat daripada anyaman mengkuang dan disapu damp proof membrane di dalamnya. Mula² mmg rasa tak secure, tapi lama² aku boleh berdiri dalam tu!
A local boy trying to sell banana to us. Bukan kitorang taknak beli dik, kitorang sendiri pun songlap pisang kat hostel masa breakfast pagi tadi!
    
Nihon wa Mareshia au toki
View towards the floating village 
   
   
   
   
   
   
Sekolah
Kemudian kami dibawa ke sebuah gua yang baru saja ditemui 5 tahun lepas. Memanglah bagus usaha kerajaan Vietnam menghias bagai gua tu tapi aku rasa dah terlalu decorative dan tak original. Cantik lagi gua gomantong, Sandakan walaupun tiada apa² pembersihan dilakukan kat dalam tu. Anyway, banyak sangat mengambil gambar, kami sekali lagi dijerit dek tour guide cepat sikit sebab kapal nak balik dah. Hek eleh.. rileks la bro! Huhu.. maka terpaksa lah lagi kami berlari² anak (tak kuasa nak lari laju² weh, kau tunggu lah, aku kan dah bayar) turun ke kapal. Ni yang aku tak berapa nak gemar ikut tour. Tapi sebab time limited, tebalkan je telinga. Dalam berlari² masih sempat ambil gambar
Lebih kurang jam 4 petang kami sampai semula ke darat dan kembali melayan perasaan tak sabar dengan gaya pemanduan teramat santai mereka itu. Lebih kurang jam 8malam kami sampai di hostel terus saja kami order delivery dari restoren Nisa semalam. Order nasi berlauk segala dengan 14 batang spring rolls! Hahaha.. manalah kitorang tau portion dia macam mana (sebab dia kata satu set 7 pieces, kitorang order 2 sets), sekali hamek ko boleh muntah nak habiskan.
14 ketul spring rolls. Pengsan nak habiskan
*Photo by Che Pah (gmbr makanan mestilah che pah :P)

Lepas makan macam nak pecah perut dengan spring rolls, kitorang meronda² sekitar old quarters melihat² suasana malam. Tak banyak yang boleh dilihat kerana kebanyakan kedai sudah ditutup, kami pulang ke Hostel semula. Kami perlu recharge segala macam bateri kamera, telefon segala dengan power point yang limited dan masing² juga perlu recharge kerana itinerary esok juga bermula jam 8 pagi.

Malam di Old Quaters, Hanoi
Mencari arah
 *Also this photo courtesy by Che Pah

Haih.. memula ingatkan nak sumbat kasi habes jek cerita Hanoi nih, tp sbb bnyk sgt up ganbar, internet tersangatlah lembab kat tengah hutan ni, jadinya tunggu jelah part 3 ; Hua Lu ~ Tam Coc. Mata neh!

1 comments:

    On November 9, 2011 at 5:27 PM Anonymous said...

    sedapnya spring roll!!!! jom pegi lagi!!!!

    -Ain-

     

Blogger Templates by Blog Forum