Hanoi 2011 - Part 3

Assalamualaikum...

Lama ek nak sambung cerita part 2 ni

Day 3 (23 Sept 2011)

Hari ni kami ke Hoa Lu & Tam Coc. Sebenarnya ada banyak tempat menarik boleh di lawati di Hanoi sampai aku rambang mata, tapi disebabkan ini hanya short trip hanya boleh pilih 2 tempat sahaja selain jalan² dalam town, akhirnya aku pilih yang ini sebab dia murah kot?? Haha, ntah tak ingat. Tapi bagi pencinta alam macam aku trip ni memang berbaloi². Pagi tu kami agak terlajak, jam 7 pagi baru masing² terhegeh² nak masuk toilet. Tengah sarapan receptionist hotel dah panggil kami kata bas dah sampai. Alamak, baru jek nak makan makanya makan laju² dan sempat tapau pisang dan 4 biji telur rebus :P Terkejar² jugalah melintas jalan nak naik bas (tiba-tiba terus expert lintas jalan di Hanoi!) Perjalanan hari ini dekat sikit berbanding semalam. Hoa Lu terletak kira² 100km dari Hanoi terletak di daerah Ninh Binh merupakan ibu kota purba Vietnam pada zaman dynasty Dinh. Kami tiba di Hoa Lu kira² jam 10.30 pagi. Ia merupakan sebuah istana lama pemerintahan diraja Vietnam. Architectural wise lebih kurang Chinese architecture (Hanoi pun dah dekat dengan border China). Lebih kurang sejam di sini, sekali lagi kami terpaksa berlarian kerana ahli rombongan yang lain sudah jauh di depan untuk ke destinasi seterusnya. Dalam pada berlarian, masih sempat sekali lagi menegur pelancong Jepun siap bergambar segala..
 Di hadapan pintu gerbang Hoa Lu
 Posing hulubalang kah?
 Maraysia jin meets Nihon jin

Kemudian perjalanan diteruskan ke Tam Coc kira² 15-20minit dari Hoa Lu . Tam Coc bererti 3 gua yang terdapat di sepanjang sungai Ngo Dong. Bentuk rupa buminya juga terdiri daripada struktur² batu kapur menyebabkan ia juga dikenali sebagai Halong Bay daratan. Kami dihidangkan lunch sebelum menaiki sampan. Kami ditempatkan semeja dengan 4 orang mat salleh, pulak tu bila diorang tanya apakah lauk² yang dihidangkan ada pula yang di address sebagai ‘pork’. Rasa macam nak muntah kat situ jugak! Since kami dah request vegetarian food masa booking, memang kami punya portion semua sayur² dengan bihun rendam air campur taugeh. Dan disebabkan ada lembu kaki pendek atas tu, memang tak lalu nak makan, buekkk!!! Nasib baik kitorang cilok pisang dan telur pagi tadi. Boleh la buat isi perut.

Selepas lunch bermulalah perjalanan menyelusuri sungai Ngo Dong menaiki sampan. Setiap bot boleh memuatkan maximum 4 orang termasuk pendayung sampan. Che’ Pah naik bersama Hifzan dan aku bersama Ain. Keseluruhan perjalanan pergi dan balik memakan masa kira² 2 jam. Di hujung perjalanan sebelum berpatah balik, ramai penjaja mengambil kesempatan menjual barangan, makanan, minuman segala. Kena tabah mengharungi. Tengah² perjalanan balik pun, makcik pendayung ni berenti nak jual souvenir² kat kitorang, aku cakap je kitorang dah beli sourvenir yang dia jual tu, dia dok tak faham, lantak ko lah bebel². Benci tau jual ala² nak paksa² ni.

 Inilah rupanya sampan-sampan yang akan dinaiki
Che' Pah & Hifzan. Mereka ada 2 pendayung, kami ada 1 jek...
 The japanese (on the left) and we found a malaysian (on the right)
Owh ye, sepanjang perjalanan juga ada ramai ‘photographer’ yang cuba snap gambar then bila naik ke darat dorang akan jual kat ko. So nak selamat, alihkan muka sepantas mungkin sekiranya ada kamera asing yang ditalakan kepada anda. Sampai ke darat, makcik tu mintak tips pulak. Sebab dah dipesan guide tadi 10k~20k dah memadai dan since aku ngan ain dah bagi dia air tin free tadi, kitorang bg lah sorang 5k (total 10k), boleh pulak dia mintak 50k! haishh.. Kitorang buat² tak faham jela apa benda dia membebel. Sampai atas darat dikejar pulak sang ‘photographer’. Berlari² aku dengan ain cari bas kitorang. Lepas satu azab. Kemudian kami meninjau² kedai sourvenir yang berderet² kat depan tu, sampai ke situ dorang kejar kitorang suruh beli gambar tu. Korang ni tak nampak ke kamera aku ni?? Hati sudah panas! Hahaha… lantak korang lah..
View semasa perjalanan pulang
Lebih kurang jam 4pm kami bertolak semula ke Hanoi. Sampai di Hanoi hari dah gelap dan since kitorang plan nak ke pasar malam (weekend only) kami minta diturunkan berhampiran Nisa Restaurant (memang situ jelah port kitorang sbb tak sempat nak cari kedai halal yang lain). Maklumlah, siang tadi makan pisang dan telur rebus sebiji je, mau tak lapar beb! Malam tu kami order 4ketul jek spring roll. Orang kedai tu aku belum order dia dah cakap dulu spring roll lambat sikit belum goreng, hahaha.. tau lah semalam kitorang borong spring roll korang!
 Sampai Hanoi hari sudah gelap
Ittadakimasu!!
Selesai solat dan makan, kami berjalan ke night market. Memang meriah dan panjang gila pasar malam dia. Happening! Macam² ada. Sempat kami memborong selendang sengih sampai telinga kakak tu yelah, mana ada orang nak borong selendang banyak² kat Vietnam? Jalan punya jalan, terjumpa dengan Cho Dong Xuan sebenar yang sepatutnya di singgah di hari pertama kami di sini untuk memborong kain. Tapi apakan daya, malam² dia tutup! Boleh tengok dari luar jelah. Malam tu pun battery camera aku flat seharian dia berkerja hari tu.

Untuk sampai dari satu hujung ka satu hujung rasanya makan masa lebih satu jam. Itu pun kitorang jalan laju² kat tengah² lautan lautan manusia! Kalau tak mau 2 jam nak habiskan satu lane! Menghabiskan masa lebih kurang 3 jam di sana dan macam biasa jalan kakilah balik hostel.
Esok pagi² nak ke airport hari pulang sudah tiba.. Hopefully boleh datang Hanoi lagi aku nak buat Sapa trekking naik train! Siapa mau join?? :D

 Sebelum meninggalkan hostel
Ain dapat bunga sebab semalam (22 Sept) birthday dia
** sedang sibuk dengan beberapa projek tahun depan as soon as feb 2012. Eh, projek tahun ni pun tak habis lagilah! Hehehe….

Melaka

Assalamualaikum..

Memang menjadi kebiasaan aku come out with last minute plan untuk hujung minggu. One of them was to Melaka hujung oktober lepas. Aku call Ain cerita² nak ke Melaka, dengan segera dia terbang dari Penang ke KL sungguh effisyen housemate gelap ku ini. Pagi Sabtu sempat service kereta segala, petang selepas asar kami bertolak. Tak sampai 2 jam sampailah kami ke Melaka. Disebabkan aku ni tak pernah memandu masuk bandar Melaka, makanya tercangak² juga nak mencari arah ke tengah Bandar Hilir. Nampak sungai orang 2 orang ni terlebih excited padahal bandarnya tah mana² lagi! Berpusing² juga 2-3 kali mencari arah ke bahagian bangunan merah dan jonker street. Akhirnya jumpa! Kemudian misi mencari tempat tidur. Kami parking berhampiran Mahkota Parade dan gigih berjalan keliling dari satu hotel ke satu hotel, semuanya penuh. Akhirnya dapat juga di Samudera backpackers RM70/night double bed siap aircond, tv, hot shower segala. Letak beg, terus berjalan ke arah Jonker Street. On the way sempat mengisi perut di dataran pahlawan.

Ain dan beca

Sebenarnya aku teringin sangat nak naik Melaka River Cruise tapi selama ni semua orang taknak sebab katanya mahal sangat. Malam tu aku cakap kat ain tak kira kene gak naik hehe dan dia OK saja, makanya terus saja ke kaunter tiket. Takdelah mahal mana cuma RM10 saja seorang untuk cruise hampir sejam. Cantik juga bahagian belakang Jonker Street’s shop houses di waktu malam. Kalau naik cruise ni jaga² dengan air sungai yang terpercik² kena muka dah la busuk, terutama bila bertembung dengan boat yang berlainan arah. Perjalanan menyelusuri sg Melaka dari dataran Sg Melaka sehingga ke Kg Moterm. Tetiba aku ternampak ada stesyen monorail kat tepi sungai tu. Tak sangka Melaka ada monorail weh!
Monorail Melaka, Johor ada?? haha..
Turun cruise, kami ke pasar malam Jonker Street. Pasar malam ni ada malam minggu sahaja yek. Baru aku ambik gambar sikit² bateri dah flat! Benci!! Aku lupa charge pagi tadi. Makanya mood terus hilang aku ajak je ain balik hostel.
Esok pagi lebih kurang jam 9 kami dah check out, sarapan roti canai kat belakang hostel then naik kereta parking dekat area A famosa. Kami naik ke kota a famosa memandangkan last sekali aku naik situ masa aku sekolah rendah jadi apa sangatlah yang aku boleh appreciate masa tu kan. Kemudian kami berjalan kaki explore pulak tepi sungai yang kami naik cruise malam tadi tapi takdelah sampai ke kg moterm tu mau sampai ke petang aku tak balik KL lagi karang. Lebih kurang 1 tgh hari kami pun start kereta dan gerak balik ke KL bagi mengelakkan jem hari Ahad.
Pakcik beca yang sibuk suruh kitorang naik beca dia
Aku ingatkan dorang ni ramai2 beratur nak beli tiket beca, rerupanya kedai makan!
Menikmati sarapan pagi?
Tak sabar nak melawat ain di penang bulan depan!

Blogger Templates by Blog Forum