Kunming ~ Cerita Sampingan - Dongchuan Redland

Assalamualaikum...

Sementelaah aku tengah cerita pasal Kunming ni, aku selitkan sekali cerita ke Dongchuan Redland. Aku pernah cerita pasal redland ni masa entry intro Kunming dulu. Aku baru 3 hari balik dari Kunming hujung minggu yang lepas. Iye, aku ke sana lagi untuk kali ke-2. Tujuan asal adalah nak tengok autumn sebab aku asyik travel waktu winter belum lagi pernah tengok autumn. Tapi highlight of the trip bukan autumn dan daun merah, tapi autumn dan tanah merah :).

Memang tak banyak info pasal nak ke Dongchuan redland ni. Ada 2 cara kalau nak naik bas awam untuk ke tanah merah ni. Dari KunmingNorthern Bus Station:

1. Naik bas yang menuju ke kampung Huashitou. Ada 2 trip sahaja sehari, jam 8 pagi dan 2 petang. Sila bagitahu pemandu bas yang korang nak turun di Huagou. Atau nak senang, download siap-siap gambar redland dan tunjuk di kaunter tiket dan pemandu/kelindan bas. Perjalanan akan mengambil masa 6 jam untuk sampai ke redland. Tiket bas berharga RMB39.

2. Naik bas ke Dongchuan dan kemudian tukar bas lain ke Huagou. Option ini lebih flexible sebab bas ke Dongchuan ada sepanjang hari dari jam 6.30 pagi sampai 10 malam, 2½ jam perjalanan. Tiket berharga RMB49. Jangan tanya aku kenapa tiket lagi mahal dari bas direct. Mungkin sebab bas ini bas express manakala yang direct itu bas sangkut-sangkut. Kemudian dari Dongchuan naik bas lain ke Huagou. 2 jam perjalanan, RMB22. Tunjuklah gambar redland tu kepada kelindan bas & kalau ada gambar hotel pun bagus, bas akan berhenti betul-betul depan hotel. Jangan bimbang, banyak hotel di sana, cuma tiada yang berurusan secara online, jadi walkin saja pun boleh.

Berbalik kepada cerita aku ke Kunming kali ini. Kali ini aku berdua juga, tapi dengan Alifah. (Kalau korang baca entry India, mesti tau siapa Alifah ni) Kami selamat mendarat lebih kurang jam 4.50 petang. Plan asal adalah kami akan terus ke Dongchuan malam itu. Berdasarkan carian & bacaan aku, perlu naik bas dari Eastern Bus Station which is dah on the way ke bandar Kunming jadi pada perkiraan aku dah senanglah. Tapi end up rupanya kena naik dari Northern Bus Station. Setelah bertanya-tanya, kena naik bas 906 untuk ke stesyen bas arah utara, tapi rupanya kami terlewat kerana bas 906 cuma sampai jam 7petang. Terlewat 5minit saja :(. Jadinya kenalah ke Kunming juga malam itu. Sementara menunggu bas, ternampaklah kelibat seorang berbangsa Melayu, ringan mulut aku menegur 'nak pergi mana dik?' dia menoleh dengan terkejut. Haha. 'Nak ke Dongchuan ke??' Tanya aku lagi. 'Haah, tapi esok pagi. Ni nak tengok bas 906'. 'Samalah kita, kitorang plan nak pergi malam ni, tapi bas ni macam dah takde, so kitorang nak ke Kunming ni.' Kami bertukar nombor, janji jumpa di stesyen bas esok pagi. Mas naik bas 22, kami bas 60. (Mas duduk di Cloudland, hostel aku duduk dulu di Kunming) Sebenarnya dia baca cerita aku ke Kunming. Malu I :P. Terima kasih yek sudi baca sebagai rujukan. Mas pun nak cross border ke Hekou lepas Dongchuan.

Aku redahkan saja ke The Hump Youth Hostel (walaupun tiada booking untuk malam itu). Kami menaiki bas 60 ke tengah bandar Kunming. Biasalah direction ke hostel kalau di China ni memang mengelirukan. Selepas bas 60, sepatutnya kena naik satu lagi bas, tapi macam lama tunggu bas tak muncul-muncul kami sepakat tahan teksi jelah. Dalam menahan-menahan teksi tiba-tiba sebuah motosikal berupa tuk-tuk berhenti di depan kami tanya nak ke mana. Pantas aku kata Jimanfang. Maka selamatlah kami naik tuk tuk di China. Haha, aku tak sangka China ada tuk tuk, dulu tak perasan pun. Anyway, sampai saja Jimanfang, tercari-cari jugalah di mana The Hump tu, nak tanya orang semua lari bila dengar English, pusing-pusing nasib baik ternampak signage youth hostel. The Hump memang terletak betul-betul tengah bandar. Cuma dia di tingkat 3, kenalah mendaki sikit. Sikit je. Mujur ada katil kosong untuk mix dorm 4 katil. Dan alhamdulillah juga 2 penghuni lain adalah perempuan. Mujur juga boleh cancel booking yang aku dah buat untuk malam esok memandangkan kami tukar plan nak ke Dongchuan esok. Lepas check in apa lagi, turun bawah cari sate kambing la dulu. hehehehe.... Selamat sorang 5 cucuk. Lepas tu order lagi extra 5 cucuk. Alhamdulillah kenyang.
Alifah dan sate kambing :P
Belakang hostel. Malam itu bulan penuh.
Esok pagi sebelum subuh sapie kami dah bangun dan mandi. Jam 7 pagi kami keluar hostel. Tinggalkan beg, cuma mebawa beg kecil saja. Kami naik teksi saja. Tambang dalam RMB37. (Receptionist bagi anggaran RMB40) untuk perjalanan lebih kurang 40minit. Aku beli tiket ke Dongchuan. Dalam pada itu kami sudah nampak kelibat Mas. Dia dah selamat membeli. Sampai di platform bas, muncul kekeliruan. Rupanya tiket kami tidak sama destinasi. Ramailah rakyat Kunming berkumpul keliling kami, konon-konon nak tolong faham, padahal sepatah haram tak faham. heh. Kami berpisah lagi. Rupanya Mas naik bas direct, bas kami pula ke Dongchuan. Alifah dah cuak. Aku sangat yakin destinasi kami pasti ke redland juga.

Kami sampai di Dongchuan lebih kurang jam 11.30, terus ke kaunter tiket untuk membeli tiket seterusnya. Aku hanya tunjuk gambar redland. Penjual tiket menunjukkan sekeping kertas bertulisan beberapa ayat Mandarin berserta translation English. Dia menunjuk ke ayat 'Next bus will be only available at 2 p.m'. Aku mengangguk. Sementara menunggu kami berjalan-jalan sekitar pekan Dongchuan. Jumpa kedai halal, sempat lunch dulu. Kemudian sambung lagi jalan masuk celah-celah pasar pula. Jam 2 petang, selamat kami berada dalam perut bas. Tunjuk lagi gambar redland kepada kelindan bas. Di tengah perjalanan dia bertanya lagi, aku rasa dia tanya nak berhenti di mana. Mujur aku ada simpan gambar hotel yang aku search dalam review pengguna trip advisor. Tunjuk saja lah labu, sebenarnya banyak hotel/guesthouse di sana. Pilih saja mana yang berkenan, bas akan berhenti depan hotel. Semua hotel pun tepi jalan saja.


Sekitar Pekan Dongchuan

Antara pemandangan sepanjang jalan naik ke HuaGou

Kami sampai di turunkan di hotel berkenaan lebih kurang jam 4 petang. Bilik 2 orang ada 3 katil cuma RMB70 semalam. Ada toilet di dalam, ada TV, toilet pun ada heater. Lebih kurang jam 5 selepas rehat kejap dan solat, kami turun mencari owner. Kami panggil dia mama je sebab anak dia panggil mama. Hahaha, tiba-tiba aku jadi anak Cina :). Nasib baik Alifah bawa buku Mandarin phrasebook walaupun tak banyak sangat ayat-ayat dalam tu, sekurang-kurangnya membantu juga. Kami nyatakan nak sewa kereta (or any other transportation) untuk petang tu keliling kampung dan nak tengok sunset. Beberapa minit kemudian sebuah van sampai. Huishh, van pun van lah walaupun kami berdua saja. Kami di bawa ke satu point. Memang cantik. MasyaAllah! Setiap sudut aku rasa nak ambil gambar. Nak kelip mata pun rasa sayang. SubhanAllah!

Selesai di situ, kami ke tempat lain pula. Kebetulan nampak kincir angin di atas bukit. Aku tepuk bahu pemandu van dan tunjuk kincir angin tu. Tujuannya supaya dia berhenti kami nak bergambar. Siapa sangka dia drive sampai bawah kincir tu walhal jalan nak ke atas tu tak berturap pun. Bergoncang sana sini van tu. Haaa, peluklah tiang kincir tu puas-puas. Hehe. Selesai di situ, kami di bawa ke tempat sunset. Rupanya dekat je dengan hotel kami menginap. Terus plan esok pagi tengok sunrise jalan kaki je ke tempat sama. Malam tu kami tak buat apa pun, cuma makan meggi lepas tu membuta. Owh, TV di hotel tu ada channel Indonesia. Esok pagi macam semalam subuh sapie dah keluar, lama juga menunggu matahari terbit.
Kincir angin
Matahari terbenam
Redland di senja kala


Pemandangan pagi
Kami balik ke Kunming dengan cara yang sama kami datang. Bas ke Dongchuan tunggu je depan hotel. Lebih kurang 9.50 bas lalu. Sampai Dongchuan tak perlu menunggu lama untuk balik Kunming. Yelah, kan ada banyak bas Kunming- Dongchuan dari 6.30pagi - 10malam.Selamatlah kami pulang ke Kunming hari itu. Itu sajalah selitan kisah Dongchuan aku. Harap dapat membantu kalau korang nak plan ke sana. Tak perlu tour agent, atau sewa kereta all the way dari Kunming. Mahal wehh, ratus-ratus. Aku juga cadangkan kalau ke sana sekaurang-kurangnya bermalam semalam macam kami, dapatlah tengok sunset dan sunrise. Mujur plan kami tak jadi untuk terus ke Dongchuan pada hari kami sampai. Kalau tak sunset ke, sunrise ke, apa pun tak dapat.
Oklah, panjang sangat dah entry ni sebenarnya. Terima kasih sudi membaca yek. Nanti-nanti aku sambung cerrita Sapa / India. (Sebenarnya ada bnyak lagi destinasi ni. Aku skip je semua :P)
Jya!

4 comments:

    I lap u!!! Mmg tgh cari info pasal kunming. Mcm rezeki jatuh dr langit ni. He hehe
    Mohon ceduk info ye.

     

    begitu seronok dgn penceritaan kembara awak. sentiasa tertunggu2 setiap entry yg akan keluar.

    boleh jadi bahan rujukan untuk saya travel pula nanti. ;)

     

    Syieda,
    Thanks, me lap u too :).. mmg susah sikit nak cari info sini, tak ramai lagi org ke sana, baik cepat ke sana seblm kerajaan china kenakan entrance fee mcm nak ke Yuanyang.

    ak yuyunz,
    Thanks for dropping by. Skrng makin malas nk tulis, selalu update dalam intagram je, sudi-sudilah jenguk IG Fiza_Pja

     

    aku tau ko skip banyak kawan. Kashmir Kashmir didahulukan. HAHAHHA

     

Blogger Templates by Blog Forum