Trip DownUnder : Sydney
Monday, September 23, 2013 by Fiza_Pja
Assalamualaikum...
Sambungan dari entry Blue Mountain.
Hari ke-11, 20 November 2012. Hari ini masa akan di habiskan untuk berjalan-jalan sekitar pusat bandar Sydney sambil ber last minute shopping (padahal idok ler shopping sangat kan). Kalau di Melbourne ada tram percuma, di Sydney ada bas percuma untuk mengelilingi pusat bandar. Bas no 555 ni beroperasi Isnin - Jumaat 9:30pg-3:30ptg, Sabtu, Ahad & cuti umum 9:30pg-6:00ptg. Kekerapan ada setiap 10minit setiap arah, jadi kalau tertinggal bas tak perlu risau nak tunggu lagi sejam macam intrakota, eh?? heee.. Jam 9 pagi masing-masing sudah siap, kami pun memulakan perjalanan hari itu.
Di Sydney juga penuh bunga ungu ni macam di Adelaide. Cantik! Suka!! :)
Nampak tak orang yang memanjat-manjat jaring tu? namapak je macam orang besar, tapi budak sekolah semua tu.
Tempat pertama di tuju adalah Darling Harbour & Cockle Bay. Walaupun kami dah ke sana haritu tapi itu waktu malam, nak juga tengok waktu siang. Kami hanya jalan kaki sebab dekat je dengan hostel. Dari Cockle Bay kami berjalan kaki terus ke Darling Harbour melewati Wildlife World dan Madame Tussaud. Lalu je, tak masuk pun. Dah puas tengok wild life sepanjang jalan. Dari sana singgah di 7eleven beli kopi $1 untuk bekalan sambil tunggu bas. Kami turun di stesyen Circular Station, di mana Harbour Bridge dan Sydney Opera House yang tersohor tu terletak. Erk betul ke ayat aku ni? alah korang mesti faham punya. Dari Circular Quay kami berjalan ke The Rocks dan dari situ kami ke Harbour Bridge Pylon Lookout memandangkan kos untuk naik ke jambatan tersebut tersangatlah mahal (lebih AUD200 hokeh! Aku adalah tak mampu). Boleh tengok info pasal pendakian ke jambatan tersebut di sini. Entrance fee untuk naik Pylon Lookout hanyalah AUD10 (pada waktu itu, sekarang adalah AUD11) dan pemandangan yang disajikan boleh tahan superb.
Pemandangan sekitar Cockle Bay
Panoramic view of Darling Harbour
Kami di Circular Quay
Opera House dari seberang Takir The Rock
Perjalanan ke Pylon. 2 struktur batu tu lah pylon nya
Pemandangan dari Pylon Lookout
Nampak tak manusia beramai-ramai berpakaian biru atas jambatan tu? Kalau korang tak sayang duit +-AUD250, bolehla try
Turun dari pylon kami berjalan semula ke Circular Quay. Memandangkan sudah tengah hari perut sudah main gendang keroncong, singgah dulu makan fish & chips. Memang terbaiklah fish & chips sepanjang kami di OZ, semuanya segar. Kalau di Malaysia fish & chips kan frozen food jadi tidaklah sedap mana. Kemudian kami ke Opera House, pusing satu pusingan dan naik bas percuma tadi, turun di GPO dan jalan kaki untuk balik hostel. Tujuan jalan kaki supaya boleh keluar masuk shopping mall sepanjang jalan sambil melihat senibina di sana. Ada jugalah terlepas membeli. Malam tu adalah acara membeli belah akhir. Beli lah juga sikit-sikit sourvenir untuk rakan-rakan dan taulan, kami ada juga ke restoren makanan halal dan cuba daging kangaroo. Hurmm, rasanya seperti hati (ayam) tapi texture seperti daging. Ngerti? Tapi aku tak suka kot sebab aku tak makan hati, baik makan tulang hari-hari buat sup! hehe.
Sydney Opera House
Panoramic view from Circular Quay overlooking both iconic Sydney Harbour Bridge & Opera House
Long Q for the bus after office hour
Oklah, jadi, inilah pengakhiran cerita perjalanan aku selama 12 hari di bumi kangaroo. Secara ringkas, keseluruhan perjalanan adalah Melbourne (city) ~ Phillip Island ~ Mornington Peninsula ~ Great Ocean Road ~ Grampians ~ Adelaide ~ Canberra ~ Sydney
P/S: Kali ni atas permintaan aku tepek gambar besar, maaflah kena skroll banyak. Sekian, terima kasih. Yeay! tak sampai setahun dah siap :) boleh sambung entry lain.
Jya!