Lepas letak beg dalam 'bilik bagasi' hostel (sungguh la banyak beg, boleh jatuh ditimpa beg kat dalam tu) kami tanpa berlengah menuju ke Queen Victoria Market (QVM). Hari itu Sabtu pasar tutup jam 3petang jadi kami perlu segera kerana esok kami akan ke destinasi lain. Memang agak pelik waktu perniagaan kedai-kedai sekitar Aussie ni, setiap hari lain-lain. QVM ni tutup setiap Isnin dan Rabu, Selasa dan Khamis buka 6 pagi - 2 petang, Jumaat buka 6 pagi - 5 petang, Sabtu buka 6 pagi - 4 petang dan Ahad buka 6 pagi - 4 petang. Stesyen tram hanya seberang jalan je dari hostel, kami menaiki tram percuma City Circle no 35. Tram ni beroperasi dari jam 10 pagi - 9 malam (Khamis - Sabtu) & 10 pagi - 6 petang (Ahad - Rabu). Laluan tram ini mengelilingi bandar Melbourne dan berhenti mostly at main tourist attraction. Rupa paras tram ni sangat old school berbanding dengan tram yang kena bayar rupanya lebih moden. Info lebih lanjut mengenai rangkaian tram di Melbourne boleh tengok kat
sini. Selain tram percuma, ada tourist shuttle yang juga percuma. Maklumat lanjut boleh tengok kat
sini.
Nomad All Nations (dia pun adalah rangkaian hostel seperti YHA)
Tram tak percuma
Tu tram free datang
Kami sampai di QVM lebih kurang 1.30 petang. Hanya redah saja, lalu kawasan dairy product, bersepah-sepah cheese bermacam jenis dan rupa. Kemudian kami ke bahagian produce & fresh - sedapnya tengok sayur dan buah-buahan yang nampak sangat segar dengan saiz dan warna yang menarik perhatian. Semasa melintas jalan kami ternampak kiosk American Doughnut Kitchen dan macam goreng pisang panas orang beratur dan kami pun join Q. Tapi sebelum beli perlu pastikan dulu boleh atau tidak. Setelah bertanya minyak apa yang diguna jawapannya "animal fat!" kami melangkah kecewa dalam kelaparan - belum makan dari dalam flight hokeh. Sempat juga membeli strawberry dan berebut pisang yang di lelong sebab dah nak tutup kedai. Dek kerana tersangat lapar kami melilau mencari kedai halal, akhirnya jumpa kedai kebab Turki gembira tak terkata jumpa makanan! Perut kenyang hati senang kami ke bahagian sourvenir pula. Apa lagi memborong apa yang perlu, sampai kena marah sebab nak beli juga T-shirt walaupun kedai nak tutup. Berbeza dengan peniaga di Malaysia yng tak kisah walaupun nak tutup selagi boleh untung kaut saja, tapi di sini aku rasa mereka lebih mementingkan kualiti hidup kot berbanding kemewahan, eh? hee...
American Dougnut Kitchen
Dihadapan kedai kebab
ATM machine, di apit oleh pintu masuk toilet
Selesai membeli semestinya blah ke tempat lain barulah namanya membeli belah kan. Kami dengan senang hati menunggu tram di stesyen yang kami jumpa, lama menebeng muka tram 35 ni tak lalu-lalu pun kat sini. Rupa-rupanya salah stesyen daa.. Tram free kenalah jalan jauh sikit, dah nama pun free kan. Kami berhenti di Parliament stesyen dan ke Parliament Garden. Sempat berjimba-jimba melompat-lompat di coles fountain yang agak unik. Padahal budak-budak je kot yang main-main kat situ kitorang je orang besar yang terlebih excited.
Budak ni relax je
Kami yang terkinja-kinja!
Agak-agak dah basah main air kami berjalan dalam 5minit ke gereja lama St Peter's dan St Patrick's Cathedral yang mempunyai senibina gothic gereja lama. Kami hanya bergambar-gambar dari luar dari seberang jalan saja. Kemudian kami turun di Flinders Street Station. Stesyen ini merupakan salah satu ikon sejarah Australia - stesyen keretapi pertama di Australia yang masa tu (1854) keretapi stim adalah yang paling canggih sekali. Korang baca sendirilah
sejarah dia. Kami berjalan-jalan melihat kawasan sekitar sebab banyak juga bangunan-bangunan yang menarik senibinanya dan sebagai 'budak archi' haruslah melawat kan. Dalam sejam saja di situ dan bila matahari hampir terbenam kami balik ke hostel.
Gereja St Peter's dan St Patrick's Cathedral
Parliament Garden
Melbourne Visitor Centre
Tram 350
Malam tu sempat lah main masak-masak dalam bilik (masak nasi je, lauk terus tuang dalam mangkuk) kami keluar konon-konon nak tengok pemandangan malam, tapi hampa kerana suasana waktu malam hampir kepada bandar mati. Macam takde kehidupan, tram ada la juga lalu lalang tapi semua kosong. Manusia atas jalan boleh dikira dengan jari. Kami hanya jalan saja kemudian berpatah balik ke hostel. Esok akan bermulalah perjalanan nomad selama 5 hari di dalam kereta dari Melbourne ke Adelaide.
Dinner
Serupa bandar mati
Southern Cross Station
To be continued, jya!
That last panaroma view tue mmg sempoi! Btw, all the colour of the photo kat Melbourne ni vibrant gile.
Jealouss nyee. tak sabar nak pergi melbourne =))
saya rindu melben!!! #tetiba
laaa apsal tak pegi kedai kebab/nasi pilaf kat tepi greenhouse backpackers? tmpt tu tak jauh pun dari flinder station. pastu cuba tak fries kat lord of fries?? yg itu halalan toiyiba #giteww
sambung cepat GOR!
Zaraab, gambar tu gmbr sambung2 from 3 snaps.
Lavender, bila nak ke sana? Kami spend just 1 day kat sana mmg tak cukup masa nak explore semua, mana yg sempat je
Fatt, heh, tak smpt & sebenarnya terlupa browse pasal makanan halal kat sana so apa yg jumpa bedal jelah.. jom repeat melben! heee.. GOR kene tunggu turn