Trip DownUnder ~ Phillip Island

Assalamualaikum..


Masih hari yang sama. Selepas membeli tiket untuk melihat penguin pulang petang dan memandangkan ada masa lebih sejam lagi kami menuju ke Nobbies Centre lebih kurang 15minit memandu dari tempat Penguin Parade. Kami singgah bergambar di Cat Bay, terus ke Nobbies Centre hajat di hati nak isi perut dulu sedap sungguh sedap bau fish & chips tapi malangnya dah habis pula! Kami kembali semula ke Penguin Parade dan menunggu agak lama juga sebelum penguin dapat di lihat. Kamera dan sebarang gajet untuk merakam adalah di larang sama sekali kerana penguin sangat sensitif terhadap cahaya, penggunaan kamera akan menggunakan flash sebab dah malam) jadi adalah tidak baik untuk kesihatan penguin. Penguin yang ada di sini merupakan spesis penguin yang paling kecil, berketinggian average 33cm. Memang comel yang amat. Tak sangka sungguh dekat aku boleh tengok penguin tu. Rasa macam nak tangkap seekor bawa balik jadi haiwan peliharaan! Puas menghabiskan masa bersama penguin, kami melepak meratah fish & chips pula. Kesemua kami mengambil chili sos sampaikan makcik tukang jual tu bercakap-cakap dengan yang lain, "they are all ordering fish & chips.. and with sauce!" hahaha... yelah makcik, dah fish & chips paling selamat untuk di makan dan kami ni typical Malaysian, takde pencicah tak sedap maa. Malam itu pulang dengan perut kenyang, hati senang :)
Cat Bay
Pemandangan dari dalam Nobbies Centre
Kami dan sekitar Nobbies Centre

Esok pagi hari ke 3, selepas bersiap dan check out hostel kami ke Chocolate Factory. Masih belum buka, kami ke Koala Conservation Centre. Juga belum buka. Terpagi sangat lah pula! Kami patah balik ke kilang coklat. Kami menunggu di luar untuk ia di buka. Bayaran masuk ke dalam kawasan kilang adalah AUD12 tapi kami dapat 50% diskaun dari Penguin Parade semalam jadi hanya bayar AUD6. Siapa sangka masuk ke dalam tu sungguh menyeronokkan. heee.. ada satu seksyen untuk permainan yang hadiahnya adalah seketul coklat untuk sekali berjaya. Ada yang main sampai dapat berbelas coklat! Aku dapat 5 ketul. Jadilah.. Mujur kami masuk awal pagi, tiada manusia lain selain kami dalam tu. Kalau tidak mesti tak merasa nak main sampai lebam. Banyak juga display comel kat dalam tu. Sebenarnya sangat sesuai membawa kanak-kanak masuk situ. Kami yang 'kanak-kanak lanjut usia' ni pun terlebih excited, inikan pula kalau kanak-kanak. Selepas bersarapan di situ kami meneruskan lawatan ke Churchill Island Herritage Farm.
Kami saja yang conquer tempat game ni. Seronok kumpul coklat
Display yang comel, dalam bentuk 3D dan boleh bergerak-gerak
Sarapan scone dan coklat panas. Yummy!!

Di Churchill Island ni korang boleh lihat kehidupan rakyat Australia di zaman dulu kala berladang dan berkebun. Rumah-rumah lama dan cara hidup zaman 1850-an masih dikekalkan. Kami sempat melihat bagaimana susu lembu diperah secara tradisional dan beri peluang juga mencuba. Acara berladang yang dijadualkan- perah susu 11 pagi & 2.10 petang, acara kereta kuda 1 petang, blacksmith 2.30 petang, demontrasi anjing pekerja 3 petang, cukur bulu biri-biri 3.15 petang dan whip cracking & melontar boomerang 3.30 petang. Pulau kecil ni memang cantik dan romantik la juga sangat sesuai di buat tempat pengambaran gambar perkahwinan, eh??? Tiba-tiba datang pula angin yang sangat kuat, suasana romantik bertukar agak menakutkan.
Jalan masuk ke Churchill Island
Sesi memerah susu lembu
Island profile
Sempat bergulingan bagai
Ladang Lavendar, wangi sangat!
Lembu yang ada kat sini berbulu panjang, sesuai dengan cuaca sejuk

Seterusnya kami ke Koala Conservation Centre. Selain kangaroo, koala juga merupakan salah satu haiwan ikon Australia. Di sini disediakan walking platform di celah-celah habitat semulajadi koala - pokok eucalypt. Koala hidup dengan makan hampir hanya daun dari pokok ini seumur hidup. Semua koala yang kami nampak tidur saja kerana memang koala menghabiskan 16-18 jam sehari untuk tidur disebabkan kadar metabolisma yang rendah. Tengah tengok-tengok tiba-tiba aku namapak segerombolan mat salleh berkumpul, ada guide menerangkan sesuatu dan mereka macam tengah menonton sesuatu. Aku segera mendapatkan mereka, eh, ada patung koala kat tengah tu. Tiba-tiba 'patung' tu menoleh! Eh!! Koala betul lah! Mati-mati aku ingat patung, dan dengan tiba-tiba dia berjalan ke arah kami. hooo... kalau semalam dapat tengok penguin dekat sangat, kali ni lagi dekat nampak koala hidup yang tak tidur! Panjang dan tajam kuku dia. Tengok dari jauh macam nak peluk, tapi bila nampak dia berjalan ke arah aku agak mengerikan juga kalau kena penampar koala. Koala tu kemudian memanjat pokok dan makan.
Koala inilah yang aku sangkakan patung
Sekali dia berjalan daa.. nampak tak kuku dia tu...

Kami tinggalkan koala tersebut dan meneruskan perjalanan untuk hari itu - ke Mornington Peninsula yang akan aku sambung dalam entry yang lain yek. Jya!

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum