Trip DownUnder ~ Perjalanan ke Phillip Island

Sambungan dari Part 2

Hari kedua 11 Nov 2013

Masih lagi di Melbourne. Selesai menunaikan kewajipan pagi, kami bersiap dan sarapan ala kadar apa yang ada kemudian check out lebih kurang jam 8 pagi. Kami masih lagi tertanya-tanya macam mana nak beli tiket tram sebab di stesyen tiada kaunter atau mesin membeli tiket, kami tanyakan orang yang ada bersama menunggu tram, tapi mereka juga tak tahu sebab mereka menggunakan kad pra bayar yang di panggil myki. Tapi cuma nak naik sekali ni saja takkan nak beli myki. Kad boleh dibeli dikebanyakan convenient store macam 7 eleven. Kalau tak silap isian minimum adalah AUD5, kad lain harga (aku tak ingat berapa). Hmmm.. kami gamble saja naik, aku tanya pemandu, dia tunjuk mesin tiket dalam tram tu. Oooo.. ada mesin dalam tram, kami segera mendapatkan mesin tersebut, hmmm.... sekarang, macam mana pula nak beli tiket? melihat kami termanggu-manggu depan mesin tu, adalah seorang manusia yang baik hati menerangkan macam mana nak guna.'thanks!' Tiket paling murah adalah AUD4 untuk unlimited ride selama 2 jam. Disebabkan stesyen yang kami nak turun dekat sahaja dan kami berlapan, jadi bila sampai tiket ke 4, sudah sampai stesyen untuk tukar tram ke arah berlainan "macam mana ni?" "ah! belasah, turun jelah, takkan tak turun pula dah sampai, beli kat tram satu lagi karang" Dalam tram seterusnya, mesin rosak pula! Kami tawakkal saja. Memang agak mencemaskan. huhuhu... Sebenarnya pemandu tidak akan periksa tiket, hanya akan ada pemeriksa yang bertugas naik tram secara random dan memeriksa tiket juga secara random. Jadi kejujuran adalah kuncinya. Kami dah cuba sedaya upaya, tapi nak buat macam mana, tak tahu nak kata rezeki ke bala. Alhamdulillah tak jadi apa-apa.
Menunggu tram datang. Mesin yang ada tu untuk top up Myki sahaja

Lebih kurang 8.30 kami sampai di hadapan Hertz untuk mengambil kereta. Mujur sampai awal, jika terlewat 5-10 minit barisan dah panjang sampai ke tingkat bawah. Lama juga urusan di kaunter, jam 9.30 pagi baru dapat kereta. Kami menyewa 2 buah kereta kategori standard- Toyota Corolla. Memang berdebar-debar juga nak memandu di sini. Lesen memandu? Lesen memandu Malaysia di terima pakai di Australia. Masalah bahasa? Pergi ke JPJ, katakan sahaja mahu translate lesen, isi borang, bayar RM10, translation siap dalam masa kurang 30minit, tamat tempoh untuk translation itu mengikut kepada tempoh lesen. Tak perlu membazir apply international driving licence yang berharga RM150 setahun.
Kami dengan 2 buah kereta

Destinasi hari itu adalah Phillip Island - tujuan utama untuk melihat penguin parade. Disebabkan penguin parade ni hanya berlaku di waktu maghrib nak ke malam sewaktu penguin pulang petang, maka kami singgah dahulu di Belgrave melihat puffing Billy si keretapi stim yang mempunyai nilai sejarah untuk Melbourne. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Puffing Billy termasuk sejarahnya, jadual perjalanan, bayaran, stesyen dan sebagainya boleh tengok sini. Disebabkan hari itu hari Ahad, sungguh ramai homo sapien yang datang apatah lagi banyak aktiviti yang diadakan kebanyakannya (semua kot) untuk kanak-kanak. Kami memang plan tidak akan naik keretapi tersebut cuma mahu melawat kawasan saja, jadi selepas bergambar-gambar kami meneruskan perjalanan ke Philip Island. Dalam perjalanan kami singgah di kawasan perkelahan di tepi tasik. Dapat jugalah bergulingan bagai.
Menuju ke Belgrave
Itulah rupanya the puffing Billy. Tapi yang ini menggunakan kepala keretapi Tom, watak kartun kanak-kanak yang popular tu. Aku rasa hari itu ada promosi Tom & Friends sebab tu guna kepala keretapi ni
Aku pun tak ingat apa nama tempat berkelah ni

Kami meneruskan perjalanan. Berhenti lunch ringan di R&R, jalan lagi. Lebuhraya di sana tidak seperti di Malaysia, di sana sangat straight forward dan agak membosankan. Apa yang aku nampak, di sana macam sangat kurang gunung ganang, pemandangan semuanya flat land, saujana mata memandang. Padang rumput sejauhnya. Peringatan- sila jangan memandu melebihi had laju yang dibenarkan. Jika had laju adalah 40km/j, semua orang akan memandu paling laju 40km/j. Sangat jauh attitude pemandu Malaysia kalau nak di bandingkan dengan atttitude pemandu di sana. Kami singgah pula ke Maru Koala & Animal Park. Sedang kami bergambar-gambar di pintu masuk ada 2 orang memberikan makanan haiwan sebab mereka tak jadi nak masuk. Kami sambung bergambar-gambar, di pintu masuk tertera entrance fee $12, so berkira-kira tak payah la kot, nanti kita tengok kangaroo liar saja lah. hahaha.. eh, tapi mana lagi 3 orang? dah masuk ke? ke tandas ke? kami pun menunggu di luar. Hari itu cuaca panas yang agak terik tapi angin tetap sejuk. Berebut juga nak duduk bawah shade. Mana diorang ni? Lama juga kami menanti, akhirnya nampak kelibat 3 manusia yang di tunggu. "Korang dah masuk ke?" "ha'ah, ingatkan korang ikut belakang." "Tak jadi, macam sayang duit je, korang bayarlah $12 tu?" "erk, kena bayar ke? kitorang masuk selamba kodok je..kat depan tu memang ada orang jaga, tapi tak pula tahan ke apa, kitorang tak perasan la pulak kena bayar" "maybe sebab korang bawak makanan yang orang tadi bagi tu kot" huhuhu.. rezeki ke apa ni?! dapat masuk free.
Antara pemandangan menuju Phillip Island
Maru Koalas & Animal Park
3 manusia ni la yang bertuah tu.. huhu.. *Ini dari kamera Jamilah*

Kami sampai di hostel The Island Accommodation lebih kurang 3.30 petang. Aku dah book 2 bilik untuk 4 orang sebilik. Kami berehat-rehat sebentar, menunaikan kewajipan, membuang apa yang patut, kami keluar semula terus menuju ke tempat Penguin Parade untuk mendapatkan tiket. Oh ya, kalau korang sampai ke Melbourne dan nak ke Phillip Island ni sendiri (bukan tour) tengok-tengoklah kat receptionist hostel/hotel korang ada tak discount card untuk mana-mana tempat tarikan. Kadang-kadang ada juga dalam buku visitor guide yang ada banyak di visitor centre. Kami menggunakan 25% discount card yang kami dapat dari hostel All Nation Backpackers pagi tadi. Untuk 3 parks pass (Penguin Parade, Churchill Island & Koalas Conservation Centre) harganya AUD37.50 jadi hanya perlu bayar AUD28++ dan dapat pula kupon diskaun 50% chocolate factory. Phillip Island ada banyak attraction, boleh baca info kat sini. Tiket pass ni hanya sekeping kertas nipis, jadi sila simpan elok-elok jangan sampai tersalah letak lepas tu tak ingat mana, terbuang, tercicir atau terkoyak. Untuk pass Penguin Parade ia sah digunakan pada hari yang sama sahaja manakala untuk Churchill Island dan Koala Centre sah sehingga 6 bulan dari tarikh di beli. Jadi kalau agak-agak korang nak datang lagi untuk tengok attraction yang lagi dua tu dalam masa 6 bulan lagilah kena simpan tiket tu elok-elok. 3 pass sekali print atas sekeping kertas. Kami akan ke Churchill Island dan Koala Centre esok pagi sebab waktu tu dah petang tempat-tempat tu semua dah tutup pun.
The Island Accommodation
Senarai harga pakej-pakej penguin parade

Cerita pasal Phillip Island akan di sambung dalam entry akan datang ye. Jya!

Trip DownUnder ~ Melbourne (Part 2)

Assalamulaikum

**Aku tak tau apa yang tak kena dengan blogspot ni, dah 2-3 hari entry ni tertangguh tak boleh nak upload gambar, bila dah upload aku tak tau kenapa suka hati dia je nak kecil nak besar, lantak la, korang pakai lah kanta pembesar nak tengok gambar tu yek!

Sambungan dari part 1
 
Lepas letak beg dalam 'bilik bagasi' hostel (sungguh la banyak beg, boleh jatuh ditimpa beg kat dalam tu) kami tanpa berlengah menuju ke Queen Victoria Market (QVM). Hari itu Sabtu pasar tutup jam 3petang jadi kami perlu segera kerana esok kami akan ke destinasi lain. Memang agak pelik waktu perniagaan kedai-kedai sekitar Aussie ni, setiap hari lain-lain. QVM ni tutup setiap Isnin dan Rabu, Selasa dan Khamis buka 6 pagi - 2 petang, Jumaat buka 6 pagi - 5 petang, Sabtu buka 6 pagi - 4 petang dan Ahad buka 6 pagi - 4 petang.  Stesyen tram hanya seberang jalan je dari hostel, kami menaiki tram percuma City Circle no 35. Tram ni beroperasi dari jam 10 pagi - 9 malam (Khamis - Sabtu) & 10 pagi - 6 petang (Ahad - Rabu). Laluan tram ini mengelilingi bandar Melbourne dan berhenti mostly at main tourist attraction. Rupa paras tram ni sangat old school berbanding dengan tram yang kena bayar rupanya lebih moden. Info lebih lanjut mengenai rangkaian tram di Melbourne boleh tengok kat sini. Selain tram percuma, ada tourist shuttle yang juga percuma. Maklumat lanjut boleh tengok kat sini.
Nomad All Nations (dia pun adalah rangkaian hostel seperti YHA)
Tram tak percuma
Tu tram free datang
Kami sampai di QVM lebih kurang 1.30 petang. Hanya redah saja, lalu kawasan dairy product, bersepah-sepah cheese bermacam jenis dan rupa.  Kemudian kami ke bahagian produce & fresh - sedapnya tengok sayur dan buah-buahan yang nampak sangat segar dengan saiz dan warna yang menarik perhatian. Semasa melintas jalan kami ternampak kiosk American Doughnut Kitchen dan macam goreng pisang panas orang beratur dan kami pun join Q. Tapi sebelum beli perlu pastikan dulu boleh atau tidak. Setelah bertanya minyak apa yang diguna jawapannya "animal fat!" kami melangkah kecewa dalam kelaparan - belum makan dari dalam flight hokeh. Sempat juga membeli strawberry dan berebut pisang yang di lelong sebab dah nak tutup kedai. Dek kerana tersangat lapar kami melilau mencari kedai halal, akhirnya jumpa kedai kebab Turki gembira tak terkata jumpa makanan! Perut kenyang hati senang kami ke bahagian sourvenir pula. Apa lagi memborong apa yang perlu, sampai kena marah sebab nak beli juga T-shirt walaupun kedai nak tutup. Berbeza dengan peniaga di Malaysia yng tak kisah walaupun nak tutup selagi boleh untung kaut saja, tapi di sini aku rasa mereka lebih mementingkan kualiti hidup kot berbanding kemewahan, eh? hee...
American Dougnut Kitchen
Dihadapan kedai kebab
ATM machine, di apit oleh pintu masuk toilet
Selesai membeli semestinya blah ke tempat lain barulah namanya membeli belah kan. Kami dengan senang hati menunggu tram di stesyen yang kami jumpa, lama menebeng muka tram 35 ni tak lalu-lalu pun kat sini. Rupa-rupanya salah stesyen daa.. Tram free kenalah jalan jauh sikit, dah nama pun free kan. Kami berhenti di Parliament stesyen dan ke Parliament Garden. Sempat berjimba-jimba melompat-lompat di coles fountain yang agak unik. Padahal budak-budak je kot yang main-main kat situ kitorang je orang besar yang terlebih excited.
Budak ni relax je
Kami yang terkinja-kinja!
 
Agak-agak dah basah main air kami berjalan dalam 5minit ke gereja lama St Peter's dan St Patrick's Cathedral yang mempunyai senibina gothic gereja lama. Kami hanya bergambar-gambar dari luar dari seberang jalan saja. Kemudian kami turun di Flinders Street Station. Stesyen ini merupakan salah satu ikon sejarah Australia - stesyen keretapi pertama di Australia yang masa tu (1854) keretapi stim adalah yang paling canggih sekali. Korang baca sendirilah sejarah dia. Kami berjalan-jalan melihat kawasan sekitar sebab banyak juga bangunan-bangunan yang menarik senibinanya dan sebagai 'budak archi' haruslah melawat kan. Dalam sejam saja di situ dan bila matahari hampir terbenam kami balik ke hostel.
Gereja St Peter's dan St  Patrick's Cathedral
Parliament Garden
Melbourne Visitor Centre
 Tram 350
 
Malam tu sempat lah main masak-masak dalam bilik (masak nasi je, lauk terus tuang dalam mangkuk) kami keluar konon-konon nak tengok pemandangan malam, tapi hampa kerana suasana waktu malam hampir kepada bandar mati. Macam takde kehidupan, tram ada la juga lalu lalang tapi semua kosong. Manusia atas jalan boleh dikira dengan jari. Kami hanya jalan saja kemudian berpatah balik ke hostel. Esok akan bermulalah perjalanan nomad selama 5 hari di dalam kereta dari Melbourne ke Adelaide.
Dinner
Serupa bandar mati

Southern Cross Station
To be continued, jya!

Blogger Templates by Blog Forum