Assalamualaikum..

Ok, just nak share some travelling tips daripada Gaviscon bagi mengelakkan korang terkena ceri beri semasa bersiar-siar. Walaupun tips yang diberi specifically apply to South East Asia (SEA), tapi pada aku boleh di aplikasikan walau ke mana pelusuk dunia korang pergi. Apa pun kebersihan adalah yang paling utama. Mau ke selang 10 minit lari ke tandas semasa travel? Bayangkanlah sendiri yek. Kena pula kalau ke tempat-tempat yang tandas tak selera pun nak pandang sebelah mata, sanggup? heh, lu pikir lah sendiri. Anyway, jagalah kesihatan diri sendiri ye terutama semasa travel. Bolehlah amalkan 7 tips dari Gaviscon di bawah selain menjauhkan dari ceri beri, ia juga dapat menjaga kesihatan dan membolehkan anda sentiasa kelihatan cantik dan hensem sepanjang travel :P Marilah sama-sama menjaga kesejahteraan perut kita.
 

Jya!

Kunming to Hanoi Overland : Stone Forest

Assalamualaikum..

Uhuk uhuk.. (sambil kebas habuk yang berterbangan) sungguh lama aku tak datang jenguk sini. Memandangkan drama bersiri OZ dah tamat, aku sambung semula kisah Kunming ke Hanoi, kalau korang masih ingat lagilah. 7 bulan cerita tergantung.. hehehe..

Hari ke-3, 27 Januari 2013. Hari ini kami ke hutan batu, bukan hutan batu kiasan bagi kotaraya, tapi betul-betul 'hutan' batu. Dari apa yang aku baca Kunming ada 3 jenis 'forest' - sand forest, earth forest dan stone forest. Semuanya terbentuk hasil perubahan bumi berjuta-juta tahun dahulu. Asalnya kami tidak mahu ke stone forest kerana entrance fee yang agak mahal - ¥175, lebih kurang RM90! Tapi ntah macam mana kami memutuskan untuk ke sana. Dari hostel kami menaiki bas no.22 ke Eastern Bus Station dengan tambang ¥2. Kemudian menaiki bas (ekspress kot sebab tiada nombor) terus ke Stone Forest (Shi Lin) dengan tambang ¥27. Agak tricky juga untuk membeli tiket bas ke Stone Forest ni sehingga kami 2 kali terpaksa merujuk ke Counseling Centre (sila baca sebagai kaunter pertanyaan ye!). Kaunter tiket banyak berderet dengan label tempat yang berjela-jela langsung tidak di fahami kami ikut kata hati nak beratur di barisan mana. Nasib la boleh beli di kaunter yang kami beratur tu.

Sanggupkah anda di kaunseling setiap kali sesat jalan??
Dah beli tiket, ikut lah penunjuk arah, tak perlu diberi kaunseling lagi

Lebih kurang 2 jam kami di turunkan ditempat yang berdekorasi seperti hotel. Kami ke tandas tapi bila selesai mana pergi semua orang ramai-ramai tadi?? bertanya di kaunter macam ayam dengan itik. Kami berjalan, menyeberang jalan ke arah yang di tunjuk oleh itik tadi. Tapi kenapa trolley bus tu ke arah bertentangan? Fatt tak puas hati patah balik pergi tanya lagi, itik sekali lagi tunjuk arah yang sama kami sebagai ayam terpaksa akur nasib baik tak lintas jalan macam ayam dilanggar trolley bus. Rupanya disebalik jalan berbukit tu adalah kompleks untuk pengunjung membayar entrance fee dan menaiki trolley bus ke pintu masuk yang sebenar-benarnya. Kompleks tu bukan pintu masuk sebenar ye. Percuma ke trolley bus itu? (kalau ikut logik akal haruslah percuma, entrance fee saja dekat seratus hengget hokehh) tapi malangnya kena bayar ¥25 untuk 2hala (tiada tiket sehala ye). Kalau tak nak bayar, silalah menapak sejauh 3km turun naik bukit. Memandangkan last sekali exercise masa berjalan ke kompleks tu tadi dan waktu itu musim sejuk terpaksa rela naik trolley bus tu. Nasib ler naik kalau tak harus sampai ke petang tak sampai kot. Tapi sungguh kami rasa keji betul bina kaunter tiket sejauh 3km dari main entrance dan sediakan trolley bus berbayar.

Inilah pintu masuk utama yang sebenar - benarnya

Masuk je stone forest, kami cari port tepi tasik dan buka bekalan. Lapar tahap dewa. Dah makan barulah ada tenaga menjelajahi. Jelajah la sangat. Kami jalan je ikut sedap rasa. 2 jam lepas tu kami kembali ke tempat permulaan masuk tadi. Sebab tak puas hati bayaran yang sangat mahal, kami naik trolley bas percuma untuk round satu pusingan park tu walaupun cuma 10 minit saja.
Pemandangan kami sambil menikmati lunch
Berduyun manusia

Lebih kurang 5.30 petang kami bergegas mendapatkan trolley bas mahal tadi tu kembali ke tempat naik bas balik ke Kunming. Bas akhir jam 6.30 petang. Malam tu kami ke kedai makan makan muslim lebih kurang 10minit berjalan dari hostel yang kami jumpa semalam. Nikmatnya dapat makan makanan panas! Siap tapau untuk bekalan hari depan (esok ler).
Rambang mata tengok menu ni. Ini baru 1 dinding, ada 2 board lagi kat dinding berlainan
Yang ini jadi pilihan hati. Menu ni jugak yang di tapau untuk esok. Ittadakimasu!! 
Yang ini pilihan Fatt. 

Lepas makan kami pulang ke hostel, solat segala kemudian keluar semula saja nak meronda. Jalan punya jalan ketika kami hampir putus asa untuk berpatah balik sebab macam tiada apa-apa tiba-tiba terjumpa pasar malam. Sempat jugalah bershopping sebab muraaahhh sangat hokeh! Malam tu gigih pula nak packing beg belum-belum dah beranak pinak. Esok kami akan mengharungi perjalanan sehari suntuk dalam bas ke Yuan Yang.

Tunggulah lain kali aku sambung ye.

Jya! 

Trip DownUnder : Sydney

Assalamualaikum...
Sambungan dari entry Blue Mountain.
Hari ke-11, 20 November 2012. Hari ini masa akan di habiskan untuk berjalan-jalan sekitar pusat bandar Sydney sambil ber last minute shopping (padahal idok ler shopping sangat kan). Kalau di Melbourne ada tram percuma, di Sydney ada bas percuma untuk mengelilingi pusat bandar. Bas no 555 ni beroperasi Isnin - Jumaat 9:30pg-3:30ptg, Sabtu, Ahad & cuti umum 9:30pg-6:00ptg. Kekerapan ada setiap 10minit setiap arah, jadi kalau tertinggal bas tak perlu risau nak tunggu lagi sejam macam intrakota, eh?? heee.. Jam 9 pagi masing-masing sudah siap, kami pun memulakan perjalanan hari itu.
Di Sydney juga penuh bunga ungu ni macam di Adelaide. Cantik! Suka!! :)
Nampak tak orang yang memanjat-manjat jaring tu? namapak je macam orang besar, tapi budak sekolah semua tu.

Tempat pertama di tuju adalah Darling Harbour & Cockle Bay. Walaupun kami dah ke sana haritu tapi itu waktu malam, nak juga tengok waktu siang. Kami hanya jalan kaki sebab dekat je dengan hostel. Dari Cockle Bay kami berjalan kaki terus ke Darling Harbour melewati Wildlife World dan Madame Tussaud. Lalu je, tak masuk pun. Dah puas tengok wild life sepanjang jalan. Dari sana singgah di 7eleven beli kopi $1 untuk bekalan sambil tunggu bas. Kami turun di stesyen Circular Station, di mana Harbour Bridge dan Sydney Opera House yang tersohor tu terletak. Erk betul ke ayat aku ni? alah korang mesti faham punya. Dari Circular Quay kami berjalan ke The Rocks dan dari situ kami ke Harbour Bridge Pylon Lookout memandangkan kos untuk naik ke jambatan tersebut tersangatlah mahal (lebih AUD200 hokeh! Aku adalah tak mampu). Boleh tengok info pasal pendakian ke jambatan tersebut di sini. Entrance fee untuk naik Pylon Lookout hanyalah AUD10 (pada waktu itu, sekarang adalah AUD11) dan pemandangan yang disajikan boleh tahan superb.

Pemandangan sekitar Cockle Bay
Panoramic view of Darling Harbour
Kami di Circular Quay
Opera House dari seberang Takir The Rock
Perjalanan ke Pylon. 2 struktur batu tu lah pylon nya
Pemandangan dari Pylon Lookout
Nampak tak manusia beramai-ramai berpakaian biru atas jambatan tu? Kalau korang tak sayang duit +-AUD250, bolehla try

Turun dari pylon kami berjalan semula ke Circular Quay. Memandangkan sudah tengah hari perut sudah main gendang keroncong, singgah dulu makan fish & chips. Memang terbaiklah fish & chips sepanjang kami di OZ, semuanya segar. Kalau di Malaysia fish & chips kan frozen food jadi tidaklah sedap mana. Kemudian kami ke Opera House, pusing satu pusingan dan naik bas percuma tadi, turun di GPO dan jalan kaki untuk balik hostel. Tujuan jalan kaki supaya boleh keluar masuk shopping mall sepanjang jalan sambil melihat senibina di sana. Ada jugalah terlepas membeli. Malam tu adalah acara membeli belah akhir. Beli lah juga sikit-sikit sourvenir untuk rakan-rakan dan taulan, kami ada juga ke restoren makanan halal dan cuba daging kangaroo. Hurmm, rasanya seperti hati (ayam) tapi texture seperti daging. Ngerti? Tapi aku tak suka kot sebab aku tak makan hati, baik makan tulang hari-hari buat sup! hehe.
Sydney Opera House
Panoramic view from Circular Quay overlooking both iconic Sydney Harbour Bridge & Opera House

Long Q for the bus after office hour

Oklah, jadi, inilah pengakhiran cerita perjalanan aku selama 12 hari di bumi kangaroo. Secara ringkas, keseluruhan perjalanan adalah Melbourne (city) ~ Phillip Island ~ Mornington Peninsula ~ Great Ocean Road ~ Grampians ~ Adelaide ~ Canberra ~ Sydney

P/S: Kali ni atas permintaan aku tepek gambar besar, maaflah kena skroll banyak. Sekian, terima kasih. Yeay! tak sampai setahun dah siap :) boleh sambung entry lain.

Jya!

Trip DownUnder : Blue Mountain

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya semua, maaf zahir dan batin. Eh, raya dah habis rupanya muahahaha.. Ok, jomlah kita sambung entry yang ntah bila nak habis ni dah nak dekat setahun oii. Sambungan dari cerita lepas.

Hari ke-10, 19 November 2012. Acara hari ini adalah ke Blue Mountain. Kami akan menaiki keretapi selepas jam 9 pagi. Kenapa selepas 9 pagi? Sebab tiket sebelum jam 9 pagi berharga AUD15.60 dan selepas jam 9 berharga AUD10.80. Kami beli pass sehari AUD21.00. Perjalanan akan mengambil masa selama 2 jam dari Sydney Central ke Katoomba. Sebelum jam 8 kami sudah siap keluar hostel, singgah 7eleven beli coffee dan muffin, kemudian lepak di taman berhampiran sementara menunggu jam 9. Sempat juga menggunakan tandas awam portable yang aku rasa macam space ship. AUD0.50 sekali masuk. Kalau tak silap aku 10 minit diberikan untuk menyiapkan urusan peribadi. Jadi kalau 10 minit korang tak siap lagi, pepandailah nak menyorok sebab pintu akan terbuka secara automatik. Tapi kalau dah siap sebelum masanya tak usah pula tunggu sampai pintu terbuka sendiri, ada butang yang membolehkan pintu dibuka sebelum masanya.
Menikmati kopi pagi dalam taman
Ni lah rupanya tandas awam yang pintu dia terbuka macam spaceship tu

10 minit sebelum jam 9 kami bergerak ke Sydney Central. Ramainya manusia menggunakan perkhidmatan keretapi di waktu puncak hari bekerja. Macam semut melintas jalan. Ngam-ngam sampai pukul 9, tengok schedule siapa tahu train pertama selepas jam 9 ke Katoomba adalah 9.15! Berlari lah juga secara berjemaah, beratur panjang dengan terkial-kial nak beli tiket dari mesin layan diri. Rupa-rupanya di platform ada kaunter jualan yang tiada customer pun. Chehh!! Ngam-ngam juga kami masuk ke perut keretapi, terus jalan.

Sampai di Katoomba, kami melintas jalan ke kedai 'Trolley Bus' hop on hop off. Ada 2 jenis bas yang boleh di naiki untuk explore Blue Mountain samada Explorer Bus (AUD36.00) atau Trolley Bus (AUD25.00). Bas akan berhenti di setiap stesyen (total of 29 stations) yang di tetapkan dan boleh turun dan naik sesedap rasa di mana-mana stesyen. Kekerapan bas adalah setiap 30 minit. Kami pilih Trolley Bus mestilah sebab lebih murah kan. Dan disebabkan kami berlapan, dapat lagi diskaun AUD5.00 seorang! Jadi hanya perlu bayar AUD20.00 sahaja. Cuaca di Katoomba agak mendung dan hujan renyai-renyai. Sejuk! Tapi nak buat macam mana, teruskanlah juga. Dah macam penguin pun ada dengan baju sejuk yang tebal, pakai pula baju hujan.

Di Blue Mountain ni tempat wajib tengok adalah Three Sisters. Katanya pada waktu-waktu tertentu gunung yang bercabang 3 itu akan kelihatan seperti 3 orang perempuan kerana itulah di panggil 3 sisters. Aku tak pasti betul ke tak, korang google lah sendiri ye. Selepas berhenti di beberapa lookout, kami turun di Echo Point di mana Three Sisters dapat di lihat. Turun je bas hujan turun dengan lebat, beramai-ramai cari teduhan. Selesai hujan, kami berpecah kepada 2 kumpulan. Kemudian kami trekking sikit ke Giant Stairways ke betul-betul bahagian bawah 3 Sisters.
Three Sisters
Cuaca berubah sekelip mata. Sekejap gerimis, sekejap berkabus, sekejap hujan lebat, sekejap panas langit biru

Kemudian kami ke Scenic World. Ada 3 jenis rides yang boleh dicuba di sini samada railway, cableway dan skyway. Ada beberapa pakej yang disediakan yang menggabungkan 2 rides atau kesemua 3 rides. Maklumat lanjut boleh di dapati di sini. Kami memilih untuk mencuba skyway dari Echo Point ke East Station. Dapatlah merasa tergantung 270m di udara di atas lantai kaca. Kami berjumpa semua di Echo Points selepas ekslorasi Scenic World dan kemudian turun di chocolate factory. Expectation semua orang chocolate factory seperti di Philip Island tempohari tapi lebih kepada kedai coklat yang menjual lebih sikit dari kedai coklat dalam shopping mall. Harga pun boleh tahan. Kami hanya melihat-lihat saja dan kemudian meneruskan perjalanan pulang ke pangkal jalan stesyen keretapi. Jalan kaki je, dapatlah tengok rumah-rumah warga OZ, sungguh indah halaman rumah mereka.
Cableway
View dari dalam cableway
Pemandangan dari glass floor cable way
Scenic world's entrance. Auww.. malu!
Coklat dan cili??

Kami menaiki keretapi jam 5 petang pulang ke Sydney. Malam tu kami tidak ke mana-mana, hanya menapau pizza di bawah hostel. So entry seterusnya adalah pengakhiran kepada series TripDownUnder ni. Yeahh! Akhirnya akan sampai ke penghujung. Gigih aku karang cerita harap-harap tak sampai setahun boleh la habis yek.. heee.. 1st anniversary adalah bulan 11, adakah aku nak tunggu sampai November baru nak karang entry penutup? (Entry Kunming ntah bila nak sambung, mungkin tunggu setahun juga?)

Tunggu jelah ye. Jya!

Blogger Templates by Blog Forum