KL ~ Siem Reap an Overland : A Night at Bangkok (Part 6)

Salam semua

Hee... cerita ni dah basi kot :P ahhh!! tak kiralah aku tulis jugak

OK, lets continue with this part 5. Lepas melantak tidur, kami bersiap untuk acara malam tu, acara jalan-jalan cari makan. Dah seharian sejak semalam kami cuma makan waffle gardenia sorang sekeping. Lapar tahap gaban.  Malam tu kami bercadang ke sekitar kawasan Nana yang katanya senang nak cari makanan halal (selain chatuchak) dan kawasan ini aku tengok banyak makanan arab dan kebanyakan yang wonder around di sini kelihatan macam Bangla (memang bangla ramai pun!). Kami tukar dari MRT stesyen Sukhumvit ke BTS stesyen Asok dan menuju ke stesyen Nana. Kami merayau tanpa arah, singgah dari satu kedai ke satu kedai makan meninjau menu yang bersesuaian dengan tekak dan budget. Nampaknya makanan ala-ala kebab dan roti ni memang tak mampu menarik perhatian kami. Sudahnya kami end up makan nasi goreng selepas puas cari kedai tom yam tapi tak jumpa. Dalam pada mencari tu kami sempat juga menyusur ke lorong-lorong belakang yang berfungsi lebih kurang macam lorong haji taib kot, bersepah-sepah anak ayam, ada yang buat projek tepi jalan dan-dan tu jugak!
Menyusuri lorong belakang

Lepas makan segera kami menaiki BTS semula dan turun di stesyen Siam untuk ke Siam Discovery/ Siam Paragon konon-konon nak tengok Madame Tussauds. Malangnya walaupun jam belum lagi mencecah 9.30 malam hampir kesemua kedai di Siam Discovery termasuklah Madame Tussauds dah tutup. Agak susah juga mencari lokasi Madame Tussauds ni (bad directional signages!) nasib baik kami orang-orang yang bolehlah nak baca pelan jumpa juga nun tah kat mana. Sempat juga bergambar-gambar, kami keluar bangunan tersebut dan surprise ntah kat mana dah ni. Nampak stesyen BTS, kami ke sana dan kami sudah pun berada di stesyen National Stadium yang betul-betul di hadapan MBK mall. Jauh la juga dari stesyen asal kami turun tadi di stesyen Siam. Seterusnya kami ke Silom dan kemudian ke Lumphini dan pulang ke hostel lebih kurang tengah malam. Kesimpulan yang aku dapat buat pasal night life di Bangkok~ setiap stesyen BTS yang aku turun mesti ada pasar malam, meriah!
 Ntah mana-mana kitorang jalan, belasah
Blend pulak baju aku dengan dinding tu
MBK

Dalam entry part 5 haritu aku janji tulis sikit je kan, jadi kenalah stop kat sini. Esok harinya kami akan menaiki keretapi 5.55pagi untuk ke Aranyaprathet seterusnya ke Poi Pet melintasi border Cambodia. Ada masa aku sambung cerita yek, jya! 

3 comments:

    Menaiki train hingga ke border Cambodia? Saya tak pernah terfikir tentang train untuk ke border, pada saya menaiki van atau bas dari Kao San Road terus ke border dan terus ke Siem Reap lebih mudah. Tetapi pengalaman naik train tu tentu bestkan

     

    Andak, mungkin sebab tema (eh, travel pun boleh ada tema yek) kali ni adalah train, so memang saja nak merasa naik train all the up from KL to Cambodia. Tapi rasanya lain kali tak buat dah kot. haha... lain kali ke tempat lain pulak. yup, naik train boleh tengok the real life.

     

    Ohhh okey... baru faham...bagus juga kalau ada tema yaek...

     

Blogger Templates by Blog Forum