KL ~ Siem Reap an Overland : Hello Cambodia! (Part 7)
Thursday, April 19, 2012 by Fiza_Pja
Assalamualaikum
On the 5th day (9.02.12) all we can say is good bye to Bangkok and hello to Cambodia. Seawal jam 4.15pagi 5.30 pagi kami sudah terpacak di depan kaunter tiket menunggu ia di buka. Selesai membeli tiket untuk 5.55pagi ke Aranyaprathet kami bergegas ke surau untuk solat subuh dan kemudian bergegas pula ke platform takut tertinggal keretapi. Keretapi merupakan kelas 3, free seating dengan tambang cuma TB48 untuk perjalanan selama 5 1/2jam. Keretapi penuh dengan orang tempatan dan mat salleh. Kelihatannya kami ni macam alien sebab bertudung dan mana-mana pergi for sure orang akan toleh. Lebih kurang 5minit melepasi jam 6 pagi keretapi pun bergerak perlahan-lahan meninggalkan Bangkok.
Pemandangan dalam keretapi, aku dengan muka tak cukup tidur
Sepanjang perjalanan bermacam-macam penumpang yang turun naik dari yang berjualan, ke sekolah, ke tempat kerja sehinggalah ke makcik-makcik yang balik dari pasar. Semakin menempuh kawasan pedalaman, semakin penuh keretapi. Mungkin keretapi ini public transportation utama yang menghubungkan mereka dengan dunia luar. Ada 2-3 orang penjaja yang akan berulang alik dari satu gerabak ke satu gerabak sepanjang perjalanan. Siap tukar barang jualan. tak pasti lah berapa bakul kuih muih yang makcik tu bawa setiap hari untuk dijual dalam keretapi. Sekali sekala kami telan juga air liur bila terkena tempias bau makanan yang dijaja. Sungguh tempted, kalau tak kuat iman memang mau je kami belasah, al maklumlah lapar weh. Mat salleh di tempat duduk belakang kami silih berganti membeli dari kuih-muih, nasi segala sehinggalah ke air kelapa. Pemandangan sepanjang jalan berubah dari pemandangan kota Bangkok ke kawasan industri, ke kawasan sawah padi dan kampung-kampung. Semakin menghampiri border, cuaca semakin panas, ketika itu musin kering dan kelihatan banyak hutan yang terbakar. Muka memang toksah cerita, confirm hitam! Beberapa kali juga aku lap muka dengan wet tissue dan hasilnya hitam legam. Teringat John (mat salleh yang charter satu teksi dengan kami ke Siem Reap) bercerita semasa dalam keretapi budak perempuan sebelah dia yang duduk sebelah tingkap tidur dengan mulut ternganga dan semua debu dan abu mestilah masuk dalam mulut takde tapis tu kan, later on budak perempuan tu batuk tak berhenti selama 2 jam.
Scene at one of remote station. Almost all the seller went down here with all their baskets almost empty. What a good business day!
Its dry season
A young mother
Hampir 6 jam kemudian kami akhirnya sampai di Aranyaprathet. Kecil saja stesyennya. Kami bergilir ke tandas, sementara aku menunggu, aku di sapa pemandu tuk tuk, sepatah haram dia tak tau English, cuma tunjuk isyarat jari. Harga yang dia letak TB80, aku tawar TB50. Dia menolak sambil tunjuk isyarat tu harga motorcycle. Aku bagi isyarat tak mau dan dia letak harga TB60 and its a deal. Dalam perjalanan dia memberi isyarat seperti passport stamping dan kami mengangguk. Dia belok ke sebuah bangunan seperti embassy untuk mendapatkan visa kami terangkan kami Malaysian tak perlu visa ke Cambodia. Kemudian dia membawa kami ke sebuah tempat dan kami di sapa oleh seorang lelaki yang fasih berbahasa Inggeris. Namun naluri aku kuat mengatakan kami akan kena scam dengan agent sebab macam bukan immigration mahupun border crossing je rupa paras tempat tu. Pemandu itu kemudiannya meminta TB80 katanya sebab kami bertiga aku sampai bertekak depan tu memanglah beza TB20 tu cuma RM2, tapi dia dah setuju dengan TB60, maka TB60 lah yang aku bayar.
Akhirnya sampai di Aranyaprathet
Pakcik tuk tuk yang sungguh dibencikan
Kami di minta masuk dan diberi borang declaration untuk ke Cambodia. Selesai mengisi kami diberi menu tranportation samada bas, teksi private, teksi share dan sebagainya. Melihat saja harganya aku dah membebel memang sah kena tipu ni. Harga teksi sharing sepatutnya USD12 seorang tapi dikenakan USD20 seorang. Benci!! Nak blah, tak tau pulak nak ke mana, nak gaduh, memandangkan semuanya lelaki tempatan dan kami cuma gadis-gadis comel takut la pula apa-apa jadi karang kan tak pasal-pasal kena jual, kami terpaksa pasrah. Kami dibawa berjalan kaki ke immigration Thailand. Chehh, rupanya seberang jalan je, kalau aku tau memang aku lari je tadi. Ramai gila manusia dan kaunter yang dibuka hanya 2 sampai officer marah-marah sebab tak beratur 2 line bebetul. Hampir sejam setengah untuk urusan imigration Thailand sahaja. Selesai urusan, kami menuju ke immigration Cambodia pula, walaupun pejabatnya lebih kecil dari yang tadi, tapi 4 kaunter dibuka dan urusan lebih lancar dan cepat.
Rupanya cuma perlu melintas di lori-lori yang banyak ni. Lori-lori ni pun nak cross border
Melepasi immigration Thailand, welcome to Cambodia!
Queing at Cambodian immigration. Beria borak dengan mamat jepun tu, dia nak ke Malaysia after Siem Reap. Lepas tu masing-masing lupa amek contact, sengal, peristiwa Hanoi berulang, hahaha!
Selesai segala urusan dokumen, kami menunggu bas untuk ke Poi Pet. Bas ini adalah percuma, jadi sila jangan endahkan jika ada orang cuba kutip tambang kat korang. Perjalanan bas lebih kurang 15minit, maka sampailah kami di Poi Pet. Rupa-rupanya agent tadi cuba menipu mamat Jepun yang bersama kami tadi, dia nak naik bas dan dah bayar TB500 (yang sepatutnya cuma USD9=TB270) tapi tiba-tiba disuruh naik teksi dengan kami dan kena bayar tambahan TB200, memang gaduh la. Akhirnya dapat juga dia naik bas, meninggalkan kami bertiga. Disebabkan si Jepun dah tiada, maka kami di minta tunggu, kemudian kami pula gaduh sebab tadi kata tak payah tunggu sekarang bila kau menipu orang dan kantoi, kenapa kitorang kena tunggu? Dahla harga mark-up kan. That day was certainly not a good day for us. Kelam kabut juga dia mencari penumpang ke-4 sebab muka kitorang dah macam singa betina lapar kot?? hahaha...
Dalam 10 minit alhamdulillah manusia bertuah itu dapat dicari. It was John, a Canadian man and a part time English teacher in South Korea. Seperti kebanyakan westerners yang kami jumpa, dia belum plan apa-apa lagi, even tak tau lagi nak menginap di mana. Dia kata just go with the flow. John akan spend 14 hari di Siem Reap (while we shyly said we'll be here for only 4 days- untuk orang bekerja macam kami travel selama 8 hari dah tersangatlah lama hokeh, lagi pula baru masuk Februari takkan nak apply cuti lama-lama) dan kemudian akan ke Sihanoukville- kawasan Cambodia yang berpantai. Sekali lagi bila berpisah, kami ucap selamat segala, contact tidak bertukar tangan, sungguh sengal kitorang hari tu. Perjalanan dengan teksi memakan masa lebih kurang 2 jam dan di tengah jalan pemandu teksi berhenti untuk toilet break katanya. Kami sempat beli sesikat pisang sebagai bekalan hari depan.
Lebih kurang pukul 5 petang, kami tiba di Siem Reap. Kami diturunkan di satu tempat dan kelihatan beberapa tuk tuk sedang melepak. Aku menunjukkan alamat guest house kami (Siem Reap Guest House) dan tuk tuk adalah percuma kerana akan dibayar oleh guest house. Sesat barat juga tuk tuk tu sebab guest house kami sudah berpindah ke kawasan yang sedikit jauh dari bandar. Nasib baik nombor telefon yang aku salin sebelum mereka pindah masih boleh digunakan. Akhirnya lebih kurang jam 6 petang kami dapat masuk ke bilik yang sungguh cozy. Wahhh!!! rindu tilam!! Bilik untuk 3 orang yang bersih dan selesa dengan TV, A/C, free wi-fi, toilet yang luas & not to forget-free bicycle cuma USD36 untuk 3 malam (USD12/night). It was a very long day for us, after the long journey and all the dramas, the room is just very rewarding :) and Melissa the owner was very helpfull. Dia even boleh jawap di mana kedai makanan halal.
Inilah bilik kami
Erk, should I tell about our first night here? nahh.. next time lah ye.
So, to be continued....