KL~ Siem Reap an overland : Hatyai (Part 1)

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah aku berpeluang lagi menjejaki bumi tuhan yang maha luas ini. Kali ini kami membuat overland dari Kuala Lumpur ~ Hat Yai ~ Bangkok ~ Siam Reap selama 8 hari. Rancangan untuk membuat trip ini sebenarnya datang apabila salah seorang daripada kami memberi cadangan untuk ke Hat Yai atau Bangkok menaiki keretapi pada musim cuti panjang memandangkan harga tiket kapalterbang sudah pasti mencanak-canak naik lebih² lagi di musim perayaan dan harga tiket keretapi tak mungkin berubah-ubah. Makanya timbul idea untuk lajak ke Siem Reap apabila aku dapati ramai yang sudah berbuat demikian melalui carian Google. Rancangan asal untuk membuat perjalanan terbalik dari Siem Reap turun ke Kuala Lumpur terpaksa dirombak memandangkan tiket flight dari KL ke Siem Reap lebih mahal berbanding Siem Reap ke KL. Basic plan was:

KL~ Hat Yai (overnight sleeper train)
1 night @ Hat Yai
Hat Yai ~ Bangkok (overnight special diesel express train)
2 nights @ Bangkok
Bangkok ~ Aranyaprathet (3rd class train)
Aranyaprathet ~ Poi Pet ~ Siem Reap (tuk tuk / taxi)
3 nights @ Siem Reap
Siem Reap ~ KL (Flight)

Kami sampai awal di KL Sentral pada Sabtu petang, train jam 9.30 malam, jam 6 petang kami dah terpacak di sana. Punyalah excited! Keretapi punctual hari tu, kami mengambil coach katil RM60/person untuk katil bawah bagi lebih keselesaan (katil atas RM54 tetapi agak sempit dan perlu panjat memanjat). Kami sampai di Padang Besar keesokkan harinya lebih kurang jam 9.30 pagi. Selesai urusan kastam, kami diberitahu train dari Bangkok akan lewat lebih kurang 3 jam, makanya melepaklah kami di satu-satunya kedai makan yang ada di stesyen keretapi tu. Lebih kurang jam 12 (waktu Malaysia) train sampai maka officially we were oversea just a few minutes later :D. Lebih kurang sejam kemudian kami selamat sampai di bumi Hat Yai lebih kurang jam 12pm waktu tempatan (Bangkok time +7GMT). As expected, we were ‘greeted’ by a few tuk-tuk drivers, terpaksalah mengharungi segala dan tak sampai 10 minit berjalan (masih ada tuk-tuk driver yang gigih mengekori) kami nampak Louise Guesthouse dan apa lagi terus saja walk in. Terima kasih pada Fatt yang pernah review pasal guest house ni masa dia buat trip overland yang sama tahun lepas so aku yakin untuk tidur di situ walaupun reviewnya macam ala² creepy gitu :P. Korang bacalah seluruh blog dia ek nak cari review tu.. tee heee.. membaca amalam mulia! :P Kami ambil bilik ber aircond untuk 3 orang TB700 semalam. Lepas tu menyesal sebab aircond sejuk gila, nak adjust tak boleh, nak off pon tak boleh sebab aircond jenis zaman purba, remote control pon takde.. nak Tanya receptionist masa tu dah tengah malam uncle tu takde kat kaunter, nak panjat tak sampai la pulak.. nanges sambil tidur! haha… @_@
 Morning in the train
Hello Hat Yai!
Selesai membersihkan diri, solat dan berehat sebentar kami keluar semula. Today’s destination is Khlong Hae floating market, open from Friday to Sunday, 3pm to 9pm. Tapi sebelum tu wajiblah mengisi perut dulu. Jalan tak sampai 10minit, terjumpa kedai halal Maliam Restaurant. Belasah jelah, dah lapar! Lepas makan kami berjalan² sekitar bandar dan tiba² di sapa oleh pemandu tuk tuk menawarkan TB500 untuk return trip to floating market. Bincang tepi sekejap, kami setuju dengan harga TB400. Lebih kurang 20minit perjalanan kami sampai awal di floating market tersebut. Sebenarnya ia lebih kepada pasar malam yang bersampan dan banyak juga gerai atas tanah yang berkonsepkan bazaar. Pelbagai jenis barangan dan makanan yang comel² belaka yang membuatkan kita akan rasa rambang mata macam nak beli semua barang. Kami sedaya upaya (sedaya upaya eh?)untuk meneliti setiap kedai yang ada, sempat la membeli sedikit kudapan dan souvenirs (penat aku jaga bendalah tu sepanjang perjalanan tau memandangkan ini hanya hari pertama perjalanan untuk 8hari).
Khlong Hae Floating Market
Some exotic foods, good source of protein!
 Cute sourvenirs
Umat manusia memang ramai, ramai juga Malaysian
Lebih kurang sejam lebih di sana, kami kembali ke tuk tuk yang setia menanti dan kami minta dia turunkan di night market. Rupa²nya ada 2 night market, satu di Green way (weekend only) dan 1 lagi Asean Trade Market (tidak dapat dipastikan hanya hujung minggu atau setiap hari atau hari² tertentu sahaja). Kami ingatkan itulah Green way night market tapi sebenarnya asean trade market. Tapi takpe lah, kitorang tak tau pun berada di pasar malam yang salah, belasah jek jalan². Ada orang grab travel iron 2 biji TB500 (survey² kat bandar Hat Yai harganya sebiji TB400), ada orang rembat travel hair dryer for only TB170! Heee… berbaloi² memborong barangan elektrik kat sini. Kitorang cari² juga travel cooker tapi tak terjumpa. Aku pun tetiba ada jugak tambahan plastic bag kat tangan :D Masa mencari arah untuk balik barulah kitorang perasan ‘lohh.. salah night market lah!’ nasib baik dua² pasar malam tu agak dekat, jadi on the way kami singgah di Green Way weekend night market. Tidaklah semeriah mana yang tadi lebih menarik mungkin sebab kitorang awal + dah puas shopping kat pasar sebelumnya, konsepnya seperti damansara new town night market. Tak meriah² pun ada juga orang sambar sehelai baju.. heeee… murah kot shirt TB60.
Kemudian kami berjalan kaki pulang ke hotel, jauh la jugak lebih kurang 1 ½ jam berjalan kaki rasa macam nak tercabut tapak kaki. Sampai ke hotel, sempat berguling² kemudian bersiap untuk explore suasana malam di Hat Yai. Kami menuju ke Hameed restaurant, rancangan asal adalah mencuba saja mana² kedai makan halal yang dijumpai di tepi jalan. Yup, kami tak kisah sangat makan tepi jalan, kalau kat KL sanggup makan tepi longkang, apa ada hal takat makan tepi jalan. Namun setiap gerai yang ditemui semuanya penuh dan orang ramai beratur panjang, terpaksalah juga masuk ke Hameed restaurant itupun menuggu lama juga untuk meja dibersihkan. Mungkin malam minggu menyebabkan kedai makan penuh sesak dan aku dapati mostly yang makan adalah orang Malaysia. Selesai makan kami hanya berjalan² melihat² deretan kedai² souvenirs. Kemudian kami mencuba apa lagi kalau ke Thailand jika bukan foot massage, untuk 1jam hanya TB200 seorang sebagai aktiviti penutup hari itu.
Nasi lemak Hat Yai.. a very long Q
reward diri sendiri yang gigih berjalan seharian :)

Next entry bagi aku sambung cerita pasal Penang dulu yek :P

Ronda-ronda Kuala Lumpur

Salam Semua,

Inilah yang dinamakan aktiviti buang masa, saja plan merapu sempena cuti tahun baru (tapi kitorang meronda bukan on new year pun, a day before to be exact). Initially it was a plan to get ilyana's colleague (he is Jap-american) to see Kuala Lumpur unfortunately halfway Ryan have to rush for another things so just left 4 of us exploring KL!(exploring la sangat kan, haha)

We started as early as 8a.m, our first destination was to National Planetarium after a quick breakfast in Bangsar. Yup,  we went to the planetarium. heee.. eh, banyak tau fakta berkaitan universe, galaxy, yada yada.. Bayaran masuk RM3/person (RM6/person for the short movie show) terasa la jugak macam bebudak kan, siap tengok show cartoon dalam spherical theatre (or something, I dont really know what should i call that). It was fun anyway.
Ain yang gembira
Ahli rombongan in front of the Planetarium

Selepas cuba semua 'game' yang ada di situ kami menuju ke muzeum negara yang mana cuma seberang jalan kuching je jauhnya dari planetarium. Rerupanya menarik juga bahan-bahan dalam muzeum tu.. Tapi kalau aku masuk masa zaman sekolah dulu gerenti aku tak ambil kisah kot pasal benda-benda tu semua heh.. dah tua bangka ni baru la nak appreciate segala bagai fakta tu kan. Bayaran masuk untuk warganegara hanya RM1 hokey!! sila jangan kedekut nak bawa anak timba ilmu sejarah! We should learn from history! and its only RM1? Kebetulan ada pameran khas pasal kapal2 karam so RM3 dikenakan untuk pameran ini.
 National Muzeum
 Pameran Khas Samudera
Salah satu bahan pameran
Kemudian kami menuju ke Masjid Negara, park kereta di sana dan berjalan kaki ke stesyen keretapi Kuala Lumpur. Bangunan yang bersenibinakan campuran moghul, greek, dutch dan sedikit gothic  ini dulunya adalah stesyen keretapi utama sebelum adanya KL Sentral. Kalau masa kat spice garden, penang aku dok bayangkan casting a spell dengan nama-nama species pokok tu, kat sini aku rasa macam bebetul dalam movie harry potter. Agak-agak kalau terjumpa platform tiga suku then bawak troley + burung hantu then lari langgar tiang tu boleh tak aku masuk dalam tiang, ke tiang tu yang masuk dalam aku? hahaha.. eh, kenapa asyik mood harry potter ni? Mungkin sebab last episode haritu memang syok tak macam twilight yang bosan gila tu! e'eh! apsal pulak aku review movie ni?

Selesai bertanyakan tiket untuk trip pembukaan 2012, kami segera membeli tiket komuter ke KL Sentral, cuma RM1 sehala. Owh, rerupanya komuter mempunyai beberapa gerabak dibahagian tengah yang dikhaskan hanya untuk wanita. Sungguh aku tak tahu jakun betul nampak sangat dah lama tak naik kenderaan awam. Lagilah pula komuter yang memang terkenal dengan kelewatannya yang sentiasa konsisten tu. heee.. sori eh KTM, komen membina la! Sampai KL Sentral kami berjalan ke stesyen monorail untuk ke Bukit Bintang. Kami menikmati nasi ayam hainan chee meng yang famous tu. Rindu pulak since aku dah tak kerja dekat-dekat sini tak pernah dah jejak ke bukit bintang ni. Kemudian kami berjalan ke Pavilion, takde apa yang menarik, cuma ada banyak patung2 yang pada aku menyerupai berhala!
 Pavilion
 Apakah patung2 ini??
Crossing the street
Selesai solat zohor, kami manaiki monorail ke stesyen bukit nanas untuk ke Menara Kuala Lumpur. Dan berbelas tahun kot aku berkelana kat KL ni tak pernah jejak pun Menara KL ni. Free shuttle service disediakan untuk turun dan naik ke menara dari kaki bukit nanas. Terdapat beberapa pakej untuk menaiki menara ini dan kami memilih untuk basic package RM35 untuk local. Aku tak pasti boleh tak kalau nak naik sahaja tanpa segala bagai pakej tu, lupa nak tanya.

 KL Tower entrance
KL city view from KL Tower
We spent about an hour there then time to go back to our home sweet home :D.
KL Sentral KTM komuter agak penuh di hari cuti umum

Quick Update

Salam semua..

Alhamdulillah selamat kembali ke tanah air tiga hari yang lepas. Perjalanan memang memenatkan tetapi pengalaman yang dikutip memang tersangatlah berharga. Semalam ada berita Bangkok kena bom dan bersyukur sangat tidak berlaku semasa kami di sana. Anyway, aku tepek dululah a few pieces of pictures untuk tatapn umum. Nak baca cerita tunggulah yek :)





Penang, christmas 2011 (part 1)

Salam semua. Macam dah lama (bukan macam, tapi memang pun!) tak post entry yek.. heee.. Tahun baru aku bertukar kerja makanya tiada lagi waktu santai seperti di site office boleh ber huha huha walau sesibuk mana pun. Anyway, waktu perantaraan antara kerja mendapat seminggu 'cuti', so I was jobless for a week! hehe.. Aku manfaatkan dengan melawat housemate yang nun jauh di Penang yang kebetulan 'cuti' tersebut juga jatuh pada waktu christmas. Berjaya 'memaksa' ain to come out with 3days itinerary plan but somehow she just put in everything in the tourist pamphlet into the 3days plan!

Anyway, i flew up north to Penang on Saturday morning and reached there by 10am. Greeted with cloudy drizzly morning, we headed for breakfast before dropping off some goods at ain's place. Destinasi pertama kami menuju ke empangan Teluk Bahang sambil menikmati perjalanan yang menyejukkan mata. 
Pagi yang gelap, kini sudah terang!
Empangan Teluk Bahang
Menjelang tengah hari gerimis semakin reda dan kami ke Taman Negara Pulau Pinang. Kami membuat keputusan untuk berjalan kaki ke pantai Kerachut dan kemudian menyewa bot dari sana untuk kembali ke jeti Teluk Bahang. Sewa bot ke Pantai Kerachut adalah RM80/bot sehala. Satu bot boleh memuatkan maksimum 12 orang. So kalau korang cuma beberapa orang, maybe boleh 'tong-tong' dengan geng lain yang kebetulan nak sewa bot juga.

Taman negara Pulau Pinang merupakan taman negara terkecil di dunia. Disini juga terdapat tasik meromictic yang mana dalam masa-masa tertentu sepanjang tahun tasik ini akan dipenuhi air tawar di bahagian atas dan air masin di bahagian bawah. Fenomena ini hanya ada di 12 tempat di seluruh dunia. Namun pada hari-hari biasa, tasik ini akan dipenuhi lumpur. Kami berjalan kira-kira 1jam untuk sampai ke Pantai Kerachut terdapat pelbagai pemandangan sepanjang perjalanan, what a refreshing walk!

 1st 15 minutes was a massive never ending climb! hee (at least for people like us)


Meromictic lake
Kami merehatkan diri di pantai Kerachut dan solat zohor dan menikmati makan tengah hari di buai angin pantai sambil menunggu bot kami sampai. Pantai Kerachut tidak sesuai untuk mandi manda kerana terdapat banyak obor-obor disekitar pantai ini. Bagi yang ingin bermalam di taman negara ini, tapak perkhemahan disediakan di Monkey beach, boleh sampai ke sana samada dengan menyewa bot (RM40 sebot/sehala) atau trekking lebih kurang 1jam. Monkey Beach juga sesuai untuk mandi manda memandangkan pantainya yang landai. Tapi aku yang dah biasa dengan pantai Terengganu dan Sabah yang crystal clear makanya monkey beach langsung tak menarik minat. Opps! sorry! :D Di monkey beach juga boleh trekking ke rumah api yang mengambil masa 1jam pergi dan balik. Sebab kami dah trekking ke pantai kerachut, tak larat nak trekking plak ke light house tu kene mendaki segala weh.. heeee.... lama tak hiking last sekali membukit before puasa which was last July. Btw, there are no cafe or any sort of food stall inside the park, therefore please bring your own food and please bring back your own trash.

Seterusnya kami ke Batu Feringgi dan Spice Garden is a must. Entrance fee is RM14 for self guided tour and RM22 for guided tour. Opening hour is from 9am to 5.30pm. Kat dalam tu apa lagi, bergambarlah! :D Terdapat pelbagai jenis rempah ratus dari seluruh dunia dan you should try to pronounce the name of every species as if you are casting a spell in Harry Potter movie! It was fun for us :P Originally the site was a rubber plantation where most of the rubber trees, original flora and fauna with the original topography are well preserved.
Greeted by this group of monkey locally known as 'Lotong'
The entrance signage
 Cuba korang baca macam nak cast spell 'lecythidaceae!!' hahaha
 The lanscape is stunning

Enough with the garden, we take a break with penang char kuew teow at the food stall in front of the garden while enjoying the Batu Feringgi Beach. Finished the kuew teow, we were off to night market along Jalan Teluk Bahang/ Jalan Batu Feringgi. Nothing much at the night market as the night was still early, we decided to try foot massage and off we go to look around hard rock hotel and cafe.
Penang Char Kuew Teow (not the best that i've ever tasted)
Kurangkan laju (slow down) in the middle of the night market?

On our back home

We had another massage (thanks ain san for buying me that :D) soon after that then we had our dinner and what else, balik rumah la. Since it was christmas eve we better get out of the town soon or else get stuck in a traffic jam dan lagi esok kena bangun awal sebab plan nak ke bukit bendera. Nanti aku sambung cerita hari kedua yek.. anyway, i am going beyond north for a week this weekend. Doakan saya selamat pergi dan selamat kembali.

Blogger Templates by Blog Forum