Haidhar Firdaus b. Muhammad Hafizuddin

Assalamualaikum...

Alhamdulillah genap sebulan yang lepas adik ipar aku selamat melahirkan anak saudara aku yang pertama, Haidhar Firdaus pada hari Jumaat 30 September 2011, seberat 3kg di Hospital Batu Pahat. Sekarang sy sedang rindu dia, geram budak muka bulat tu ^_^ So just wanna share some pictures of him, check it out!
isn't he sooo cute?? :) Haidhar, semoga membesar menjadi anak yang baik, soleh dan berjasa kepada ibu & ayah yek.. oh, mak long juga tau!

Hanoi 2011- Part 1

Assalamualaikum..

Lebih kurang raya 2minggu aku ke Hanoi. Kali ni cuma short trip saja (macam lah trip aku selalunya lama sangat!), dari 21 Sept ~ 24 Sept 2011 selama 4 hari 3 malam tapi kira 3 hari 3 malam saja sebab hari ke-4 pagi² buta kitorang dah ada kat airport. Nak buat mcm mana sbb tiket yang dapat murah ada waktu tu jek.. takpe, lain kali ada rezeki lebih insyaAllah aku nak pegi lagi dan nak pegi lama sikit nak try trekking ke Sapa (kawasan local tribe di pergunungan kat sana dan memerlukan sekurang-kurangnya 3hari 2 malam untuk ke sana dari Hanoi naik train). Walaupun trip kali ni singkat saja tapi kali ni aku rasa paling banyak berlarian dan berjalan kaki walaupun aku dah banyak kali pergi jalan² sampai nak tercabut kaki macam ke Singapore, Medan, Sandakan dan sebagainya. Kali ni aku nak cerita acara jalan² ni secara detail dan panjang lebar daripada biasa. Heee…

Part 2
Part 3

Day 1 (21 Sept 2011)

Pagi tu flight kami jam 6.30 pagi dan perlu check in luggage at least jam 5.30 pg. Selesai urusan luggage kami ke surau untuk solat subuh dan keluar saja dari surau kedengaran announcement panggilan terakhir untuk untuk penumpang² ke Hanoi jam 6.30 pagi. Hush makanya kami terus diserang gabra apa lagi berlarian menaiki escalator menuju ke kaunter pemeriksaan kastam. Ntah macam mana aku mana la pernah kena tahan dengan makcik kastam tu tetiba pagi tu time aku nak berlarilah dia nak tahan aku. Cheh ada mata blade pulak aku terbawa dalam beg, hambek lah aku tak heran. Dia korek punyalah lama dan kedengaran lagi announcement last call tadi. Kami pun apa lagi memang buat larian pecut tah berapa ratus meter di waktu pagi dari kastam ke boarding counter sampailah ke tangga flight jauh pulak tu dahlah belum sarap apa pun gila aku lapar weh. Pulak tu international boarding kena turun naik tangga bagai walhal boarding hall tu sebelah jek dgn domestic. Hush nasib baik aku tough ngeh ngeh ngeh.. Cheh sampai atas kapal, lambat jek dorang nak gerak buat habis tenaga je aku lari! Penerbangan memakan masa 3½ jam maka sempatlah melantak isian semula kalori pagi.

Lebih kurang jam 9 pagi waktu tempatan (1 jam lewat dari waktu Malaysia) selesai segala urusan kastam di Noi Bai Airport sepatutnya ada orang menunggu kedatangan kami. Tapi aku dah round 5-6 kali keliling manusia² yang bawa sepanduk nama takde satu pun nama aku. Aku ke information kaunter tapi malangnya gadis manis itu tidak berbahasa inggeris. Makanya memang macam ayam dengan itik bercakap. Aku tunjuk detail hostel yang dah aku book tu dan dia dailkan nombor telefon hostel tu dan pass telefon kat aku. Kebanyakan orang tempatan di sini tidak tahu berbahasa inggeris tidak seperti di Saigon komunikasi tidak serumit di sini. Pening aku! Lebih kurang 15 minit menunggu, ada sorang mamat dengan sepanduk nama lain tapi dari hostel kami, aku dah macam orang bisu yang cuba bercakap sambil tunjuk nama kat sepanduk dia bukan nama aku, tapi hostel tu yang aku dah booking. Berminit² jugaklah dia nak faham.

Takde satu pun nama aku kat dorang

Perjalanan dari airport ke hostel yang terletak dikawasan old quarters memakan masa hampir 1 jam walhal aku rasa kalaulah aku yang drive tak sampai ½ jam dah sampai kot. Kat Hanoi ni dorang drive memang macam orang bercinta, paling laju pon aku tengok dalam 60~70 km/j. Hadoiyaii!! Sungguh menguji kesabaran. Selesai urusan check-in di Bodega Hostel kami dapat masuk bilik. Aku booking dari hostelworld dapat murah sikit. Wahh!! Memang sungguh terkejut aku sangkakan macam dorm tapi hostel kali ni memang macam hotel dengan bilik quad sharing yang super besar, ada tv, sofa, free wi-fi, mini bar, hot shower, bath tub segala dan breakfast.

 Aku sendiri pon tercari-cari celah mana hostelnya? Tu kat bawah 'BAC A BANK'.. tu pengurup wang, senang gila nak tukar duit. Kalau ke vietnam disarankan bawa USD dan Dong. RM tak diterima dan tak boleh tukar pon!
Besar kan bilik dia
Selepas membersihkan diri serba sedikit kami berbincang sebentar arah tuju untuk hari itu. Maka semua setuju untuk ke temple of literature dan ke dong xuan market sambil² mencari makan di nisa restaurant. Berbekalkan map dari Bodega, kami pun berjalan ke tempat yang dituju dengan aku sebagai pemandu arah (sampai lunyai map tu aku buat weh). Dalam ½ jam berjalan kami pun sampai ke Temple of Literature yang dibina pada 1076 sebagai university.

Kebanyakan orang berniaga secara kandar even kedai makan pun dorang usung dapur, kerusi, pinggan segala, pastu lepak satu port bukak kedai macam orang nomad pulak (kitorang ada tahan makcik jual selipar macam tahan teksi! )
 Motorcycles everywhere
Entarance to the Temple of Literature
cantik kan detailing pintu tu.. abaikan subjek disebalik pintu heeee :P (gurau jek)
Itu bukan tingkap, tapi pintu. Architecturally, kebanyakkan kediaman pembesar2 dahulu kala di sini pintunya dibuat begitu supaya apabila rakyat jelata melaluinya, mereka akan tunduk

Kemudian kami bergerak ke dong xuan market dan setelah jauh berjalan, rupa²nya ter discover nama tempat dalam map tu banyak yang sama dan dong xuan yang di rujuk adalah dong xuan yang salah dan kitorang sudah hampir habis ‘ukur jalan’ di old quarters tu. Hampeh punya map!! Kemudian kami decide untuk terus ke Nisa restaurant sebab perut sudah banyak lapar last sekali makan dalam flight itu pun dah cover untuk larian pagi. Kepenatan, kami singgah duduk² di tasik Hoan Kiem menghabiskan snek² yang diberi ain, habis licin semua. Sangat ramai pengantin shooting outdoor kat tepi tasik tu dan ramai juga unofficial photographer yang akan snap gambar² tourist dan cuba jual gambar tersebut. Bro, ko tak nampak ke kamera aku lagi besar dari ko punya hah?? Heee.. cakap dalam hati jek la.


Crossing the road was very challenging at first!
Hajat di hati nak singgah menonton water puppet yang kebetulan terletak dekat dengan tasik tu tapi perut masing² sudah menjerit² minta di isi maka kami batalkan sahaja niat tu. Dalam 5 minit berjalan, kami jumpa restaurant tu. Ada gak pekerja disini yang pandai berbahasa Melayu, maklumlah pemiliknya orang Malaysia. Kami solat di sini kerana kemudahan tempat sembahyang dan telekung disediakan. Lama jugalah menghilangkan lenguh kaki kami menyambung semula perjalanan mencari pasar dong xuan tadi. Akhirnya jumpa juga, dan apa lagi terus je cari kedai yang berkenan. Tapi kedai² kat situ macam kedai untuk peruncit yang beli secara pukal dan macam sangat susah nak tawar-menawar masalah terbesar adalah bahasa. Tak kiralah, aku beli lah jugak sepasang sutera Vietnam. Disebabkan kami sampai agak lewat, banyak kedai² yang sudah ditutup. Kebanyakkan negara yang aku pergi mesti sekitar jam 5-6 petang dah tutup kedai tak macam kat Malaysia kalau boleh 24/7 nak meniaga. Kami menapak balik ke hotel dan sampai lebih kurang jam 8 malam masing² tidur awal malam tu sebab esok kami akan bertolak ke Ha Long Bay jam 8 pagi.

Akhirnya jumpa restaurant halal. Semua dalam menu tu nampak menyelerakan! (masa tu lah)
Mengharungi jalan yang sesak dengan segala macam kenderaan. BTW, traffic lights kat sana hanya sekadar street accessories, tak pernah ada orang berhenti di lampu merah
Cubaan tawar menawar untuk memborong gagal sebab semua kedai dah nak tutup :(

Ok, aku akan sambung entry ni bila ada mood ek..


Cita-Cita

Dulu masa kecik-kecik, macam- macam nak jadi.. polis lah, cikgu lah, pramugari lah (ini pun boleh jadi cita-cita ek?) macam-macam lagilah.. sekarang dah berkerja, berkerjaya kononnya takde rasa apa pun. Yang penting hidup boleh diteruskan tanpa menyusahkan orang lain. Frankly sekarang ni aku bercita-cita nak jadi kerani or receptionist jek. Dah 5 tahun kot aku pasang cita-cita ni. Tak pun kerja part time apa-apa jelah kalau- kalau muka aku tak sesuai jadi receptionist nak yang muda, cantik, kacak bergaya lagi hensem aje. Kerja yang tak serabut, tepat pukul 5 boleh kemas-kemas nak balik.  Eh tak, tepat 4.45 dah kemas, pukul 5 dah takde. Nak amek cuti pun tak payah fikir pasal projek, kerja yang nak cuti lama mana pun takde orang bising, takde orang cari, takdelah orang asek telefon tanya detail itu ini, takdelah tetiba turun flight on HP dapat sms esok pkl 10 meeting wajib hadir segala tu. Sekarang sedang berusaha menghabiskan hutang-hutang untuk capai cita-cita tu. Kereta, ptptipu, credit card, yada..yada.. target aku by 35 aku nak bebas hutang. Tak pakai kereta besar, cantik, mewah pun takpe. Owh, mungkin cuma nak membeli rumah. Buat investment. Beli, 2~3 tahun lepas tu jual. Sekian cerita angan-angan cita-cita aku buat waktu sekarang.

Blogger Templates by Blog Forum