India - Kisah Kapalterbang

Assalamualaikum..
 
Sekarang ini dunia sedang sibuk mengata Malaysia berikutan insiden MH370. Malaysia sedang bersedih atas apa yang berlaku walaubagaimanapun apa yang berlaku masih lagi misteri. Al Fatihah untuk penumpang-penumpang yang beragama Islam dan semoga kapalterbang MH370 bersama semua penumpang dan crew nya di jumpai segera. Kepada keluarga mangsa tabahlah menghadapi dugaan dan kesedihan ini. Walaupun kesedihannya berbeza namun aku faham perasaan kehilangan itu, ditinggalkan yang tersayang. Lebih-lebih lagi tanpa pesan terakhir. Walau apa pun, hidup mesti di teruskan. Hanya kepadaNya tempat mengadu dan berserah. Al-fatihah.
 
Nota: Al fatihah bukan hanya untuk disedekahkan kepada mereka yang sudah tiada, adalah digalakkan juga sedekah al fatihah kepada yang masih hidup malah boleh juga kepada diri sendiri.
............................................................................................................................................


 Berbalik kepada cerita India. Banyak benda yang berlaku sepanjang jalan. Semuanya pengajaran. Selain kejadian hampir ditipu, ada juga insiden kapalterbang. Bukan, tiada kaitan langsung dengan kejadian di awan biru, tapi masalah yang disebabkan aku tidak membawa kad kredit yang digunakan semasa pembelian tiket. Itulah kesilapan besar kalau travel di India terutama kalau melibatkan pembelian tiket secara atas talian. Dek kerana credit card fraud di India sangat meluas maka setiap pembelian wajib diverifikasikan secara manual juga.

Memandangkan trip ke India seminggu lebih sahaja maka cara untuk menjimatkan masa adalah dengan terbang. Sepanjang di India kami menaiki 3 kali penerbangan domestik: Kolkata ~ Srinagar (transit 2jam di Delhi), Srinagar ~ Delhi dan Jaipur ~ Kolkata. Flight kami seawal 6.30pagi dari Kolkata, kami sudah meninggalkan hostel jam 4pagi. Di India kawalan keselamatan di airport memang ketat jadi sila sampai awal di airport bagi mengelakkan tertinggal kapal terbang. Hanya penumpang yang memiliki tiket berserta ID sah sahaja dibenarkan masuk ke dalam airport maka jagan harap nak bawa rombongan satu bas ke airport semata-mata nak ucap selamat jalan.

Sewaktu kami mahu melangkah masuk ke airport, mungkin disebabkan awal pagi dan belum terjaga sepenuhnya  secara tiba-tiba si Sara dengan muka gabra berlari cuba menahan ntah teksi kuning siapa ntah, kenapa pula Sara ni nak tahan teksi? Tergagap-gagap dia menyebut beg merah! haa?? Rupa-rupanya dia tertinggal beg merah yang berisi 'aksesori' winter. Azab ler nak ke Srinagar kalau tiada benda-benda tu. Nasib baik panggilan aku ke penjaga hostel berjawap, dia tolong telefon ke pemandu tadi patah balik ke airport. Haha, siapa sangka Sara yang rupa macam brutal rupa-rupanya kalut ;P. Proses check in Spice Jet tidak begitu merenyahkan walaupun terpaksa swipe debit kad pula sebab aku memang sengaja tinggalkan kad kredit aku. Mereka janji bayaran terdahulu akan dipulangkan semula ke dalam akaun kad kredit dalam masa selewat-lewatnya 14 hari. Tersipu-sipu 'bhaiya' Spice Jet tu di puji Alifah. ahaks! Lepas halangan pertama.

Penerbangan kedua dari Srinagar ke Delhi lebih 'mencabar'. Di sebelah Kashmir memang sudah sedia maklum akan tentera di merata-rata disebabkan negeri yang agak 'bergolak' katanya tapi kami rasa di Kashmirlah yang paling aman damai sepanjang di India. Untuk memasuki airport Srinagar, 1km daripada airport kami sudah melalui pemeriksaan keselamatan, turun dari kereta, scan beg, scan manusia, body search, check dokumen, naik kereta semula. Sampai di airport di hadapan bangunan sekali lagi periksa dokumen, untuk masuk ke dalam check lagi dokumen, scan beg, scan manusia, body search, pass.

Di kaunter check in (kali ini kami akan menaiki Indi Go) sudah sedia maklum pasti sama situasi seperti Spice Jet tempoh hari aku dah sedia dengan debit card. Tapi yang ini kaunter untuk membayar semula ada di luar bangunan. Makanya aku kena lalu lagi security check nak keluar bangunan. Di luar customer yang berurusan akan berdiri di luar means outdoor manakala officer sedap je duduk dalam kabin yang hangat. Kami di sana sewaktu winter ye, winter. Memandangkan kami akan ke Delhi aku hanya pakai sehelai fleece, tiada fleece tambahan, tiada jaket winter, tiada long john. Bayangkan pakai sehelai sepinggang macam di Malaysia dengan sehelai fleece. Lama pula tu urusannya. Aku sampai melompat-lompat depan tu cuba memanaskan badan, pedulikan manusia lain yang memandang tambahan pula panggilan alam memanggil-manggil dalam kesejukan yang menggigit. Si gadis kaunter seperti baru hari pertama bekerja. Arrghh.. sudah la tu harga tiket jadi lain pula, katanya sebab yang kami beli tu masa promosi tapi hari ini punya harga tak sama. Itu aku faham, tapi tiket kami kan memang dah di beli, bukannya beli yang baru, cuma masalah verifikasi sebab tak bawa kad kredit yang digunakan! Tapi dia berkeras dia betul. Aku malas bertekak lebih-lebih.

Masuk kembali ke dalam bangunan. Lagi sekali lalu scanner manusia, body search segala tok nenek tu. Sampai di kaunter wajib lah complaint pasal harga. Aku brief yang lain pasal kesilapan yang tak patut tu kemudian berlari ke tandas. Keluar tandas lelaki yang aku rasa ketua si gadis kaunter tadi memohon maaf dan membuat transaksi sekali lagi dengan harga yang sepatutnya. Makanya sudah 3 kali aku bayar harga tiket! 2 kali transaksi akan di batalkan dan pemulangan wang dalam masa selewat-lewatnya 14 hari. Masa untuk boarding tinggal 10 minit sahaja. Kami buat-buat tengok jam berkali-kali. 'Don't worry miss, we will make sure you board on the plane. I am so sorry for the inconvenient'. 'Ok, this is not good for IndiGo. Spice Jet is better!' sengaja Alifah sebut saingan mereka, haha. Selesai drama check in, lalu lagi scanner manusia dan body search.

Daus & Sara kene beg search. Aku dan Alifah ke belakang untuk verifikasi luggage sebab beg lambat untuk masuk kargo, takut salah masuk flight. Orang di belakang bertanya kenapa lambat sangat? Pantas kami kata eh, bukan kitorang, you all la yang lambat! Sengih je mamat tu. Kami kembali ke dalam. Sara & Daus masih 'menguruskan' hal beg. Rupa-rupanya bukan sebab apa pun, mereka seperti curious sangat dengan kami. Dengan si Sara mereka sibuk nak tengok gambar, siap pesan jaga elok-elok kamera ye! Dengan si Daus mereka pelik kenapa beli sampai 2 dozen dompet? Kebetulan pagi itu kami borong dompet sebagai sourvenir, senang nego harga semua beli benda sama dan hand luggage Daus yang paling tiada barang maka jadilah mangsa sumbatan hasil dagangan. Kemudian air minuman pun di tanya, untuk minum? angguk. minum sekarang! sekarang? ya! OK. meneguk umpama haus baru lepas lari 1500m. Ok, cukup! Eh? Mungkin mereka cuma nak memastikan cecair itu bukan untuk bahan letupan. Akhirnya selesai semuanya, selamatlah kami menaiki flight ke Delhi. Fuhh.. berpeluh la juga kan.

Flight ketiga kami dari Jaipur ke Kolkata menaiki Spice Jet sekali lagi. Makanya tidaklah serenyah IndiGo. Cuma airport Jaipur kaunter tiket juga diluar seperti Srinagar jadi terpaksa juga melalui kawalan keselamatan berberapa kali. Pengajaran yang aku dapat, bawalah kad kredit (yang digunakan untuk booking) semasa travel! T_T

Jya!
Assalamualaikum..
 
Tiba-tiba macam rajin kan. Padahal pergi site meeting nun kat Jitra sementelaah meeting habis sambil menunggu flight balik yang di malam hari dapatlah masa terluang sedikit nak mendraft entry ni.
 
Jom sambung bebelan di entry Yuanyang sebelum cerita ini masuk anniversary kedua.
 
Hari ke-6, 30 Januari 2013.

Selepas bersunrise sekitar guesthouse kami segera mengemas beg, mandi, masak air buat nestum sarapan sepantas kilat. Christop dah siap lama, alah orang lelaki bersiap memang sekejap semberono je. Bau tuala je pun dah tau, basah-basah tak lipat main sumbat je dalam beg. Huahuahua sempat aku mengumpat. Kami minta dia jalan dulu dan tunggu di Youth Hostel sementara kami bersiap. Mengangkut panda 15kg mendaki lereng bukit saaanggaat rasa nak campak beg tu guling-guling masuk sawah. Gila psycho. Dah la sejuk menggigit, udara nipis, tapi kugagahi jua T_T. Semput tahap mintak nyawa lah bila sampai dekat Christop. Terus berazam nak jogging hari-hari bila balik Malaysia kononnya nak bina stamina (KONONNYA sahaja lah) azam tinggal azam hampeh. Pasangan Canada awal-awal dah gerak dulu nak tangkap gambar katanya. Di Youth Hostel kami sempat masuk sambil menelek hiasan dalaman hostel kebetulan pemandu van yang sedia ada di depan kami ni mahu ke Nansha, umpama orang mengantuk disorong bantal, besar tapak tangan padang bola kami tadahkan, apa lagi tumpang je lah. Fuhh selamat azab nak naik tangga mencanak ke jalan besar. Di tengah jalan ternampak pasangan Canada, kami minta van berhenti mengangkut mereka sekali maka berbondonganlah kami ber-5 dalam van.
Pemandangan pagi sekitar guesthouse
 
Sampai di pekan Nansha setelah mengucapkan selamat jalan kami berpecah mengikut haluan masing-masing. Aku dan Fatt ke stesyen bas, mahu mendapatkan tiket ke sempadan China/ Vietnam ~ Hekou/ Lao Cai. Hari masih awal, lebih kurang jam 9.30 pagi, kami berjaya mendapatkan tiket ke Hekou untuk serta merta. Perjalanan ke Xinjie mengambil masa 2 jam dan Nansha ke Hekou 4 jam. Perjalanan ke Nansha menuruni bukit bukau, jalan bengkang bengkok, siapa tak tahan mabuk mesti muntah, rakyat tempatan pun ramai yang muntah. Di tengah jalan pemandu bas berhenti ke tandas kami sempat ke seberang jalan membeli limau (lapar weh sarapan nestum sebungkus je kot) dah limau je yang dijual di situ. Murah sangat ¥2 untuk 5 biji (RM1). Manis! Sampai di Xinjie kena bertukar bas, bas akan bergerak ke Hekou jam 12, ada setengah jam lagi, sementara aku jaga beg atas bas Fatt pergi membeli apa-apa yang boleh di makan termasuk jagung tongkol. hukhukhuk.. Den tak boleh makan jagung tongkol! sangkut ler gigi besi T_T .
Toilet break, kami ambil kesempatan membeli buah
Alat menimbang yang sangat klasik. Ada ke kat Malaysia?
Pekan Xinjie nun di lembah sana
Itulah jalan yang di lalui antara Xinjie ~ Nansha
Muntah Hijau

Di atas bas kami jumpa lagi dengan pasangan biniku gangster. Mereka juga akan ke Vietnam tetapi akan bermalam di Hekou kerana Visa mereka bermula hari esok. Perjalanan ke Hekou melalui kampung-kampung dan macam biasa jalan bengkang bengkok, sambil layan lagu cina, aku sampai hilang bilangan nak kira berapa kali pakcik driver ulang main lagu tu. Ada sekali berhenti untuk pemeriksaan tentera. Passport kami ber-4 selaku rakyat asing di ambil rekodnya dan dalam 10 minit kemudian dipulangkan semula. Kami sampai di Hekou lebih kurang jam 4petang. Stesyen bas macam stesyen mati, semua orang turun tau-tau sudah tiada orang. Pasangan biniku bangster pun dah hilang, kami ambil teksi untuk ke Lao Cai, dalam 5-10 minit sahaja, kami minta teksi turunkan kami di immigration. Turun teksi tercangak-cangak juga celah mana ni? Puas la terpusing-pusing mencari nak cross borde rkat mana ni? Laahhh, belakang kitorang saja rupanya! tak macam tempat cop passport pon! Agak lawak juga encik immigration China ni, tanya itu ini, lepas tu macam tak tahu nak cop di mana. Mungkin sebab jarang Malaysian lalu di situ. Sampaikan dari tiada manusia sehingga barisan panjang berjela.
Ini lah bas Nansha ~ Xinjie
Antara pemandangan tengah jalan
Rakyat tempatan. Nampak tak yang basah-basah atas lantai tu? Ada orang muntah dalam bas!
Security check
Melalui pekan-pekan kecil
 
Melintas border secara berjalan kaki sahaja melalui jambatan dalam 5 minit ke bangunan immigration Vietnam pula. Sepanjang jalan setiap manusia yang bertembung mesti mengatakan 'Malaysia! Malaysia!' Adoii, korang tak pernah nampak orang Malaysia ke sebelum ni? Tiba-tiba rasa cam artis giteww. Puii. Alhamdulillah selamat melepasi.

Itu haa tempat cop passport, ada di celah pokok rupanya
Itu aku. Nampak tak barisan dah panjang
Dah melepasi immigration China kena cross over jambatan ni. Ini pintu gerbang sempadan sebelah China
Pintu gerbang sempadan di sebelah Vietnam
Bangunan immigration Vietnam
 
Berbalik kepada semasa melepasi sempadan ada seorang manusia yang menegur kami rupa-rupanya ada udang sebalik mee. Dia adalah ulat teksi ke Sapa. Melepasi immigration Vietnam dia segera mendapatkan kami dan cuba mendesak untuk kami mengambil transport dengannya dengan harga yang agak mahal kalau dibandingkan dengan research kami. Kami cuba bincang tepi tapi biasalah dah nama pun ulat tiket tetap cuba mendesak, terjerit juga Fatt kami kemudian terus angkat beg berlalu pergi walaupun harga yang dilaungkan sudah labih rendah berbanding research kami. Kami singgah masuk ke kedai kopi, tak kisah ler yang penting lari dari manusia-manusia yang cuba ambil kesempatan. Sedapnya kopi Vietnam!
 
Oklah, aku pergi ngopi dulu lagipun dah berjela ni lain kali aku sambung lagi yek. Jya!
 

Kunming to Hanoi Overland : Yuanyang Rice Terrace

Assalamualaikum..

Mari sambung cerpen perjalanan ke Yuanyang dah lepas 1st anniversary bulan lepas :P

Hari ke-5, 29 Januari 2013. Pagi aku sudah terjaga. Sejuk menggigit-gigit tulang. Tiada heater dalam bilik hanya dibekalkan sekeping selimut berupa toto. Rasanya sepanjang perjalanan itulah suhu paling sejuk. Tapi sejuk-sejuk pun gigih aku mandi pagi sambil terketar-ketar. Belum sempat siap packing pasangan biniku gangster sudah turun mencari kami. Mereka mengajak berjalan-jalan sekitar pekan. Aku sumbat segala macam barang ala kadar, kami check out, tinggalkan luggage dan keluar ke pekan. Tiada apa sangat di Nansha. Cuma ada pasar pagi tapi tak semeriah mana. Kami ke ATM semalam, berjaya mengeluarkan duit. Yay!

Suku kaum Hani, puak minoriti Yuanyang
 
Pasangan Argentina tu sepakat tak mahu masuk ke Yuanyang dan mereka akan berjalan kaki ke kawasan pintu masuk Yuanyang. Ada juga rice terrace di situ. Asalnya kami setuju mengikut mereka petang itu untuk melihat sunset. Tapi setelah bincang tepi kami masuk juga akhirnya ke Yuanyang (mentang-mentang dah ada duit kan, hehe.. yelah bukannya aku datang sini every year, kena naik bas sambil baring macam orang sakit 10 jam kot!). Kami tinggalkan nota untuk couple tu di hotel, dan sekali lagi naik van sapu seperti malam tadi masuk ke Yuanyang. Tambang van cuma 10yuan seorang. Semasa nego harga van datang couple Canada mahu menyertai. Great! Perjalanan lebih kurang 40minit ke dalam. Dan sekali lagi van tersebut berhenti di pintu masuk. Memang betul kena bayar 100yuan seorang. Malam tadi hanyalah salah faham, kepenatan dan kesejukan. Maaf ye encik!
 

On the way, pemandu singgahkan kami di view point yang pertama. Sedang kami khuyuk mengambil gambar tiba GF pasangan Canada tadi terjatuh dari platform! Railing tempat dia bersandar sudah reput dan patah, tinggi lah juga dia jatuh berguling-guling dari tebing masuk ke dalam sawah. Si BF terus terjun sama berlari mendapatkannya (uhuk uhuk bila lah nak ada BF yang sanggup kejar aku jatuh cenggitu??**petir!**- tiru ayat Fatt hehehe). Nasib baik tiada kecederaan berlaku. Tapi ada jugalah orang yang tolong panggil ambulans takut ada apa-apa yang berlaku. Setelah pasti tiada apa terjadi kami meneruskan perjalanan. Kami diturunkan di hadapan Youth Hostel. Dari situ berjalanlah kami menggendong panda dari satu guesthouse ke satu guesthouse. Youth Hostel penuh. Turunlah kami jauh ke lereng bukit. Jackie's Guesthouse agak mahal, tiada dorm. Kami ke Sunny Guesthouse, cuma ada 1 dorm 4 katil dan 1 bilik double. Couple Canada tu dah cop bilik double. Jadi aku, Fatt & Christop masuk dorm sajalah. Cuma 20yuan sekepala, ada electric blanket, ada air panas untuk mandi dan pemandangan terbentang. Sempat juga masak lunch sebelum kami keluar semula untuk melihat sunset.

Pemandangan sekitar Sunny Guesthouse

Selesai makan & bertanya serba sedikit pasal points melihat sunset, kami menapak kembali ke tepi jalan besar. 3 orang tadi dah gerak awal. Deme boleh makan apa saja yang deme jumpa tengah jalan. Sampai jalan besar, agak terpinga-pinga juga nak menuju ke mana. Kami putuskan untuk ke Bada. Dalam beberapa langkah menapak terdengar bunyi hon sebuah van. Van berhenti tanya nak ke mana sambil tunjuk map. Kami tunjuk ke Bada, dengan 10yuan seorang sekejap je sampai yay tak payah menapak. Jauh juga nak menapak mau lebih sejam. Kami di sajikan dengan pemandangan teres sawah yang nun saujana mata memandang. MasyaAllah! Pemandangan memang superb. Lama juga kami menunggu matahari sehingga betul-betul terbenam.
 
Sunset over the rice terrace (maaf atas resolusi terkecil sikit, malas ler nak tukar :P)

Tatkala semua pelancong beransur pulang (mereka ada kenderaan tourist guide) tinggallah kami ber-5 menapak menuruni bukit. Nasib la menurun. Cubaan menahan setiap kenderaan yang lalu hampa. Akhirnya ada sebuah van berhenti, tapi macam agak sarat. Ada 3 orang yang turun ingatkan mereka dah sampai tempat yang dituju (walaupun macam tiada rumah di kawasan itu bersangka baik rumah mereka kena masuk celah-celah bukit) tapi rupa-rupanya mereka volunteer untuk berjalan kaki dan bagi kami menumpang ehh?? Kami paksa mereka naik semula, memang sarat. Sambil itu mereka gelak, kami pun gelak sama padahal sepatah haram tak faham apa kebenda yang dia cakap. Berdekah gelak sakan hehe. Macam tak betul pun ada. Jauh juga nak sampai ke tempat sebenar yang diorang nak turun tu, nasib la kami paksa juga mereka naik semula tadi.

Turun dari van ternampak pulak bawah sana macam meriah je? Jenguk punya jenguk rupanya ada persembahan sarkis jalanan. Ramai yang datang tengok. Iyelah, itu ler entertainment mereka, kalau kita boleh ngopi lah, mamak lah, tengok wayang, bowling, karoks yada yada. Kami pun join sekaki tengok sarkis tu. Dalam 15minit kami meneruskan perjalanan balik. Macam biasa, masak nasi untuk dinner malam tu dinner sambil menikmati pemandangan sawah padi dan disirami cahaya bulan penuh ecewahh feeling-feeling romantiklah kononnya puii. haha. Selesai makan bertenggek pula tepi sawah. Tak buat apa-apa pun tak mengapa, just feel the peacefulness. Yahhoo malam tu tidur tak hengat donia! (tapi Fatt kata dia nampak 'something') Itu korang tanyalah backpackerbusuk tu sendiri yek! Den tak tau. Ok, aku sambung lain kali ek. Terima kasih atas kesabaran menunggu entry Kunming ni yang dah lebih setahun tak habis tulis lagi..

Jya!



India - Hampir Ditipu

Assalamualaikum...

Genap sebulan pulang dari Beijing aku ke India. 4 orang bersama geng warung - aku, Alifah, Sara & Daus. Asalnya 8 orang membuat aku terbayang rombongan cik Kiah ke OZ dulu. Tapi sudahnya tinggal kami ber-4, macam-macam cerita, aku skip cerita itu jom cerita pasal India. Route yang akhirnya menjadi pilihan - Kolkata~Sringar~Delhi~Agra~Jaipur~Kolkata selama 10 hari. Kami terpanggil untuk ke India selepas menonton filem Shah Rukh Khan - Chennai Express lantaran banyak juga route options yang dikeluarkan semata-mata kononnya nak naik train kat Chennai punyalah kuat pengaruh cerita kan? Akhirnya jadilah route seperti di atas.

India was awesome, it is a beautiful country with a lot of great architecture, good people, rich culture & beautiful nature. (Eh, apa pasal speaking pula ni? Hehe). Regardless of that, you still need to be extra carefull & take extra precautions on your surrounding. (eh?sambung omputih ke? Ok ok bahasa please!) Ramai yang bertanya bila aku mention India, 'kenapa India?' Jawapan yang selalu aku bagi 'kenapa bukan India?' terus tiada soalan tambahan hehe. Dari feedbacks yang aku kutip daripada blog-blog, kawan yang pernah ke sana rata-rata memberikan bayangan kotor, geli, tahi bersepah, sampah merata walaupun begitu kenalah experience sendiri baru boleh bagi komen. 1 lagi yang popular pasal India terutama di Delhi adalah kisah scam. Memang kalau baca sahaja rasa macam tak berapa logik kan kena tipu bulat-bulat tapi setelah melaluinya memang betul lah kisah scam terancang besar-besaran di India. Kami hampir-hampir masuk perangkap.

Bermula dengan stesyen keretapi New Delhi (hostel kami terletak di belakang stesyen dan kami perlu melalui bangunan stesyen & melintas landasan) selepas melalui security screening (macam di China), kami di tahan oleh seorang officer lengkap berkot bertali leher (kalau ku tahu dia permulaan penipuan itu memang aku jerutkan saja leher dia tu, rasa macam nak pukul muka dia dengan kasut yang dah pijak-pijak tahi). Dia tanya tiket, kami nyatakan cuma nak menyeberang landasan saja & tunjuk booking hostel. Katanya sekarang ada festival di kawasan itu jadi nak masuk sana perlu  ada permit yang mana hanya boleh diperolehi dari tourism department (sambil keluarkan map & tunjuk lokasi office tu di mana. Katanya lagi kerajaan buat macam tu sebab nak kawal kemasukan orang ke kawasan tersebut sebab sebelum ni ada kejadian warga Denmark di rogol beramai-ramai di kawasan tersebut (which was true as we always alerting each other regarding crime especially yang melibatkan tourist). Tempat yang ditunjukkan agak jauh juga dan dia dengan baik hati tolong deal teksi untuk kami ke sana dengan tambang rp100 (rm5.40 bahagi 4 cuma sorang rm1++). Aku waktu tu agak marah dengan pihak hostel yang tak memaklumkan pasal benda ni dan cubaan menghubungi hostel juga gagal, jadi kami terpaksa rela menurut perintah.

Sesampai di 'Tourism Department' officer disitu lagilah pandai berlakon kalah Amitha Bachan. Alifah mula tergoda, haha. Kami nyatakan situasi tadi, sambil geleng-geleng kepala (sekarang rasa mcm nak pusing kepala dia kasi tercabut) berkata tempat tu di tutup untuk tourist. Langsung tak boleh masuk sebab zone bahaya dek kes gang rape Danish tourist bulan lepas. Lepas tu konon-kononya tolong call hostel kami buat pembatalan reservation & mengatakan deposit akan dipulangkan dalam masa 2minggu. Aku dah mula rasa sangsi, hostelbookers takkan pulangkan deposit, dah banyak kali aku buat benda ni. Ok takpe, tengok lagi. Kemudian kami tanya nak tidur mana malam ni? Dia sekali  lagi angkat telefon kononnya tanya available hotel, manusia di hujung sana minta ditelefon semula dalam 15minit sementara mereka semak hotels availability.

Sambil tunggu 15 minit ditanya pula pasal train tickets. Aku suakan tiket yang aku book online, sekali lagi dia geleng-geleng kali ini lebih bersungguh katanya aku dah salah booking, sepatutnya aku kene pilih foreign quota instead of general quota. Dengan general quota katanya lagi kami akan di denda rp10k seorang lepas tu dia tunjuk di komputernya website train India drop box untuk pilihan quota tersebut. Tapi bila aku tengok address website tu adalah www.google.com.in apa jadah nampak sangat kau nak menipu nih. Kemudian offer kami untuk tukar kepada foreign quota dengan harga USD70 seorang. Aku lagi percaya seat61.com kot daripada dia. Lepas tu (after 15 mins remember?) he makes a call & again adegan geleng kepala (sekarang aku rasa nak petirkan orang ni kasi legam) memberitahu all hotels in Delhi tak kira 5,4,3,2,1 star are fully booked. Not a single room left! Pembongak betul. He then suggested us to go to Agra instead & I questioned him at this time? Is it safe? (It was about 8pm).
 
At that point aku dah rasa tak sedap, Daus dah bangun, aku keluar dari bilik dan cuba call hostel lagi, dapat! Pihak hostel confirmkan itu semua dusta belaka dan kami disaran tinggalkan tempat tu secepat mungkin. Sementara itu juga Daus juga berpura-pura telefon kawan dia walaupun tak dapat. Walaupun rasa geram macam nak cekik-cekik je manusia tu tapi sebab itu tempat dia dan ramai juga geng mereka kami terpaksalah berlakon tersenyum sumbing mengatakan kawan kami offer tinggal di rumahnya sambil mengucapkan terima kasih. Mereka masih mencuba dan bertanya where is he from? Kami katakan he's Indian, from Delhi but we are not sure which part of Delhi. He'll fetching us soon. Thank you very much sir! Walaupun Alifah masih tergoda & macam blur blur situasi itu, aku seret gak dia bangun & dengan segera kami pikul beg dan keluar dari situ (sorry Ally!). Aku telefon kembali ke hostel sambil mencari-cari apakah nama kawasan tersebut mujur ada kedai yang memaparkan alamat. Selang 10 minit pihak hostel dapat mencari kami dan selamatlah kami ber-4 naik tuk tuk dengan backpack 15kg masing-masing bersama orang hostel dan pemandu tuk tuk. bayangkan lah 6 orang penuh sarat! Gambar memang tiada sapa yang nak snap kann.. Bersyukur penipuan terancang tidak berjaya menjerat kami. Alhamdulillah!
 
Kepada yang merancang ke India, silalah berhati-hati. Mungkin cara penipuan akan sedikit berlainan tapi modus operandi akan tetap sama - memesongkan rancangan korang untuk ke Agra atau Jaipur dengan teksi & charge harga yang sangat mahal. Ingat tau!
 
Jya!
 
 

Blogger Templates by Blog Forum