Wisata ke Jawa Tengah ~ Yogjakarta

Assalamualaikum...

Lama sungguh nak keluarkan 1 entry pun. Maaf lah ye, kebelakangan ni tenaga aku macam tak cukup, letih memanjang. Tambah pula blogspot asyik ada masalah. Anyway, jom sambung ceritera jalan-jalan.

Tidak lama untuk aku merancang perjalanan ke Yogjakarta, beberapa minggu pulang dari Hanoi aku mendapati (dapati ek?) tiket pergi balik ke Yogjakarta cuma RM165 untuk cuti hari pekerja jadi semestinya jiwa terkinja-kinja klik butang 'buy now'. Kali ni macam cerita berkepulauan aku cerita secara ekspress juga sebab aku juga mendapati dua tiga menjak ni sangat ramai rakyat Malaysia yang terlepas ke Yogjakarta dan blogging pasal Yogja. Untuk mengelakkan korang baca cerita sama yang berulang-ulang, aku tulis secara ringkas & laju-laju yek. Kali ini aku dah arrange supir dari Kuala Lumpur lagi untuk 2 hari (hari ke-2 dan ke-3).

Itinerary ringkasnya:
Day 1 - Arrival, Free & easy
Day 2 - Prambanan Temple, Kraton & Taman Sari
Day 3 - Borobudur & Dieng Plateau
Day 4 - Free & easy, departure

Sepanjang di sana kami menginap di Ameera Boutique Hotel, Jalan Dagen. Hanya 5 minit ke Malioboro dan kedudukan Jalan Dagen ni di tengah-tengah Malioboro. Kami sampai di Jogya lebih kurang jam 5 petang, terus ke hotel, bersiap ala kadar dan malam tu kami berjalan dari hujung ke hujung sambil berlesehan (lesehan : makan bersila) di Malioboro. Lesehan memang terkenal di Yogja dan kalau bernasib baik ditemani ngamen (penyanyi/ pemuzik jalanan) yang sedap telinga mendengar. Kalau nasib tak baik tadah jelah telinga tu sambil makan dan buat-buat macam korang sedang menikmati alunan muzik yang diperdengarkan. Ada juga beberapa kumpulan ngamen secara besar-besaran dan aku rasa agak kagum jugaklah.
Pasar Sore
Ngamen secara berjemaah. Terkesima la jugak menontonnya
Horay!! fridge magnet yang banyak.. ada di Pasar Seni Nadzar. Kedai pertama kot di Malioboro. Kalau keluar dari Jalan Dagen belok ke kiri sampai pangkal jalan Malioboro. Kasir (cashier) tu pelik tengok aku beli banyak FM, 'yang dari Malaysia banyaknya pasti beli magnet!' heee.. tu je yang murah sayang oi! ni pun tak murah, satu lebih kurang RM10

Hari ke-2 seawal jam 5.30 pagi kami dah bersiap-siap untuk ke Prambanan. Supir janji jam 6 pagi tapi lewat sampai 6.30 pagi. Aku potong payment dia siapa suruh lambat, gigih kot aku bangun pagi gosok gigi dengan mata masih terpejam! Lebih kurang sejam kemudian kami sampai di Prambanan dan ternyata kami antara pengunjung terawal. Ada kopi/ teh panas dan air mineral disediakan maka kami minum kopi di cicah roti gardenia. Sedap! Bayaran masuk untuk pelancong asing adalah IDR170.000 tapi supir aku baik hati bagi kami harga tourist guide (ada diskaun 10% kot aku tak ingat). Kompleks candi Prambanan tidaklah sebesar Angkor Wat di Siem Reap tapi structurnya lebih besar dan tinggi (Prambanan dikatakan candi hindu tertinggi di SEA). Selain prambanan ada juga candi-candi kecil yang lain dan yang kedua terbesar dalam kompleks itu adalah candi Sewu (pada pandangan aku lebih menarik senibinanya berbanding Prambanan). Candi Sewu terletak di hujung kompleks Prambanan dan kena jalan sikit. Masih banyak lagi kerja-kerja konservasi yang perlu dijalankan di sini. Erk.. arkib sini ada kerja kosong tak aku nak apply!
Candi Prambanan
Candi Sewu

Sangat banyak kerja lagi hokeh!

Lepas candi Sewu, barulah kitorang sibuk-sibuk nak tengok video show pasal prambanan ni. Owh, rupanya ada cerita disebalik. Kitorang siap bantai gelak sebab cerita dia bercampur aduk dengan kengkonan zaman sekarang. Kalau penganut Hindu mesti faham cerita tu, kami cuma sekadar ambil tahu saja. Sampai di hotel lebih kurang jam 10.30 pagi, sempat juga mengharung piket pelajar university. Ketika bersiap-siap untuk keluar semula, Hifzan mendapati kameranya tiada. Hmm.. usaha juga kembali ke Prambanan mencari. Siap buat announcement. Tapi takde rezeki sampai kesudah tiada berita. Teringat aku hilang rantai emas di OZ dulu. huhu. 

Piket

Sekembali dari Prambanan kami terus ke Keraton dan Taman Sari. Dapat harga local. Aku tak bukak mulut pun. hehe. Tapi di Yogja cara berpakaian memang susah sikit nak bezakan dengan Malaysian. Sebab Yogja banyak universiti jadi mungkin fesyen lebih up to date. Keraton ni adalah kawasan di dalam kota Istana dan Taman Sari adalah sebahagian dari kawasan Keraton. Bangunan utama Keraton tiada apa-apa sangat, tak melawat pun takpe dan agak-agak menyeramkan jugalah. Taman Sari adalah tempat sultan mandi bersama gundik pilihan. Ada 2-3 kolam di dalam Taman Sari 1 kolam untuk gundik-gundik mandi, kemudian sultan akan mengintai dari menara dan memilih gundik pilihan hati untuk mandi bersamanya. Lebih kurang gitulah. Kami di bawa menjelajah kawasan Keraton dan Taman Sari oleh seorang tempatan. Mula-mula rasa cuak juga, tapi dia memang ikhlas nak terangkan sejarah kawasan dia. 2 jam juga pusing-pusing keraton sampailah ke masjid bawah tanah yang tak digunakan lagi. Kagum jugak lah dengan architecture masjid tu. Bukan dari segi kehalusannya, tapi dari segi pemikiran ianya di bina. Aku pun tak pandai nak terangkan macam mana.
Ruang legar bangunan utama istana

Keraton juga sangat terkenal dengan hasil batik/ Kami di salah satu ruang dalam istana

Taman Sari

Masjid bawah tanah

Malam tu kami berlesehan lagi sambil melayan ngamen, lepas tu khatamkan lagi hujung ke hujung Malioboro. Eh, tadi aku kata nak cerita secara ekspress tapi aku rasa mcm dah panjang sangat ni. Malas pula nak tunggu lagi panjang, aku up jelah dulu yek. Nanti-nanti aku sambung pasal Borobudur dan Dieng Plateau.

Jya!




Blogger Templates by Blog Forum