Islanding

Assalamulaikum..

Lama sungguh tak update blog. Hampir lupa yang aku ada bendalah ni.

Seminggu selepas ber rakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian aku berenang-renang pula di tepian pantai. Yup, its beach time peeps! 3 pulau dalam masa sebulan. Letih la juga. Tapi kecintaan aku terhadap pulau terlalu mendalam sehingga lautan dalam sanggup ku redahi. Erk, apa aku merapek ni??!

Destinasi berkepulauan pertama- Koh Lipe. Aku pernah ke sini 2 tahun lepas. Naik bot laju melalui Langkawi terus ke Koh Lipe. Kali ini aku cuba masuk dari tanah tumpah darah Koh Lipe- Thailand. Pengalaman yang agak tak menyenangkan - bas ke Hatyai lewat 2 jam (scheduled on 9pm tapi bas sampai jam 10.30 dan gerak jam 11.00). Sudah la lambat, singgah pula di Ipoh mengisi minyak, tukar driver segala. Azab seterusnya kebetulan hari kami sampai menandakan hari pertama musim hujan di Koh Lipe. What?? Makanya perjalanan feri 2 jam dari Pak Barra ke Lipe sangatlah bergelora dengan air cond yang tak berapa berfungsi dan kapasiti manusia yang ternyata melebihi muatan maka sangat ramai yang mabuk laut hingga udara menjadi sangat tepu. Nasib baik aku agak kalis mabuk.
Nasib baik juga 2 hari kemudiannya langit cerah dan biru. Di Lipe tidak pula bersnorkel segala, hanya mandi manda melepaskan rindu mandi laut. Hari pulang terlebih lagi ujian. Bot yang dijadualkan jam 9.30 pagi tersangat penuh dek kerana birokrasi si penjaga tiket bot yang menerima rasuah terang-terangan makanya kami yang bertiket tak dapat pulang, yang tak bertiket bersesak-sesak dalam feri. Terdamparlah kami menunggu bot laju dalam 2 jam lagi. Lebih kurang jam 12.30 bot sampai dan Alhamdulillah sampai ke tanah besar jam 2 petang. Kami sudah sepakat menukar haluan teksi terus ke sempadan (asalnya ke Hatyai dan dari Hatyai naik bas ke KL) memandangkan tiket bas untuk pulang belum di beli. Itu ini makan segala jam 6 petang (waktu Thai) sampai di sempadan (Padang Besar). Jalan kaki saja melintas sempadan kami naik teksi sapu ke bandar Changloon dengan harapan dapat naik bas jam 8++ malam. Malangnya hanya bas 10.30malam yang ada sampai di Putrajaya jam 6.30pagi terus je pergi kerja! Arrghh!!

Lupakan Lipe, 2 minggu lepas tu aku sudah berada dalam keretapi malam menuju ke Tanah Merah, Kelantan - ke destinasi berikutnya Pulau Perhentian. Kali ini tak kurang juga ujian debaran mencari tempat tidur. 2 tahun lepas aku terjah je ke sini tiada masalah mendapatkan penginapan. Tambahan pula minggu sebelumnya cuti sekolah sudah berakhir jadi perkiraan kami tak mungkin tiada bilik nampaknya meleset akhirnya kami terpaksa berkhemah mujur tauke chalet murah hati khemah siap tilam segala. Selain itu segala yang lain seperti yang dirancang sampai rasa nak datang lagi dan lagi. Pulang pula dengan Air Asia memang perjalanan yang menyenangkan!


Minggu berikutnya aku memandu pula ke Jeti Marang, Terengganu - ke destinasi seterusnya Pulau Kapas. Kali ini memang dirancang untuk berkhemah dan memasak segala. Aku menempel jek kat family kawan :). Sanggup aku terjun laut ditengah hari buta lepas tu melantak tidur sampai ke petang- kemudian acara sotong pula. Tahun ini sotong meriah! Mujur cuaca di pulau tidak terjejas walaupun waktu itu hampir seluruh negara dilanda jerebu yang sangat teruk. Pulang dengan gembira bersama Adra, Adam, Qasdina & Qaisara. Sampai sekarang tak habis cerita lagi kot depa ek kawan?? :P

Sekian itu sahaja cerita pulau aku ada rezeki lepas raya aku masuk lagi :)

Jya!

Blogger Templates by Blog Forum