Assalamulaikum..

Sorry ye, lama sangat nak sambung. Entry kali ini tak banyak gambar. Sambungan dari cerita Adelaide.

Yup, ramai yang tidak tahu ibu negara Australia adalah Canberra, bukan Sydney. Dari pandangan aku Sydney lebih hektic, lebih metropolitan & moden dan lebih di komersilkan berbanding Canberra. Memang tiada apa sangat di bandaraya Canberra. Banyak bangunan pentadbiran kerajaan termasuk parlimen. Jadi kenapa kitorang datang sini? Tujuan utama adalah ke Snowy Mountain ~ tempat rakyat Australia berjimba-jimba dengan salji. Walaupun kami datang waktu spring dan kemungkinan besar tak akan ada salji pun atas tu, tapi tak kira, aku plan juga ke sana.

Kami sampai di Canberra lebih kurang jam 4 petang. Ada prayer room disediakan di arrival hall, betul-betul depan eskelator turun untuk mengambil bagasi. Selesai segala urusan kami cuba mendapatkan teksi malangnya kami ber-8 dan kapasiti teksi airport adalah 7pax dan setelah di kira-kira kalau di bahagi 2 teksi 4-4 masih mahal, kami terpaksa mengambil airport shuttle ke pusat bandar. Dengan tambang AUD10 untuk perjalanan tak sampai 20 minit tetap dirasakan mahal. Dan di pusat bandar, terpaksa pula mengusung 'koala' mencari bas untuk ke Dickson Backpackers. Tambang AUD4 untuk perjalanan tak sampai 10 minit. Nampaknya kos hidup di Canberra boleh tahan mahalnya. Sesat barat juga mencari hostel. Sampai Hostel kena pulak sound dengan makcik Debra si "warden" asrama (kami gelar) sebab sampai lambat. Adoyai makcik, kami on the go, dah flight delay nak access internet pun susah macam mana nak bagi tahu in advance. Ah biarkan. Banyak betul peraturan makcik ni. Hmm.. layankan saja.
Dickson Backpackers

Petang itu kami hanya berlegar-legar di sekitar pekan Dickson tu. Ada restoren Rasa Sayang dari Malaysia tapi sayangnya tak halal. Ada sebuah kedai Indian food "Taj Agra' yang tertera halal di situ. Kami dah tak larat nak makan lauk Brahim's untuk kesekian kalinya. Memang berkobar-kobar nak makan real food selepas perut dimanjakan semalam dek makanan mewah Kak Yang :P.

Restoren Rasa Sayang yang sayangnya tak halal
Menu Taj Agra. Siap ada delivery
Antara menu yang di order. Portion memang besar. Sangat besar!

Selesai makan, kami ke Mc Donald's pula mengambil kesempatan wifi free dan lepas tu balik hostel je. Esok pagi juga nak kena keluar untuk ke Snowy Mountain. Oklah, aku sambung dalam entry lain yek.

Jya!

Trip DownUnder : Adelaide (Part 2)

Assalamualaikum...

Sambungan dari entry lepas.

Hari ke 7, 16 November 2012. Hari itu flight kami ke Canberra jam 2 petang, jadi kami ada masa sebentar untuk berfoya-foya di sekitar Adelaide. Memandangkan kereta dah dipulangkan kami jalan kaki sahaja dari hostel ke pusat bandar. Tujuan utama adalah Central Market & China Town. Sekitar bandar kami disajikan dengan pemandangan musim bunga. Ungu menghiasi sepanjang jalan. Cantik.
Kawasan perumahan
Taman awam
Beautiful spring in Adelaide

Sampai di Central Market lebih kurang 20minit kemudian. Hmmm.. masih sangat pagi. Banyak kedai belum buka. Kebetulan kami sampai kedai sourvenir di bahagian hadapan sekali sedang di buka. Dapat lah kami harga pecah telur. Tak banyak boleh di lihat, kami bergerak kembali ke hostel. Kalau terlambat tak ke naya terlepas flight. Dalam jam 11 pagi masing-masing sudah siap. Selesai urusan check out aku tanya receptionist tu nak naik bas ke airport macam mana. Dia kata tunggu di seberang jalan depan hostel je. Katanya lagi, longgokkan beg tepi jalan supaya pemandu bas dari jauh tahu ada orang tengah tunggu bas. All right! That's great. Tak payah susah-susah jalan jauh mengangkut mak koala di belakang. Kami pun melintas.
Dengan beg besar masing di seberang jalan berhadapan hostel

15 minit berlalu... *bunyi cengkerik malam* mana bas ni? 1/2 jam berlalu *bunyi katak malam mula kedengaran*.. ishk.. betul ke ni? Tiba-tiba pembantu hostel melintas jalan mendapatkan kami. "Hey girls, do you did any arrangement for the bus?" "What arrangement?" *muka sangat blur* "well, the bus is not just pass by, you need to notify them!" "owh, really? Is it still possible to do that arrangement now? Our flight is at 2pm" "Hmm.. since there are 7 of you it is cheaper to charter a van. Let me help you. Come!" Kami mengekori dia melintas semula ke depan hostel. Dia mendapatkan seseorang yang sedang berinternet di lounge hostel. "Ok girls, here you go. Its only $30 per van. Bus fare is $16 per person." Lantas dia tolong mengangkat beg-beg kami kedalam van. "Thanks you Mr Gary!" heee.. sukati bagi nama. Kitorang pun tak sure sebenarnya, sebab macam terdengar ada orang panggil dia Gary. Nasib baik masih ada orang yang baik hati menolong. Oh ya, Hifzan tidak bersama kami sebab dia tidur di rumah Kak Yang malam tadi. Kami akan jumpa dia di airport. Hari itu Kak Yang berjanji untuk masakkan kami nasi lemak. Yeay! Semoga murah rezeki Kak Yang.

Kami sampai di airport agak awal. Proses check in dan luggage drop Qantas sangat mudah. Semuanya self service. Kiosk dan kaunter drop luggage yang disediakan sangat banyak dan semuanya berfungsi. Staff  juga ramai yang standby kalau ada mesin rosak dan kalau ada customer tak tahu guna machine. Tak macam Air Asia, kaunter je banyak, tapi yang buka hanya 1. Staff pun muka ketat semacam. Kiosk self check in, di LCCT adalah beberapa ketul. Dengan Q yang maha panjang. Adik Hifzan pernah terlepas flight sebab terpaksa beratur panjang untuk self check in kiosk tu. Hifzan mnyusul beberapa minit kemudian. Kak Yang ke Ikea berhampiran untuk membungkus makanan katanya. Tak sempat bungkus di rumah sebab terlajak bangun pagi. Kat airport takde port nak bungkus. Oh Kak Yang you are so sweet! memuah! muahahahaha... Kami tinjau papan boarding. Alamak, flight delay!
Qantas check in area. Semua self service

Lama juga kami tunggu Kak Yang. Nasib baik juga flight delay. Akhirnya Kak Yang muncul dengan lunch kami. Setelah berbabai-babai dengan Kak Yang kami ke boarding hall gate. Nak makan kat mana ni? takde meja. Takkan nak bersila depan kastam ni. Ain dengan beraninya pergi tanya pakcik kastam tu, kitorang bawa bekalan makanan tapi kitorang nak makan bukan nak bawa naik flight. Boleh lepas tak lalu kastam? Tau reaksi pakcik kastam tu? Dia mengangguk dan memberi isyarat untuk kami melalui pemeriksaan. Wallau weh! Dengan gembira sengih sampai telinga melepasi kastam. Dalam boarding hall bagai pucuk di cita ulam mendatang kawasan di tengah-tengah memang disediakan meja-meja dan kerusi. Ala-ala food court gitu tapi takdelah banyak sangat F&B outlet. Kami segera duduk dan makanan di agih-agihkan. Kak Yang dah siap bungkus satu-satu untuk setiap seorang. Habis semua. Memang kami belum makan apa-apa untuk hari itu. Kali ni takde gambar makanan. Lapar punya pasal.
Sesi berbabai-babai dengan Kak Yang. Thank you so much Kak Yang!
Bye Adelaide! Ada rezeki aku datang lagi
Dalam flight makan lagi. Scone & cookies tu sangat sedap! Ada logo halal, boleh di makan tanpa was was

Perjalanan mengambil masa 3 jam dari Adelaide ke Canberra. Flight kecil sahaja, macam Firefly. Bergegar-gegar la jugak masa nak landing. Dalam flight makan lagi. Dah memang dapat free kan. Kami selamat mendarat lebih kurang jam 4 petang. Apa ada kat Canberra ni? nanti aku sambung dalam entry seterusnya ye. Jya!

Trip DownUnder: Adelaide (Part 1)

Assalamualaikum...

Sambungan dari perjalanan ke Adelaide. Entry kali adalah kurang gambar yek.

Kami memasuki kawasan pinggir bandar Adelaide menjelang 4.30 petang. Agak mengelirukan juga susun atur bandar Adelaide ni. Susunan dalam grid. Kena tahu betul-betul kawasan mana. Nak tanya local pun mereka akan tanya balik kita area mana. Sebut nama jalan jangan harap boleh dapat direction straight away. Nasib baik la ada GPS. Pun begitu berpusing-pusing juga sebab jalan banyak yang sehala. terlepas simpang kenalah patah balik. Di sini kami menginap di Adelaide Travellers Inn. Dalam banyak-banyak hostel sepanjang di OZ, hostel ni antara yang menduduki tangga terbawah. Walkway sempit, lantai bilik lantai kayu which is great actually sebab tak sejuk macam lantai konkrit tapi no maintenance jadinya memang banyak selumbar la lantai tu. Customer service pun tak berapa nak ok. Receptionist tu di tanya 10 patah jawap 2 patah. Langsung tak membantu.
Entrance to Adelaide Traveller Inn
Bilik dorm yang sempit dengan barang roommate halimunan yang bersepah-sepah

Semasa booking aku dah note untuk dorm 4orang X 2 bilik. Tapi dia bagi kami dorm 6 org dan bilik 3 orang. Dorm 6 orang tu ada sorang roomate halimunan yang kami pun tak tau siapa sebab tak jumpa pun. Tapi barang dia masyaAllah banyaknya dan bersepah-sepah! Aku rasa macam nak tolong kemas je. Kasut je lebih dari 5 pasang. Periuk belanga, senduk sudip segala. Dahla dorm tu kecil je. Cuma yang bagusnya dorm ni toilet dalam bilik so tak payah rebut-rebut kat public toilet. Anyway, nasib baik cuma di sini untuk semalam je. Ikut plan asal nak stay Adelaide 2 malam, nak ke Kangaroo Island. Tapi setelah plan di rombak, cuma boleh 1 malam saja di sini. Jadilah. Trafik di Adelaide lebih hektik dari Melbourne dan bandar-bandar lain yang kami dah lalui sepanjang jalan. Lebih kurang macam KL. Ada je bunyi hon. Langgar juga lampu merah. Tapi speed limit tetap maintain dalam bandar 60 km/j!

Setelah urusan check in selesai aku dan Hifzan bergegas ke Airport untuk pemulangan kereta. Aku ajak Jamilah sebab aku tak berapa reti nak ikut arahan GPS. heee.. Aku tend untuk tengok map, lepas tu bila dia bercakap aku jadi confuse pula dengan apa yang aku faham dari map. Agak kekok juga drive dalam bandar Adelaide. Lampu untuk aku belok ke kanan hijau, tapi kereta di hadapan untuk terus ke arah aku pun hijau. errr... OK, bertenang.. bagi kereta depan jalan dulu. Berhenti lah aku di tengah-tengah jalan. Bila dah clear baru belok. Hmm.. nasib baik betul. Kalau tak sia-sia dapat saman. Enforcement di Adelaide sangat ketat berbanding bandar lain. Volunteer visitor centre pun ingatkan kami berkali-kali. Tapi suasana life di Adelaide lebih santai berbanding Melbourne dan Sydney. Orang Asia pun takdelah bersepah-sepah. Bandarnya juga lebih cantik. Kebetulan masa tu spring ada banyak pokok berbunga purple sedang berbunga dengan lebatnya. Menambah keindahan bandarnya.
A glimpse of Adelaide City
Hertz, Adelaide Airport

Dalam 15 minit kami sampai di airport. Tempat memulangkan kereta sewa samada Hertz, Euro dan Avis (aku tak pasti untuk company lain) di tingkat bawah. Selesai pemeriksaan kami di minta mengisi minyak penuh (owh.. tak tau la pulak kan, kalau tau awal-awal dah isi siap-siap) kalau tak Hertz akan charge flat rate AUD5 seliter (kalau tak silap aku) which is mahal gila kalau compare dengan harga semasa. Dalam 15 minit kemudian kami kembali dengan tangki penuh. Selesai pemulangan Kak Yang datang mengambil kami. Dia dah siap masak nasi dagang untuk picnic petang tu. Sempat juga Kak Yang membawa kami pusing Adelaide, kenalkan dengan sorang dua kawan OZ dia. Lepas tu sesat pula tak tau macam mana nak cari hostel kami. Pulak! Kami cakap di Hut Street, tapi celah mana Hut street tu pun dia tak tau. Lama juga berpusing-pusing tiba-tiba dekat satu simpang terjumpa Hut Street. Yeay! Boleh makan makanan Malaysia!

Kami ke taman awam yang berhampiran dengan hostel. Di Australia tiada siapa yang kisah kalau nak picnic kat mana-mana pun bila-bila masa. Ingat tak kitorang pernah picnic tepi traffic light otw ke Mornington Peninsula. Kami bentang tikar dan Kak Yang mula mengeluarkan hasil masakannya hari itu satu persatu. Dia masak nasi kerabu dengan lauk ayam panggang dan ayam masak merah. Wahh!! meriah sungguh. Dia siap tapau 2 keping roti nan sebesar sejadah (kata Jamilah). Kami 9 orang, makanan macam cukup untuk 20++ orang. Ada lebih siap tapau. Memang puas makan hari itu setelah sepanjang hari hanya bergantung kepada kudapan semata. Terima kasih Kak Yang! Petang di tempat terbuka begitu suhu memang sejuk. Sekali lagi makan dalam keadaan menggigil. Kali ni tiada matahari macam di Apollo Bay walaupun sejuk masih ada matahari.
Dinner mewah kami petang itu. Nampak tak roti sebesar sejadah tu?
Kami bersama lovely Kak Yang. Makan sambil menggigil
Jumpa ini di walkway hostel. Ada orang nak curi ke? hehehe.. kalau aku susah-susah, bawak je la masuk dalam bilik

Esok kami akan meronda-ronda sekitar Adelaide sebelum bertolak ke airport untuk ke Canberra pula. Nantikan sambungannya yek. Jya!

Blogger Templates by Blog Forum