Selamat Hari Raya 1433H

Assalamualaikum

Sebulan tak sentuh blog. Sangat sibuk dengan kerja kebelakangan ini. Apa pun, sempena Syawal ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua. Semoga hari raya kali ini membawa kebahagian kepada korang semua. Untuk kami sekeluarga raya kali ini adalah yang pertama tanpa ayah, kehilangannya sangat terasa terutama di bulan ramadhan. Kebiasaannya, masuk je ramadhan ayahlah orang pertama yang membersihkan rumah. Dia jugalah yang sibuk menganyam ketupat. Kami adik beradik tumpang sibuk je. Kurma yang dibeli/ diberi juga berlambak tiada yang menghabiskan. Tapi disebalik itu, kami di hiburkan dengan kedatangan orang baru. Baru pandai nak mengemas, tak sempat orang nak kemas, dah habis dikemas dulu :) Dialah pengarang jantung kami sekeluarga. Sekali lagi, selamat hari raya semua!

Kemain pandai sengih kat kamera


Blogger Templates by Blog Forum