Kunming to Hanoi Overland : Bandaraya Kunming

Assalamualaikum

Aku sambung cerita OZ lain kali yek. Masih ingat tak entry Kunming~ Hanoi ni? heh, sorrylah lambat benar nak sambung. Aku sibuk tak hengat balik pun hampir setiap hari menghampiri tengah malam mana mungkin nak sambung mengadap PC lagi baik membuta. Anyway tinggalkan perihal kerja masa untuk kembali tersengih bila ingat pasal jalan-jalan.

Hari ke-2, 26 Januari 2013. Plan hari ini - takde plan. heee.. Kami mahu santai-santai saja sambil berjalan-jalan di bandaraya Kunming. Terlajak subuh gajah juga lah. Bangun pagi jam menghampiri 7 pagi, menggigil gigih aku mandi pagi. Di tingkat 1 cuma ada tandas, shower ada di tingkat 2 (sharing male/female)dan tingkat bawah seperate male/ female tapi yang di bawah tiada pintu cuma ada curtain macam tak secure tengah mandi tetiba ada orang selak curtain macam mana? Jadi option yang tinggal adalah ke tingkat 2. Masih pagi, aku adalah orang pertama masuk shower setiap hari di situ. Kalau ada orang pun mereka cuma gosok gigi. Ke deme-deme yang tak mandi pagi? Aku panaskan lauk dan nasi baki malam tadi dapatlah kami sarapan pagi tu. Kami keluar hostel agak lewat lebih kurang 10.30 pagi, suhu masih sejuk. Berada di hadapan hostel barulah nampak bangunan ni di cat warna kuning. Kami sampai hari dah gelap celah mana nak nampak kuningnya. Setelah study nota dan bincang sikit-sikit kami sepakat jalan kaki mencari kawasan masjid. Apa yang jumpa tengah jalan nanti 'just go with the flow'.
Kunming Cloudland International Youth Hostel

Hari itu Sabtu - hujung minggu, jadi trafik tidaklah sesak macam hari bekerja. Berpandukan map Lonely Planet kami berjalan menuju ke Pasar Burung dan Bunga (Bird & Flower Market). Aku ada terbaca melalui sumber internet ada local yang tak rekemen ke pasar ini sebab katanya tempatnya kotor, ada banyak pembinaan sedang dijalankan, tiada bunga atau burung lagi yang dijual tetapi binatang lain dan sebagainya. But turn out, we love that place. Banyak kerja-kerja konservasi bangunan lama yang dibuat di sini. Untuk 'orang archi' tempat ni memang sesuai dan pada pandangan aku menarik. Selain burung, banyak juga haiwan peliharaan lain yang dijual di sini. Kami menyelusuri dari satu lorong ke satu lorong. Dari kawasan cluster seperti rumah-rumah kedai ke kawasan yang agak moden ke kawasan shopping mall. Pelbagai senibina yang dihidangkan. Sampai satu kawasan yang penuh dengan pokok yang daunnya sudah coklat kerana winter. Memang cantik. Aku tak sangka aku ada kat China walaupun ni pertama kali aku ke China. Suasana ala-ala Europe pun ada.
Bird & Flower market
Anak sapo la tu. Jadi kalau di China kalau kat tengah jalan tiba-tiba basah kalau boleh elak tu elak lah ye

Di Kunming masih boleh lihat langit biru walaupun sedikit berjerebu. Kunming merupakan bandar ke-3 di China untuk kualiti udara bersih. Di China kebanyakan bandarnya mengalami pencemaran udara yang sangat teruk akibat kilang-kilang yang banyak dan beroperasi 24jam.

Kami teruskan berjalan melepasi kawasan lapang yang penuh dengan manusia di tengah-tengah kotaraya Kunming. Jumpa air pancut, jumpa pokok yang sedang berbunga seperti bunga sakura. Aku pun tak pasti sakurakah? Kami masih lagi mencari Masjid Nancheng yang dikatakan dah beratus tahun. Kalau ikut map Lonely Planet tu dah betullah ni, memang tadi ada nampak penjual muslim kat kawasan tu tapi tak nampak pun rupa paras masjid. Cuma ada bangunan yang bertingkat-tingkat macam shopping mall, dan terletak di celah-celah shopping mall juga. Tapi atas tu ada 3 biji kubah. Hmmm... itu kot masjidnya. Bila baca balik betul-betul rupanya masjid ni telah banyak kali mengalami pembinaan semula menyebabkan senibina asalnya tiada lagi.
Sakura kah??
Tengah-tengah bandaraya Kunming
Nampak tak bangunan dengan kubah hijau sebelah bangunan Uniqlo tu? itulah masjid yang beratus tahun tu. Lalu kat bawah dia takde rupa masjid pun. Serupa shopping mall

Kami jalan lagi ke depan jumpa dua gerbang. Kamudian kami nampak ramai penjual sate yang memakai kopiah. Fatt gembira bukan kepalang. Sate kambing ni sedap gila! awak kena cuba. Beria suruh aku makan. Kami beli sorang 2 cucuk. Memang sedap sampai menjilat lidi sate! Kami jalan ke depan sedikit lagi, di seberang jalan nampak sebuah masjid. Kami masuk ke perkarangan masjid. Ada seperti food court di bahagian bawah. Aku ke ruang sembahyang wanita di tingkat atas. Kemudian kami bercadang jalan lagi ke depan Fatt nak suruh aku cuba pau. Tujuan kami nak cari kedai makan halal. Agak jauh juga kami jalan tak jumpa. Jadi kami berpatah balik untuk makan di dalam kawasan masjid tadi. Dalam berjalan kami terjumpa dengan Eastern Pagoda (Dongsi Ta) & Western Pagoda (Xisi Ta) secara tak sengaja. Ada semacam keramaian di kawasan pagoda tersebut. Sekumpulan manusia berpakaian tradisional suku kaum primitif sedang menari-nari di atas pentas. Kami cuma singgah sepintas lalu. Perut sudah menyanyi-nyanyi minta di isi, haruslah bergegas segera cari makan.
Sate kambing China. Yummy!
Persembahan tarian tradisional
Dongsi Ta dan Pintu masuk ke masjid

Sampai di masjid tadi kami terpinga-pinga pula, macam mana nak order ni? Kalau tanya pun confirm macam ayam cakap dengan itik. Tiba-tiba ada sorang pekerja yang boleh berbahasa inggeris. Dia tanya kami nak makan nasi ke? Mestilah angguk kan. Dia bawa kami masuk ke kawasan macam restoren mahal dan ber air-cond. Eh, mahal kot makan kat dalam ni. Kitorang nak makan kat luar tu je. Di bawa balik kami keluar, suruh bayar 7yuan. Kami masih tak tau apa yang akan kami dapat nanti. Lepas tu dia arahkan kami pilih bahan-bahan untuk di masak di hujung sebelah sana pula. Kami hanya menurut. Pilihla banyak mana pun. Ala-ala pilih yong tau foo. Akhir sekali pilih mee apa yang jadi pilihan hati. oooo... mee rupanya. Rupanya? Memang menyelerakan ketika perut sedang bergema peringkat ke 18. Rasanya? sedap! pedas yang hamat! Kalah kari berapi mamee. Lepas makan masa nak keluar kawasan masjid kami nampak pula satu kiosk kat sebelah entrance. Hmm... nampak macam popiah basah, tapi bukan. Fatt cuba beli satu. Lepas rasa aku pulak beli satu lagi. Muahahaha.. buruk lantak betul 2 orang ni.
Semua ni kami tak tau apa namanya. yang tau sate jek. Tapi semua pun sedap. Faktor lapar tidak menyumbang kepada undi sedap

Kami berjalan pulang ke hostel melalui semula jalan tadi. Sepanjng jalan mencari kedai kopi. Hari ini masih belum ada cafeine intake. Tak boleh weh sehari tak dapat kopi. Lastly kitorang lepak kat Starbucks. Tak nak kalah, Starbucks tu. Sedap jugakla kopi China. Kat Malaysia jangan harap aku pandang Starbucks. Kopi Aik Cheong lagi sedap.

Beria 2 orang ni minum kopi. Fatt pemalu orangnya, sebab tu pipi dia merah. Cabut!!! Sorry Fatt :P

Sepanjang jalan pulang, ada juga terjumpa kedai halal 2-3 buah. 1 darinya dekat dengan hostel. Yeay! Esok mesti nak singgah. Malam tu, masak nasi lagi! heeee... Walaupun tujuannya untuk bekalan esok tapi belasah juga lah nasi malam tu. Esok kami akan ke Stone Forest. Aku sambung lain hari yek. Jya!

2 comments:

    Assalaamu'alaikum

    Saya amat berminat nak melawat tempat2 umat Islam di China. Setakat ini saya cuma pernah pergi beijing sahaja. Bandar2 besar ni, adalah umat Islam disana sini tapi tak seperti tempat yg anda lawati ini. saya harap anda dpt berikan maklumat lbh detail serta lampirkan no contact teman di kunming/xi'an. Kalau ada kesempatan.

    Kemungkinan saya dan rakan2 semuanya dari jabatan bhs arab uia akan berkunjung ke Kunming/xi'an pd bln oct nanti, insha ALLAH. Saya pernah bertemu dgn orang islam kunming/xi'an dan xinjiang sewaktu di beijing dahulu dan mereka fasih berbahasa arab. Kami nak tinjau pembelajaran bahasa arab disana.
    Kami juga ingin backpacking dari kunming ke vietnam. Htp bg tipsnya.

    Minggu lps kami backpacking ke chiangmai dgn airasia. Dari situ ke Tachilek, myanmar dan ke sempadan lais dgn bas.
    جزاك الله خيرا

     

    Wa'alaikumussalam

    Maaf, saya kurang faham sebenarnya saudara mahu detail apa ye? BTW saya tidak ada kenalan di China dan saya memang tidak pernah berhubung dengan sesiapa di tempat yang di tuju sepanjang saya travel. Dlm blog ini juga saya dah ceritakan perjalanan Kunming ke Vietnam. Boleh baca ke entry seterusnya. Xian-Kunming juga tidak terletak bersebelahan, agak jauh juga. Saya baru ke Xian-Chengdu hujung tahun yang lepas. Di Xian memang sangat ramai muslim & street food rata-rata adalah halal.

     

Blogger Templates by Blog Forum