Trip DownUnder: Adelaide (Part 1)

Assalamualaikum...

Sambungan dari perjalanan ke Adelaide. Entry kali adalah kurang gambar yek.

Kami memasuki kawasan pinggir bandar Adelaide menjelang 4.30 petang. Agak mengelirukan juga susun atur bandar Adelaide ni. Susunan dalam grid. Kena tahu betul-betul kawasan mana. Nak tanya local pun mereka akan tanya balik kita area mana. Sebut nama jalan jangan harap boleh dapat direction straight away. Nasib baik la ada GPS. Pun begitu berpusing-pusing juga sebab jalan banyak yang sehala. terlepas simpang kenalah patah balik. Di sini kami menginap di Adelaide Travellers Inn. Dalam banyak-banyak hostel sepanjang di OZ, hostel ni antara yang menduduki tangga terbawah. Walkway sempit, lantai bilik lantai kayu which is great actually sebab tak sejuk macam lantai konkrit tapi no maintenance jadinya memang banyak selumbar la lantai tu. Customer service pun tak berapa nak ok. Receptionist tu di tanya 10 patah jawap 2 patah. Langsung tak membantu.
Entrance to Adelaide Traveller Inn
Bilik dorm yang sempit dengan barang roommate halimunan yang bersepah-sepah

Semasa booking aku dah note untuk dorm 4orang X 2 bilik. Tapi dia bagi kami dorm 6 org dan bilik 3 orang. Dorm 6 orang tu ada sorang roomate halimunan yang kami pun tak tau siapa sebab tak jumpa pun. Tapi barang dia masyaAllah banyaknya dan bersepah-sepah! Aku rasa macam nak tolong kemas je. Kasut je lebih dari 5 pasang. Periuk belanga, senduk sudip segala. Dahla dorm tu kecil je. Cuma yang bagusnya dorm ni toilet dalam bilik so tak payah rebut-rebut kat public toilet. Anyway, nasib baik cuma di sini untuk semalam je. Ikut plan asal nak stay Adelaide 2 malam, nak ke Kangaroo Island. Tapi setelah plan di rombak, cuma boleh 1 malam saja di sini. Jadilah. Trafik di Adelaide lebih hektik dari Melbourne dan bandar-bandar lain yang kami dah lalui sepanjang jalan. Lebih kurang macam KL. Ada je bunyi hon. Langgar juga lampu merah. Tapi speed limit tetap maintain dalam bandar 60 km/j!

Setelah urusan check in selesai aku dan Hifzan bergegas ke Airport untuk pemulangan kereta. Aku ajak Jamilah sebab aku tak berapa reti nak ikut arahan GPS. heee.. Aku tend untuk tengok map, lepas tu bila dia bercakap aku jadi confuse pula dengan apa yang aku faham dari map. Agak kekok juga drive dalam bandar Adelaide. Lampu untuk aku belok ke kanan hijau, tapi kereta di hadapan untuk terus ke arah aku pun hijau. errr... OK, bertenang.. bagi kereta depan jalan dulu. Berhenti lah aku di tengah-tengah jalan. Bila dah clear baru belok. Hmm.. nasib baik betul. Kalau tak sia-sia dapat saman. Enforcement di Adelaide sangat ketat berbanding bandar lain. Volunteer visitor centre pun ingatkan kami berkali-kali. Tapi suasana life di Adelaide lebih santai berbanding Melbourne dan Sydney. Orang Asia pun takdelah bersepah-sepah. Bandarnya juga lebih cantik. Kebetulan masa tu spring ada banyak pokok berbunga purple sedang berbunga dengan lebatnya. Menambah keindahan bandarnya.
A glimpse of Adelaide City
Hertz, Adelaide Airport

Dalam 15 minit kami sampai di airport. Tempat memulangkan kereta sewa samada Hertz, Euro dan Avis (aku tak pasti untuk company lain) di tingkat bawah. Selesai pemeriksaan kami di minta mengisi minyak penuh (owh.. tak tau la pulak kan, kalau tau awal-awal dah isi siap-siap) kalau tak Hertz akan charge flat rate AUD5 seliter (kalau tak silap aku) which is mahal gila kalau compare dengan harga semasa. Dalam 15 minit kemudian kami kembali dengan tangki penuh. Selesai pemulangan Kak Yang datang mengambil kami. Dia dah siap masak nasi dagang untuk picnic petang tu. Sempat juga Kak Yang membawa kami pusing Adelaide, kenalkan dengan sorang dua kawan OZ dia. Lepas tu sesat pula tak tau macam mana nak cari hostel kami. Pulak! Kami cakap di Hut Street, tapi celah mana Hut street tu pun dia tak tau. Lama juga berpusing-pusing tiba-tiba dekat satu simpang terjumpa Hut Street. Yeay! Boleh makan makanan Malaysia!

Kami ke taman awam yang berhampiran dengan hostel. Di Australia tiada siapa yang kisah kalau nak picnic kat mana-mana pun bila-bila masa. Ingat tak kitorang pernah picnic tepi traffic light otw ke Mornington Peninsula. Kami bentang tikar dan Kak Yang mula mengeluarkan hasil masakannya hari itu satu persatu. Dia masak nasi kerabu dengan lauk ayam panggang dan ayam masak merah. Wahh!! meriah sungguh. Dia siap tapau 2 keping roti nan sebesar sejadah (kata Jamilah). Kami 9 orang, makanan macam cukup untuk 20++ orang. Ada lebih siap tapau. Memang puas makan hari itu setelah sepanjang hari hanya bergantung kepada kudapan semata. Terima kasih Kak Yang! Petang di tempat terbuka begitu suhu memang sejuk. Sekali lagi makan dalam keadaan menggigil. Kali ni tiada matahari macam di Apollo Bay walaupun sejuk masih ada matahari.
Dinner mewah kami petang itu. Nampak tak roti sebesar sejadah tu?
Kami bersama lovely Kak Yang. Makan sambil menggigil
Jumpa ini di walkway hostel. Ada orang nak curi ke? hehehe.. kalau aku susah-susah, bawak je la masuk dalam bilik

Esok kami akan meronda-ronda sekitar Adelaide sebelum bertolak ke airport untuk ke Canberra pula. Nantikan sambungannya yek. Jya!

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum