Trip DownUnder : Adelaide (Part 2)

Assalamualaikum...

Sambungan dari entry lepas.

Hari ke 7, 16 November 2012. Hari itu flight kami ke Canberra jam 2 petang, jadi kami ada masa sebentar untuk berfoya-foya di sekitar Adelaide. Memandangkan kereta dah dipulangkan kami jalan kaki sahaja dari hostel ke pusat bandar. Tujuan utama adalah Central Market & China Town. Sekitar bandar kami disajikan dengan pemandangan musim bunga. Ungu menghiasi sepanjang jalan. Cantik.
Kawasan perumahan
Taman awam
Beautiful spring in Adelaide

Sampai di Central Market lebih kurang 20minit kemudian. Hmmm.. masih sangat pagi. Banyak kedai belum buka. Kebetulan kami sampai kedai sourvenir di bahagian hadapan sekali sedang di buka. Dapat lah kami harga pecah telur. Tak banyak boleh di lihat, kami bergerak kembali ke hostel. Kalau terlambat tak ke naya terlepas flight. Dalam jam 11 pagi masing-masing sudah siap. Selesai urusan check out aku tanya receptionist tu nak naik bas ke airport macam mana. Dia kata tunggu di seberang jalan depan hostel je. Katanya lagi, longgokkan beg tepi jalan supaya pemandu bas dari jauh tahu ada orang tengah tunggu bas. All right! That's great. Tak payah susah-susah jalan jauh mengangkut mak koala di belakang. Kami pun melintas.
Dengan beg besar masing di seberang jalan berhadapan hostel

15 minit berlalu... *bunyi cengkerik malam* mana bas ni? 1/2 jam berlalu *bunyi katak malam mula kedengaran*.. ishk.. betul ke ni? Tiba-tiba pembantu hostel melintas jalan mendapatkan kami. "Hey girls, do you did any arrangement for the bus?" "What arrangement?" *muka sangat blur* "well, the bus is not just pass by, you need to notify them!" "owh, really? Is it still possible to do that arrangement now? Our flight is at 2pm" "Hmm.. since there are 7 of you it is cheaper to charter a van. Let me help you. Come!" Kami mengekori dia melintas semula ke depan hostel. Dia mendapatkan seseorang yang sedang berinternet di lounge hostel. "Ok girls, here you go. Its only $30 per van. Bus fare is $16 per person." Lantas dia tolong mengangkat beg-beg kami kedalam van. "Thanks you Mr Gary!" heee.. sukati bagi nama. Kitorang pun tak sure sebenarnya, sebab macam terdengar ada orang panggil dia Gary. Nasib baik masih ada orang yang baik hati menolong. Oh ya, Hifzan tidak bersama kami sebab dia tidur di rumah Kak Yang malam tadi. Kami akan jumpa dia di airport. Hari itu Kak Yang berjanji untuk masakkan kami nasi lemak. Yeay! Semoga murah rezeki Kak Yang.

Kami sampai di airport agak awal. Proses check in dan luggage drop Qantas sangat mudah. Semuanya self service. Kiosk dan kaunter drop luggage yang disediakan sangat banyak dan semuanya berfungsi. Staff  juga ramai yang standby kalau ada mesin rosak dan kalau ada customer tak tahu guna machine. Tak macam Air Asia, kaunter je banyak, tapi yang buka hanya 1. Staff pun muka ketat semacam. Kiosk self check in, di LCCT adalah beberapa ketul. Dengan Q yang maha panjang. Adik Hifzan pernah terlepas flight sebab terpaksa beratur panjang untuk self check in kiosk tu. Hifzan mnyusul beberapa minit kemudian. Kak Yang ke Ikea berhampiran untuk membungkus makanan katanya. Tak sempat bungkus di rumah sebab terlajak bangun pagi. Kat airport takde port nak bungkus. Oh Kak Yang you are so sweet! memuah! muahahahaha... Kami tinjau papan boarding. Alamak, flight delay!
Qantas check in area. Semua self service

Lama juga kami tunggu Kak Yang. Nasib baik juga flight delay. Akhirnya Kak Yang muncul dengan lunch kami. Setelah berbabai-babai dengan Kak Yang kami ke boarding hall gate. Nak makan kat mana ni? takde meja. Takkan nak bersila depan kastam ni. Ain dengan beraninya pergi tanya pakcik kastam tu, kitorang bawa bekalan makanan tapi kitorang nak makan bukan nak bawa naik flight. Boleh lepas tak lalu kastam? Tau reaksi pakcik kastam tu? Dia mengangguk dan memberi isyarat untuk kami melalui pemeriksaan. Wallau weh! Dengan gembira sengih sampai telinga melepasi kastam. Dalam boarding hall bagai pucuk di cita ulam mendatang kawasan di tengah-tengah memang disediakan meja-meja dan kerusi. Ala-ala food court gitu tapi takdelah banyak sangat F&B outlet. Kami segera duduk dan makanan di agih-agihkan. Kak Yang dah siap bungkus satu-satu untuk setiap seorang. Habis semua. Memang kami belum makan apa-apa untuk hari itu. Kali ni takde gambar makanan. Lapar punya pasal.
Sesi berbabai-babai dengan Kak Yang. Thank you so much Kak Yang!
Bye Adelaide! Ada rezeki aku datang lagi
Dalam flight makan lagi. Scone & cookies tu sangat sedap! Ada logo halal, boleh di makan tanpa was was

Perjalanan mengambil masa 3 jam dari Adelaide ke Canberra. Flight kecil sahaja, macam Firefly. Bergegar-gegar la jugak masa nak landing. Dalam flight makan lagi. Dah memang dapat free kan. Kami selamat mendarat lebih kurang jam 4 petang. Apa ada kat Canberra ni? nanti aku sambung dalam entry seterusnya ye. Jya!

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum