Trip DownUnder : Canberra, the capital city of Australia
Friday, April 26, 2013 by Fiza_Pja
Assalamulaikum..
Sorry ye, lama sangat nak sambung. Entry kali ini tak banyak gambar. Sambungan dari cerita Adelaide.
Yup, ramai yang tidak tahu ibu negara Australia adalah Canberra, bukan Sydney. Dari pandangan aku Sydney lebih hektic, lebih metropolitan & moden dan lebih di komersilkan berbanding Canberra. Memang tiada apa sangat di bandaraya Canberra. Banyak bangunan pentadbiran kerajaan termasuk parlimen. Jadi kenapa kitorang datang sini? Tujuan utama adalah ke Snowy Mountain ~ tempat rakyat Australia berjimba-jimba dengan salji. Walaupun kami datang waktu spring dan kemungkinan besar tak akan ada salji pun atas tu, tapi tak kira, aku plan juga ke sana.
Kami sampai di Canberra lebih kurang jam 4 petang. Ada prayer room disediakan di arrival hall, betul-betul depan eskelator turun untuk mengambil bagasi. Selesai segala urusan kami cuba mendapatkan teksi malangnya kami ber-8 dan kapasiti teksi airport adalah 7pax dan setelah di kira-kira kalau di bahagi 2 teksi 4-4 masih mahal, kami terpaksa mengambil airport shuttle ke pusat bandar. Dengan tambang AUD10 untuk perjalanan tak sampai 20 minit tetap dirasakan mahal. Dan di pusat bandar, terpaksa pula mengusung 'koala' mencari bas untuk ke Dickson Backpackers. Tambang AUD4 untuk perjalanan tak sampai 10 minit. Nampaknya kos hidup di Canberra boleh tahan mahalnya. Sesat barat juga mencari hostel. Sampai Hostel kena pulak sound dengan makcik Debra si "warden" asrama (kami gelar) sebab sampai lambat. Adoyai makcik, kami on the go, dah flight delay nak access internet pun susah macam mana nak bagi tahu in advance. Ah biarkan. Banyak betul peraturan makcik ni. Hmm.. layankan saja.
Dickson Backpackers
Petang itu kami hanya berlegar-legar di sekitar pekan Dickson tu. Ada restoren Rasa Sayang dari Malaysia tapi sayangnya tak halal. Ada sebuah kedai Indian food "Taj Agra' yang tertera halal di situ. Kami dah tak larat nak makan lauk Brahim's untuk kesekian kalinya. Memang berkobar-kobar nak makan real food selepas perut dimanjakan semalam dek makanan mewah Kak Yang :P.
Selesai makan, kami ke Mc Donald's pula mengambil kesempatan wifi free dan lepas tu balik hostel je. Esok pagi juga nak kena keluar untuk ke Snowy Mountain. Oklah, aku sambung dalam entry lain yek.
Jya!
Restoren Rasa Sayang yang sayangnya tak halal
Menu Taj Agra. Siap ada delivery
Antara menu yang di order. Portion memang besar. Sangat besar!
Jya!