Trip DownUnder : Snowy Mountain

Assalamualaikum..

Sambungan dari cerita Canberra.

Hari ke-8, 17 November 2013. Disebabkan sekarang bukan musim sejuk, maka segala jenis pengangkutan awam malah ejen pelancongan tidak beroperasi untuk ke Snowy Mountain. Option yang tinggal hanyalah memandu sendiri. Maka dengan itu (eh, apsal dah macam buat karangan SPM ni?) terpaksalah kami memandu. Seperti sewa kereta dari Melbourne ke Adelaide, kami menyewa dengan Hertz juga. Info lanjut mengenai Snowy Mountain ni boleh tengok di sini dan kalau nak tau lebih lanjut pasal pass atau pakej outdoor yang ada sepanjang tahun boleh tengok di sini.

Suasana bandar Canberra di pagi hari minggu. Boleh baring-baring atas jalan

Awal pagi selepas bersiap dan sarapan ala kadar kami menuju ke hentian bas semalam untuk ke pusat bandar. Janji mengambil kereta jam 9 pagi. Boleh naik mana-mana bas sebab semua pun memang akan lalu bandar. Menaiki bas, aku selaku ketua rombongan naik dulu. Belum sempat aku tanya driver tempat yang kami nak tuju, dia dah tanya dulu "children or adult?" aku confuse. "again??" "children or adult?" dia mengulangi sedikit kuat. Hampir tersembur aku nak guling-guling depan tu jugak! haha.. ada ke patut aku yang dah tua bangka ni ditanya children?? Tapi aku kan jujur orangnya, mestilah jawap adult kan. Tambang hari ini AUD2 walaupun masih dikira mahal, tapi murah la berbanding semalam AUD4. Kami turun di tengah bandar. Lama juga mencari nak tanya sesiapa tapi takde orang sebab weekend di pagi hari sungguh macam bandar mati. Akhirnya jumpa. Kali ni kami menyewa kereta compact saja untuk sehari. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Amaran, ada sangat banyak kamera AES sepanjang jalan.
Hertz Canberra

Di pertengahan jalan, kami berhenti menapau lunch di Cooma. Jumpa kedai kebab halal. Lepak minum sekejap. Selesai menapau kami teruskan perjalanan menuju Thredbo, Mount Kosciuzsko. Berbelit lidah melayu aku nak menyebutnya. Ada banyak trekking path di kawasan Snowy Mountain ni. Yang paling menjadi tumpuan adalah Thredbo sebab ada chair lift.
Berhenti minum di Cooma.Sempat kami bergossip pasal harga kereta Honda Jazz cuma AUD15K & Accord cuma AUD29K

Kami sampai di Thredbo lebih kurang jam 1 petang. Waktu tu November, spring jadi penuh dengan mountain bikers naik atas. Dapatlah juga cuci-cuci mata *wink! wink! * :) Tiket menaiki chairlift berharga AUD32 untuk pergi dan balik. Perjalanan ke atas mengambil masa 15minit dan kemudian hanya trek berjalan kaki yang tersedia. Untuk walking trail yang ada boleh rujuk di sini. Dari bear gum chairlift station kami trekking ke eagle nest station (eagle nest tutup waktu itu, jadi last station turun di bear gum & kena hiking sikit). Walaupun bukan winter ada jugalah patch salji yang masih tertinggal. Peghak la jugak kitorang weh. Kami lunch dulu depan station chairlift tu. Lepak je atas rumput tu lepas tu guling-guling atas gunung. Syok! Lepas makan, kami turun ke kawasan saki baki salji yang hampir cair. Boleh buat ais kacang sambil berguling. Ada sepasang anak dan mak dari Adelaide juga join kami berpeghakan atas ais. Jatuh tergolek pun kami masih boleh gelak sakan. Bila dah kebas tangan baru nak ingat dunia :P.
Alhamdulillah selamat sampai di Thredbo
Chairlift
Aksi mountain bikers

Nampak tak chairlift station kat atas tu. Kena trekking sikit dari sini ke situ
Landing untuk lunch
Lunch sambil menikmati pemandangan *Pic credit to Cikgu Jem*
Kami dah sampai Thredbo :) *pic credit to cikgu Jem*
Apabila orang kampung dari Malaysia jumpa salji, hehehe (ini hanya sebahagian saja! :P )

Naik semula ke kawasan chairlift station. Kami decide untuk jalan sikit ke atas. Nak lebih merasai kawasan snowy mountain tu. Kengkononnya lah. Tak sampai separuh pun memandangkan hari dah petang dan chair lift akan berhenti beroperasi jam 4.30. Lewat dari waktu itu kenalah trekking turun. Kami berjalan sampai ke kawasan sungai. Mengisi botol air dengan air gunung. Sedap gila air tu. Sepanjang jalan kami bertembung dengan sekumpulan pendaki dari Malaysia. Sempat juga bertegur sapa. Mereka dari Sydney dan akan memandu pulang ke Sydney malam itu juga. Sungguh gigih. Turun di bawah, jumpa lagi sementara kami berebutkan fridge magnet sebab kedai dah nak tutup.
Kelihatan sekumpulan pendaki melintasi kawasan salji

Kami dengan berat hati meninggalkan snowy mountain sekitar jam 5.00 petang. Sekali lagi kami singgah di Cooma, kali ini membeli bahan untuk makan malam. Cantik juga pemandangan senja sepanjang 4 jam perjalanan pulang ke Canberra. Cuak juga semasa kami melalui kamera AES ada flash yang menyala. Untuk kedua-dua kereta. Yang aku perasan speed limit di situ 80km/j & aku drive sekitar 70km/j. Habis rabaklah poket kalau kena saman! Saman speeding AUD300. Tak ke RM1000 tu! Tapi alhamdulillah sampai sekarang we never receive any tickets. :)

Jalan yang sangat panjang dan agak boring memandu di sini dengan speed yang limited!
Dalam 500m sebelum sampai kamera AES akan diletakkan papan tanda, kamera ada 3 biji hokeh, mana nak lari?
Sunset

Kami sampai di hostel sekitar 9.30 malam dan sedang kami menyiang bawang segala si makcik Debra datang ' I am sorry girls, since it is just few more minutes to 10, you can't use the stove anymore. You can continue tomorrow' sambil menunjuk ke signage penggunaan dapur sampai jam 10. Alamak makcik ni, baru 9.45, kitorang bukan masak chicken chop. Nasi goreng bujang je kot, 5 minit dah masak la. Lepas tu dia boleh matikan lampu. Haish!! warden sorang ni. Terpaksalah kemas masuk tuppaware semua esok jelah goreng nasi nya. Malam tu makan lah kami saki baki roti sejadah yang ada lagi suku sejadah cicah sambal dan sardin. Esok kami akan bertolak ke Sydney, destinasi terakhir kami untuk acara Australia ini. Jadinya aku sambung di lain hari yek. Jya!

2 comments:

    sambung lagi?Bile nak habis ni kawannnn..hehe

     

    dah nak abess la ni kawan... jap lagi sampai Sydney, pastu sampailah KL

     

Blogger Templates by Blog Forum