Sunday, March 24, 2013
by Fiza_Pja
Assalamulaikum..
Hari ke-6, 15 November 2012. Hari itu kami akan menempuh perjalanan melebihi 6jam memandu ke Adelaide. Jam 7 pagi masing-masing sudah siap packing dan kami bersarapan ala kadar mengalas perut. Instead of ikut jalan menuju ke Stawell kemudian ikut Western Highway ke Horsham, kami berkeputusan mengikut jalan short cut melalui jalan mount Victoria semalam yang juga menuju Horsham. Dari Halls Gap ke Adelaide, bandar-bandar yang akan kami lalui adalah Horsham ~ Nhill ~ Kaniva ~ Bordertown ~ Keith ~ Tailem Bend ~ Murray Bridge ~ Adelaide. Memang jauh. Perjalanan melebihi 500km. Kalau tak kejar masa, aku sarankan korang buat 2 hari sebab banyak juga tempat menarik yang boleh disinggahi dan taklah penat sangat. Kami plan untuk singgah Horsham visitor center mengumpul maklumat dan berhenti di Nhill singgah ke Little Desert National Park.
Sarapan pagi
Di hadapan Brambuk Backpackers
Bye bye brambuk!
Sekali lagi pagi tu memang banyak kangaroo baru keluar sarang. Sejam setengah melepasi jalan berliku merentasi gunung ganang kami sampai di Pekan Horsham, haruslah ke Visitor Centre selain mengumpul info dan peta, juga sesi menunaikan sagala hajat terpendam. 5 minit dari Visitor Centre kami singgah ke Horsham Botanical Garden. Tak lama hanya tengok bunga-bungaan. Perjalanan diteruskan melalui kawasan mendatar dan penuh dengan err aku tak pasti ladang gandum ke lalang di sepanjang jalan. Ada juga kami berhenti saja-saja mengambil gambar. Jalan tu macam takde sebarang kenderaan yang lalu. Adalah 2-3 buah kereta yang bertembung dengan kami. Jalan juga agak kecil, tapi speed limit 100km/j. Maka haruslah berhati-hati.
Besar kan aloe vera tu
Somewhere no where in Horsham
Boleh guling-guling atas jalan
Sejam setengah dari Horsham kami sampai di Nhill. Muka bumi dan vegetation sekeliling mula berubah dari kawasan gunung berhutan tebal, ke kawasan ladang hingga ke kawasan gurun. Kami ke Little Desert Nature Lodge. Agak keliru juga pintu masuknya. Belok ke kanan, ada gate yang sangat besar dan tiada sesiapa disitu. Oh, rupanya ada signage "To open electric gate, please drive onto the concrete slab". Gerrrrrrr!!! Pintu pun terbuka, ala-ala ali baba bujang lapuk pulak. Dalam 5 minit ke dalam barulah nampak kawasan lodge. Macam tiada hidupan pun di situ. Senyap sunyi. Kami masuk ke kaunter reception untuk bertanya. Kami diberikan sedikit penerangan mengenai trek yang ada. Kami pilih trek paling dekat yang akan mengambil masa lebih kurang 1/2jam satu pusingan. Walaupun namanya little desert tapi takdelah gersang macam gurun sahara. Pokok banyak je. Nasib baik banyak pokok sebab walaupun suhu agak sejuk tapi matahari boleh tahan terik. Nasib baik cuaca mendung. Ada jugalah terjumpa kangaroo lagi. Kali ni dah tak peghak sangatlah. Sampai semula ke lodge kami nampak pula seekor emu sedang meragut rumput di celah kereta kami. Cuba juga perlahan-lahan menghampiri, tapi mestilah dia perasan kan dan larilah dia.
Inilah pintu pagar ali baba moden
Walaupun desert, tapi ada kolam
Emu! jangan lari!!
Selepas melihat-lihat sourvenir di kaunter tadi, kemudian kami bergegas ke destinasi utama hari itu. Kereta mesti dipulangkan hari ini juga. Melalui jalan kampung aku memang belasah tak ikut speed limit. Kami berhenti sekali mengisi minyak, mengosongkan 'tangki' dan membeli bekalan. Lapar! Sepanjang jalan hujan renyai-renyai. Kami sampai di Adelaide lebih kurang jam 4.30 petang. Di Adelaide kami di sajikan dengan masakan istimewa dari Kak Yang ~ kawan Hifzan & aku. Aku sambung cerita di Adelaide dalam entry akan datang yek. Jya!
apis..syok naa jalan-jalan... biler ko nk ajak aku ni..aku tunggu je... next ke mana? bape kos..? aku nak ikut..aku nak ikut..aku nak iku...! hahahahaaaa...
Heee. Ameng, aku tak sure ko masih sesuai tak jenjalan ngan aku, serba serbi tak cukup ~ rehat, makan, tidor. Kena pulak turun naik public transport & berbelas jam nak sampai destinasi. Ada berani ke? heeee
lajunya update blog. byk lagi tmpt kat Oz ni yg sy blom sampai...Adelaide belom, Grampian lagi la belom..baru first time dengar nama
Fatt, manade laju. Slow mcm semut ni. Grampian besh, hutan & gunung gangng. Dpt tgk wild life free jek. Adelaide tenang jek. Tapi kitorang kat sana tak sampai 24 jam pon! heeee...