Assalamualaikum..


Masih ingat dengan pesta belon panas tahun lepas? Bukan..bukan..bukan.. tahun ni belum lagi. Tapi akan datang. Mari mari mari meriahkan Putrajaya 5th Hot Air Balloon yang akan di adakan pada 28 ~ 31 March 2013. Tahun ni dikatakan akan ada lebih banyak bentuk-bentuk belon yang lebih menarik seperti the smurf dan clown balloon. Macam tahun-tahun sudah tidak ketinggalan persembahan 'light & sound' pada waktu malam disertakan dengan ledakan bunga api. Boleh juga merasa naik belon panas ni sambil tengok paraglide di udara. Tapi takat naik beberapa meter sajalah sebab belon yang untuk orang ramai naik ni di tambat, boleh la nak merasa macam mana naik kan. Tahun lepas kalau tak silap aku RM10 ke RM20 camtu sekali naik. Kalau kat OZ tak mampu pula nak naik kan kena bayar beratus-ratus AUD.
Acara menaikkan belon di waktu petang
Acara malam. Ni pun kena awal, kalau tak takde spot best. Lelebih lagi kalau takde tripod. Pandai-pandailah nak bedung tangan yek. :)

Bagi yang suka cabaran boleh la ambil bahagian dalam the Mountain Dew Extreme Zone. Oh, untuk yang nak bawa anak-anak kecil jalan-jalan tengok belon besar akan ada banyak aktiviti untuk kanak-kanak seperti pertandingan mewarna dan sebagainya. Aku cadangkan kalau nak datang, datanglah seawal mungkin bagi mengelakkan masalah mencari tempat letak kereta. Pagi-pagi seawal 7pagi ada pertandingan di antara pemandu-pemandu belon (pemandu ke?), jadi belon-belon akan meriah menghiasi ruang udara Putrajaya. Eh, kat mana event ni? Senang je, cari monumen alaf baru Putrajaya, di situlah belon-belon ni akan berada. Kalau tak jumpa, aku tak tau nak kata apa, belon tu sebesar apartment kot.. Tahun lepas aku ke sana 2 kali, sekali di waktu petang sampai malam sebab aku nak tengok bunga api, lepas tu esok paginya kau datang lagi nak tengok perlumbaan pagi-pagi. Selain tengok belon, banyak juga kedai-kedai yang mengambil bahagian dan banyak juga free gift yang di edarkan. Bagi orang macam aku benda-benda free macam nilah yang di kejar! muahahaha.. Anyway, jom beramai-ramai memenuhkan parking di monumen alaf baru melihat belon udara panas.
Acara pagi yang lebih meriah
Paragliders
Belon yang bertambat tu untuk orang awam try test naik

Untuk maklumat lanjut boleh tengok MyBalloonFiesta atau boleh suka facebook mereka di sini.

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum