Trip DownUnder ~ The Grampians (Part 2)

Assalamualaikum..

Sambungan dari eksplorasi Grampian (Part 1)

Petang itu lebih kurang jam 4 petang kami sampai di Brambuk Backpackers. Setelah berjimba-jimba dalam hostel maha luas sumpama dunia ini kami yang punya, kami meneruskan agenda hari itu. Ada banyak sangat tempat yang boleh di lawati dan aku telah menyenarai pendekkan kepada beberapa saja. Beberapa meter melepasi pekan Halls Gap, kami belok ke kiri menuju ke arah Mount Victoria. Persinggahan pertama adalah Boroka Lookout. Aku belok je mana signboard yang aku nampak. Agak ke dalam juga dari jalan utama. Tapi naik kereta, apa ada hal! Sedang kami menikmati keindahan alam, tiba-tiba di sapa dengan bahasa Melayu "dari Malaysia ke?" "ha'ah! dari Malaysia" satu keluarga India menegur kami. "Oh, kami pun orang Malaysia, tapi dah migrate sini" "ye ke.." "kitorang datang sini jalan-jalan bawak parents. Kami dari Adelaide nak ke Melbourne" "owh! kitorang dari Melbourne nak ke Adelaide!" excited pula. Lama juga kami berborak. Mereka sudah berpindah ke Melbourne. Asal Banting, orang kampung si Jamilah. Sungguh kecil dunia. Katanya hidup lebih rileks di sini. Mungkin ya. Tapi tempat jatuh lagikan di kenang, inikan pula tempat bermain. Malaysia tanah tumpah darahku! eh?? Lama bersembang tiba-tiba seorang atuk mat salleh dari Britain pula menegur kami. "You are from Malaysia? I like Malaysia! Few years back my wife played a nettball against Sime Darby team" wah wah atuk ni.. Lepas tu dia macam taknak berhenti cakap pula. heee...
Pemandangan dari Boroka Lookout
Kami
With the Malaysian family. Meriah!
Sempat mengukur skala. Paras ketiak je weh! hahaha..

Dari Boroka kami kembali ke jalan utama dan menuju destinasi seterusnya Reids Lookout dan The Balconies. Dari tempat letak kereta kena berjalan 1 km untuk sampai ke Balconies lookout. Sepanjang jalan banyak batu-batu kecil yang disusun bertingkat-tingkat. Aku pun tak pasti untuk tujuan apa. Semalam tengok laut biru je sepanjang jalan kan, harini tenang juga tengok hijau di mana-mana. Bunga liar pun boleh tahan banyak. Sewaktu berjalan pulang petang ke kereta sekali lagi terserempak dengan dengan sepasang ibu & anak kangaroo.
Reid Lookout
Lagi-lagi kami :)
Sempat berlompatan bagai
View from The Balconies lookout. Yang sebelah kiri tu la balconies nya.
Sanggup masuk dalam semak
Sepasang ibu & anak kangaroo

Kami meninggalkan the Balconies dan menuju ke Mackenzie Falls dan Broken Falls. Waktu sampai di situ lebih kurang jam 7.30 petang. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak di ingini kami decide tengok dari lookout saja. Kami sekejap sahaja di sini. Semasa keluar dari kawasan parking kali ini terserempak dengan seekor kangaroo yang besar. Dia berdiri sahaja memerhatikan kami dan kemudian beredar. Toleh ke sebelah kiri "eh!! ada lagi kat sana!" Kangaroo akan keluar dari hutan lebih kurang waktu-waktu begitu. Waktu remang-remang kata orang tua-tua. Awal pagi dan lewat petang. Sepanjang jalan pulang ke hostel juga bersepah-sepah kangaroo melompat-lompat tepi jalan. Ada juga terserempak dengan emu liar. Sangat laju dia lari bila nampak kereta. Hari ini memang puas dapat tengok haiwan-haiwan ikon Australia yang liar di habitat semulajadinya.
Broken falls
Tak sure burung spesis apakah ini
Mackenzie Falls. Kami tak turun ke bawah memandangkan hari sudah pun remang-remang. Tak maulah nanti kami yang meremang-remang
Besarkan kangaroo ni
Emu
Kangaroo
Kangaroos.
**Nota: aku adalah pemandu jadi gambar dari dalam kereta bukan aku punya
Aku lupa share sebelum ni, kami ada jumpa haiwan pelik ni kat Mount Sturgeon

Malam itu selepas seharian hanya berbekalkan sebiji muffin kami masak nasi 2 periuk. Meggie pun masak juga punyalah tamak. Esok perjalanan panjang ke Adelaide jadi haruslah tidur awal. Oleh itu aku sambung kemudian nanti yek. Jya!

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum