Kunming to Hanoi Overland : Yuanyang to Sapa

Assalamualaikum..
 
Tiba-tiba macam rajin kan. Padahal pergi site meeting nun kat Jitra sementelaah meeting habis sambil menunggu flight balik yang di malam hari dapatlah masa terluang sedikit nak mendraft entry ni.
 
Jom sambung bebelan di entry Yuanyang sebelum cerita ini masuk anniversary kedua.
 
Hari ke-6, 30 Januari 2013.

Selepas bersunrise sekitar guesthouse kami segera mengemas beg, mandi, masak air buat nestum sarapan sepantas kilat. Christop dah siap lama, alah orang lelaki bersiap memang sekejap semberono je. Bau tuala je pun dah tau, basah-basah tak lipat main sumbat je dalam beg. Huahuahua sempat aku mengumpat. Kami minta dia jalan dulu dan tunggu di Youth Hostel sementara kami bersiap. Mengangkut panda 15kg mendaki lereng bukit saaanggaat rasa nak campak beg tu guling-guling masuk sawah. Gila psycho. Dah la sejuk menggigit, udara nipis, tapi kugagahi jua T_T. Semput tahap mintak nyawa lah bila sampai dekat Christop. Terus berazam nak jogging hari-hari bila balik Malaysia kononnya nak bina stamina (KONONNYA sahaja lah) azam tinggal azam hampeh. Pasangan Canada awal-awal dah gerak dulu nak tangkap gambar katanya. Di Youth Hostel kami sempat masuk sambil menelek hiasan dalaman hostel kebetulan pemandu van yang sedia ada di depan kami ni mahu ke Nansha, umpama orang mengantuk disorong bantal, besar tapak tangan padang bola kami tadahkan, apa lagi tumpang je lah. Fuhh selamat azab nak naik tangga mencanak ke jalan besar. Di tengah jalan ternampak pasangan Canada, kami minta van berhenti mengangkut mereka sekali maka berbondonganlah kami ber-5 dalam van.
Pemandangan pagi sekitar guesthouse
 
Sampai di pekan Nansha setelah mengucapkan selamat jalan kami berpecah mengikut haluan masing-masing. Aku dan Fatt ke stesyen bas, mahu mendapatkan tiket ke sempadan China/ Vietnam ~ Hekou/ Lao Cai. Hari masih awal, lebih kurang jam 9.30 pagi, kami berjaya mendapatkan tiket ke Hekou untuk serta merta. Perjalanan ke Xinjie mengambil masa 2 jam dan Nansha ke Hekou 4 jam. Perjalanan ke Nansha menuruni bukit bukau, jalan bengkang bengkok, siapa tak tahan mabuk mesti muntah, rakyat tempatan pun ramai yang muntah. Di tengah jalan pemandu bas berhenti ke tandas kami sempat ke seberang jalan membeli limau (lapar weh sarapan nestum sebungkus je kot) dah limau je yang dijual di situ. Murah sangat ¥2 untuk 5 biji (RM1). Manis! Sampai di Xinjie kena bertukar bas, bas akan bergerak ke Hekou jam 12, ada setengah jam lagi, sementara aku jaga beg atas bas Fatt pergi membeli apa-apa yang boleh di makan termasuk jagung tongkol. hukhukhuk.. Den tak boleh makan jagung tongkol! sangkut ler gigi besi T_T .
Toilet break, kami ambil kesempatan membeli buah
Alat menimbang yang sangat klasik. Ada ke kat Malaysia?
Pekan Xinjie nun di lembah sana
Itulah jalan yang di lalui antara Xinjie ~ Nansha
Muntah Hijau

Di atas bas kami jumpa lagi dengan pasangan biniku gangster. Mereka juga akan ke Vietnam tetapi akan bermalam di Hekou kerana Visa mereka bermula hari esok. Perjalanan ke Hekou melalui kampung-kampung dan macam biasa jalan bengkang bengkok, sambil layan lagu cina, aku sampai hilang bilangan nak kira berapa kali pakcik driver ulang main lagu tu. Ada sekali berhenti untuk pemeriksaan tentera. Passport kami ber-4 selaku rakyat asing di ambil rekodnya dan dalam 10 minit kemudian dipulangkan semula. Kami sampai di Hekou lebih kurang jam 4petang. Stesyen bas macam stesyen mati, semua orang turun tau-tau sudah tiada orang. Pasangan biniku bangster pun dah hilang, kami ambil teksi untuk ke Lao Cai, dalam 5-10 minit sahaja, kami minta teksi turunkan kami di immigration. Turun teksi tercangak-cangak juga celah mana ni? Puas la terpusing-pusing mencari nak cross borde rkat mana ni? Laahhh, belakang kitorang saja rupanya! tak macam tempat cop passport pon! Agak lawak juga encik immigration China ni, tanya itu ini, lepas tu macam tak tahu nak cop di mana. Mungkin sebab jarang Malaysian lalu di situ. Sampaikan dari tiada manusia sehingga barisan panjang berjela.
Ini lah bas Nansha ~ Xinjie
Antara pemandangan tengah jalan
Rakyat tempatan. Nampak tak yang basah-basah atas lantai tu? Ada orang muntah dalam bas!
Security check
Melalui pekan-pekan kecil
 
Melintas border secara berjalan kaki sahaja melalui jambatan dalam 5 minit ke bangunan immigration Vietnam pula. Sepanjang jalan setiap manusia yang bertembung mesti mengatakan 'Malaysia! Malaysia!' Adoii, korang tak pernah nampak orang Malaysia ke sebelum ni? Tiba-tiba rasa cam artis giteww. Puii. Alhamdulillah selamat melepasi.

Itu haa tempat cop passport, ada di celah pokok rupanya
Itu aku. Nampak tak barisan dah panjang
Dah melepasi immigration China kena cross over jambatan ni. Ini pintu gerbang sempadan sebelah China
Pintu gerbang sempadan di sebelah Vietnam
Bangunan immigration Vietnam
 
Berbalik kepada semasa melepasi sempadan ada seorang manusia yang menegur kami rupa-rupanya ada udang sebalik mee. Dia adalah ulat teksi ke Sapa. Melepasi immigration Vietnam dia segera mendapatkan kami dan cuba mendesak untuk kami mengambil transport dengannya dengan harga yang agak mahal kalau dibandingkan dengan research kami. Kami cuba bincang tepi tapi biasalah dah nama pun ulat tiket tetap cuba mendesak, terjerit juga Fatt kami kemudian terus angkat beg berlalu pergi walaupun harga yang dilaungkan sudah labih rendah berbanding research kami. Kami singgah masuk ke kedai kopi, tak kisah ler yang penting lari dari manusia-manusia yang cuba ambil kesempatan. Sedapnya kopi Vietnam!
 
Oklah, aku pergi ngopi dulu lagipun dah berjela ni lain kali aku sambung lagi yek. Jya!
 

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum