Kunming to Hanoi Overland : Yuanyang Rice Terrace
Tuesday, March 18, 2014 by Fiza_Pja
Assalamualaikum..
Mari sambung cerpen perjalanan ke Yuanyang dah lepas 1st anniversary bulan lepas :P
Hari ke-5, 29 Januari 2013. Pagi aku sudah terjaga. Sejuk menggigit-gigit tulang. Tiada heater dalam bilik hanya dibekalkan sekeping selimut berupa toto. Rasanya sepanjang perjalanan itulah suhu paling sejuk. Tapi sejuk-sejuk pun gigih aku mandi pagi sambil terketar-ketar. Belum sempat siap packing pasangan biniku gangster sudah turun mencari kami. Mereka mengajak berjalan-jalan sekitar pekan. Aku sumbat segala macam barang ala kadar, kami check out, tinggalkan luggage dan keluar ke pekan. Tiada apa sangat di Nansha. Cuma ada pasar pagi tapi tak semeriah mana. Kami ke ATM semalam, berjaya mengeluarkan duit. Yay!
Suku kaum Hani, puak minoriti Yuanyang
Pasangan Argentina tu sepakat tak mahu masuk ke Yuanyang dan mereka akan berjalan kaki ke kawasan pintu masuk Yuanyang. Ada juga rice terrace di situ. Asalnya kami setuju mengikut mereka petang itu untuk melihat sunset. Tapi setelah bincang tepi kami masuk juga akhirnya ke Yuanyang (mentang-mentang dah ada duit kan, hehe.. yelah bukannya aku datang sini every year, kena naik bas sambil baring macam orang sakit 10 jam kot!). Kami tinggalkan nota untuk couple tu di hotel, dan sekali lagi naik van sapu seperti malam tadi masuk ke Yuanyang. Tambang van cuma 10yuan seorang. Semasa nego harga van datang couple Canada mahu menyertai. Great! Perjalanan lebih kurang 40minit ke dalam. Dan sekali lagi van tersebut berhenti di pintu masuk. Memang betul kena bayar 100yuan seorang. Malam tadi hanyalah salah faham, kepenatan dan kesejukan. Maaf ye encik!
On the way, pemandu singgahkan kami di view point yang pertama. Sedang kami khuyuk mengambil gambar tiba GF pasangan Canada tadi terjatuh dari platform! Railing tempat dia bersandar sudah reput dan patah, tinggi lah juga dia jatuh berguling-guling dari tebing masuk ke dalam sawah. Si BF terus terjun sama berlari mendapatkannya (uhuk uhuk bila lah nak ada BF yang sanggup kejar aku jatuh cenggitu??**petir!**- tiru ayat Fatt hehehe). Nasib baik tiada kecederaan berlaku. Tapi ada jugalah orang yang tolong panggil ambulans takut ada apa-apa yang berlaku. Setelah pasti tiada apa terjadi kami meneruskan perjalanan. Kami diturunkan di hadapan Youth Hostel. Dari situ berjalanlah kami menggendong panda dari satu guesthouse ke satu guesthouse. Youth Hostel penuh. Turunlah kami jauh ke lereng bukit. Jackie's Guesthouse agak mahal, tiada dorm. Kami ke Sunny Guesthouse, cuma ada 1 dorm 4 katil dan 1 bilik double. Couple Canada tu dah cop bilik double. Jadi aku, Fatt & Christop masuk dorm sajalah. Cuma 20yuan sekepala, ada electric blanket, ada air panas untuk mandi dan pemandangan terbentang. Sempat juga masak lunch sebelum kami keluar semula untuk melihat sunset.
Pemandangan sekitar Sunny Guesthouse
Selesai makan & bertanya serba sedikit pasal points melihat sunset, kami menapak kembali ke tepi jalan besar. 3 orang tadi dah gerak awal. Deme boleh makan apa saja yang deme jumpa tengah jalan. Sampai jalan besar, agak terpinga-pinga juga nak menuju ke mana. Kami putuskan untuk ke Bada. Dalam beberapa langkah menapak terdengar bunyi hon sebuah van. Van berhenti tanya nak ke mana sambil tunjuk map. Kami tunjuk ke Bada, dengan 10yuan seorang sekejap je sampai yay tak payah menapak. Jauh juga nak menapak mau lebih sejam. Kami di sajikan dengan pemandangan teres sawah yang nun saujana mata memandang. MasyaAllah! Pemandangan memang superb. Lama juga kami menunggu matahari sehingga betul-betul terbenam.
Sunset over the rice terrace (maaf atas resolusi terkecil sikit, malas ler nak tukar :P)
Tatkala semua pelancong beransur pulang (mereka ada kenderaan tourist guide) tinggallah kami ber-5 menapak menuruni bukit. Nasib la menurun. Cubaan menahan setiap kenderaan yang lalu hampa. Akhirnya ada sebuah van berhenti, tapi macam agak sarat. Ada 3 orang yang turun ingatkan mereka dah sampai tempat yang dituju (walaupun macam tiada rumah di kawasan itu bersangka baik rumah mereka kena masuk celah-celah bukit) tapi rupa-rupanya mereka volunteer untuk berjalan kaki dan bagi kami menumpang ehh?? Kami paksa mereka naik semula, memang sarat. Sambil itu mereka gelak, kami pun gelak sama padahal sepatah haram tak faham apa kebenda yang dia cakap. Berdekah gelak sakan hehe. Macam tak betul pun ada. Jauh juga nak sampai ke tempat sebenar yang diorang nak turun tu, nasib la kami paksa juga mereka naik semula tadi.
Turun dari van ternampak pulak bawah sana macam meriah je? Jenguk punya jenguk rupanya ada persembahan sarkis jalanan. Ramai yang datang tengok. Iyelah, itu ler entertainment mereka, kalau kita boleh ngopi lah, mamak lah, tengok wayang, bowling, karoks yada yada. Kami pun join sekaki tengok sarkis tu. Dalam 15minit kami meneruskan perjalanan balik. Macam biasa, masak nasi untuk dinner malam tu dinner sambil menikmati pemandangan sawah padi dan disirami cahaya bulan penuh ecewahh feeling-feeling romantiklah kononnya puii. haha. Selesai makan bertenggek pula tepi sawah. Tak buat apa-apa pun tak mengapa, just feel the peacefulness. Yahhoo malam tu tidur tak hengat donia! (tapi Fatt kata dia nampak 'something') Itu korang tanyalah backpackerbusuk tu sendiri yek! Den tak tau. Ok, aku sambung lain kali ek. Terima kasih atas kesabaran menunggu entry Kunming ni yang dah lebih setahun tak habis tulis lagi..
Jya!
tantiknya gambar dia... sian betul minah yg jatuh tu... ni entry utk trip jan 2013 ek? gigih jugak nak mengingat...hehhee... ok, menanti cerita seterusnya =)
Thanks alifah@along! ☺.. sian kan minah tu gempar sat semua org masa tu.. hehe, dh lebih setahun gigih gak nak tulis, harap dapat menyambung (haraplah) heee