India - Hampir Ditipu

Assalamualaikum...

Genap sebulan pulang dari Beijing aku ke India. 4 orang bersama geng warung - aku, Alifah, Sara & Daus. Asalnya 8 orang membuat aku terbayang rombongan cik Kiah ke OZ dulu. Tapi sudahnya tinggal kami ber-4, macam-macam cerita, aku skip cerita itu jom cerita pasal India. Route yang akhirnya menjadi pilihan - Kolkata~Sringar~Delhi~Agra~Jaipur~Kolkata selama 10 hari. Kami terpanggil untuk ke India selepas menonton filem Shah Rukh Khan - Chennai Express lantaran banyak juga route options yang dikeluarkan semata-mata kononnya nak naik train kat Chennai punyalah kuat pengaruh cerita kan? Akhirnya jadilah route seperti di atas.

India was awesome, it is a beautiful country with a lot of great architecture, good people, rich culture & beautiful nature. (Eh, apa pasal speaking pula ni? Hehe). Regardless of that, you still need to be extra carefull & take extra precautions on your surrounding. (eh?sambung omputih ke? Ok ok bahasa please!) Ramai yang bertanya bila aku mention India, 'kenapa India?' Jawapan yang selalu aku bagi 'kenapa bukan India?' terus tiada soalan tambahan hehe. Dari feedbacks yang aku kutip daripada blog-blog, kawan yang pernah ke sana rata-rata memberikan bayangan kotor, geli, tahi bersepah, sampah merata walaupun begitu kenalah experience sendiri baru boleh bagi komen. 1 lagi yang popular pasal India terutama di Delhi adalah kisah scam. Memang kalau baca sahaja rasa macam tak berapa logik kan kena tipu bulat-bulat tapi setelah melaluinya memang betul lah kisah scam terancang besar-besaran di India. Kami hampir-hampir masuk perangkap.

Bermula dengan stesyen keretapi New Delhi (hostel kami terletak di belakang stesyen dan kami perlu melalui bangunan stesyen & melintas landasan) selepas melalui security screening (macam di China), kami di tahan oleh seorang officer lengkap berkot bertali leher (kalau ku tahu dia permulaan penipuan itu memang aku jerutkan saja leher dia tu, rasa macam nak pukul muka dia dengan kasut yang dah pijak-pijak tahi). Dia tanya tiket, kami nyatakan cuma nak menyeberang landasan saja & tunjuk booking hostel. Katanya sekarang ada festival di kawasan itu jadi nak masuk sana perlu  ada permit yang mana hanya boleh diperolehi dari tourism department (sambil keluarkan map & tunjuk lokasi office tu di mana. Katanya lagi kerajaan buat macam tu sebab nak kawal kemasukan orang ke kawasan tersebut sebab sebelum ni ada kejadian warga Denmark di rogol beramai-ramai di kawasan tersebut (which was true as we always alerting each other regarding crime especially yang melibatkan tourist). Tempat yang ditunjukkan agak jauh juga dan dia dengan baik hati tolong deal teksi untuk kami ke sana dengan tambang rp100 (rm5.40 bahagi 4 cuma sorang rm1++). Aku waktu tu agak marah dengan pihak hostel yang tak memaklumkan pasal benda ni dan cubaan menghubungi hostel juga gagal, jadi kami terpaksa rela menurut perintah.

Sesampai di 'Tourism Department' officer disitu lagilah pandai berlakon kalah Amitha Bachan. Alifah mula tergoda, haha. Kami nyatakan situasi tadi, sambil geleng-geleng kepala (sekarang rasa mcm nak pusing kepala dia kasi tercabut) berkata tempat tu di tutup untuk tourist. Langsung tak boleh masuk sebab zone bahaya dek kes gang rape Danish tourist bulan lepas. Lepas tu konon-kononya tolong call hostel kami buat pembatalan reservation & mengatakan deposit akan dipulangkan dalam masa 2minggu. Aku dah mula rasa sangsi, hostelbookers takkan pulangkan deposit, dah banyak kali aku buat benda ni. Ok takpe, tengok lagi. Kemudian kami tanya nak tidur mana malam ni? Dia sekali  lagi angkat telefon kononnya tanya available hotel, manusia di hujung sana minta ditelefon semula dalam 15minit sementara mereka semak hotels availability.

Sambil tunggu 15 minit ditanya pula pasal train tickets. Aku suakan tiket yang aku book online, sekali lagi dia geleng-geleng kali ini lebih bersungguh katanya aku dah salah booking, sepatutnya aku kene pilih foreign quota instead of general quota. Dengan general quota katanya lagi kami akan di denda rp10k seorang lepas tu dia tunjuk di komputernya website train India drop box untuk pilihan quota tersebut. Tapi bila aku tengok address website tu adalah www.google.com.in apa jadah nampak sangat kau nak menipu nih. Kemudian offer kami untuk tukar kepada foreign quota dengan harga USD70 seorang. Aku lagi percaya seat61.com kot daripada dia. Lepas tu (after 15 mins remember?) he makes a call & again adegan geleng kepala (sekarang aku rasa nak petirkan orang ni kasi legam) memberitahu all hotels in Delhi tak kira 5,4,3,2,1 star are fully booked. Not a single room left! Pembongak betul. He then suggested us to go to Agra instead & I questioned him at this time? Is it safe? (It was about 8pm).
 
At that point aku dah rasa tak sedap, Daus dah bangun, aku keluar dari bilik dan cuba call hostel lagi, dapat! Pihak hostel confirmkan itu semua dusta belaka dan kami disaran tinggalkan tempat tu secepat mungkin. Sementara itu juga Daus juga berpura-pura telefon kawan dia walaupun tak dapat. Walaupun rasa geram macam nak cekik-cekik je manusia tu tapi sebab itu tempat dia dan ramai juga geng mereka kami terpaksalah berlakon tersenyum sumbing mengatakan kawan kami offer tinggal di rumahnya sambil mengucapkan terima kasih. Mereka masih mencuba dan bertanya where is he from? Kami katakan he's Indian, from Delhi but we are not sure which part of Delhi. He'll fetching us soon. Thank you very much sir! Walaupun Alifah masih tergoda & macam blur blur situasi itu, aku seret gak dia bangun & dengan segera kami pikul beg dan keluar dari situ (sorry Ally!). Aku telefon kembali ke hostel sambil mencari-cari apakah nama kawasan tersebut mujur ada kedai yang memaparkan alamat. Selang 10 minit pihak hostel dapat mencari kami dan selamatlah kami ber-4 naik tuk tuk dengan backpack 15kg masing-masing bersama orang hostel dan pemandu tuk tuk. bayangkan lah 6 orang penuh sarat! Gambar memang tiada sapa yang nak snap kann.. Bersyukur penipuan terancang tidak berjaya menjerat kami. Alhamdulillah!
 
Kepada yang merancang ke India, silalah berhati-hati. Mungkin cara penipuan akan sedikit berlainan tapi modus operandi akan tetap sama - memesongkan rancangan korang untuk ke Agra atau Jaipur dengan teksi & charge harga yang sangat mahal. Ingat tau!
 
Jya!
 
 

10 comments:

    Jahatnya!!! Geram pulak bila baca. Bulat2 nak tipu kita!

     

    kata mana2 memang ada penipu. agaknya muka org malaya ni nerd sgt kot senang nak kena tipu. huhu

     

    Shieda, memang rasa cam nak penyet2 je dorang tu huhu.. PM, yes di mana2 mmg ada spesis menipu ni tp scam India mmg secara terancang besar2an & kalau tak alert mmg convincing sangat, office pun proper. Fyi yg sy baca bkn terhad kps melayu sahaja, mat salleh lagi ramai yg terkena, mcm2 helah dorang guna tp modus operandi tetap sama.

     

    menyampah..kita ni dah la mmg penat sebab ke hulu hilir ngan pikul beg berat..pas tu pegi pulak tempat yg totally strange...kalo kena tipu cam ni, mmg menyampah giler..mmg rs nak tumbuk2 je..

     

    saspen ni. kalo sy yg blur2 ni confirm kene tiau, pau dan seangkatan dengannya.

    Overall india ok x kak? wishlist jugak tuh tp cm was2 sbb berleluasa kes rogol kebelakangan ini

     

    Yantie, mmg geram pun.. tp tmpt dia kan, nak menggila kang dorang lg gila, layan je..

    AjlaA, overall India ok, just kene extra hati2, jgn terlalu menonjol, jgn jln sorang2 dilorong2 blkng, nk bertanya pun tanya dalam kedai yang proper, jgn approach org tgh jln sebarangan. Ada juga nmpk female traveller sorang, rasanya rape case atas sebab2 luaran mcm pakai seksi kot, insyaAllah tawakkal & doa bnyk2 xde apa2

     

    hahhahaa... sape la Alifah tu ek? semua org dia layan... #bukannyahensemmanapun .... tapi kalau la sekali lagi (takmungkin ada sekali lagi) kita ke sana, rasa nak g tabur gula je kat luar pejabat dia... bagi ada semut ....tp, pakcik kat train station tu, mmg rasa nak cili2 kut... apapun, sgt berterimakasih la pada otai.. Cikfiza n Daus... kalau aku ngan Sara, aku rasa, mmg dah balik epot atau tidur kat situ dah... sanggup ke? errrrrkkkk

     

    hahhahaa... sape la Alifah tu ek? semua org dia layan... #bukannyahensemmanapun .... tapi kalau la sekali lagi (takmungkin ada sekali lagi) kita ke sana, rasa nak g tabur gula je kat luar pejabat dia... bagi ada semut ....tp, pakcik kat train station tu, mmg rasa nak cili2 kut... apapun, sgt berterimakasih la pada otai.. Cikfiza n Daus... kalau aku ngan Sara, aku rasa, mmg dah balik epot atau tidur kat situ dah... sanggup ke? errrrrkkkk

     

    hahhaaa...awatla si Ally tu sengal sgt...? sib baik ada Fiza n Daus yg cepat sedar... aku rasa, kalau harap si Ally n Sara, mmg sampai ke Nepal pun mungkin...#sebabkenatipu ... awatla sebut Nepal ek? hahhaa ...

     

    Alifah@along hahahahahahaaa.. sapalah agaknya gerangan ally/ alifah tu kannn 😜
    Sampai nepal ko verangan nihhh

     

Blogger Templates by Blog Forum