India - Kisah Kapalterbang
Monday, March 31, 2014 by Fiza_Pja
Assalamualaikum..
Sekarang ini dunia sedang sibuk mengata Malaysia berikutan insiden MH370. Malaysia sedang bersedih atas apa yang berlaku walaubagaimanapun apa yang berlaku masih lagi misteri. Al Fatihah untuk penumpang-penumpang yang beragama Islam dan semoga kapalterbang MH370 bersama semua penumpang dan crew nya di jumpai segera. Kepada keluarga mangsa tabahlah menghadapi dugaan dan kesedihan ini. Walaupun kesedihannya berbeza namun aku faham perasaan kehilangan itu, ditinggalkan yang tersayang. Lebih-lebih lagi tanpa pesan terakhir. Walau apa pun, hidup mesti di teruskan. Hanya kepadaNya tempat mengadu dan berserah. Al-fatihah.
Nota: Al fatihah bukan hanya untuk disedekahkan kepada mereka yang sudah tiada, adalah digalakkan juga sedekah al fatihah kepada yang masih hidup malah boleh juga kepada diri sendiri.
............................................................................................................................................
Berbalik kepada cerita India. Banyak benda yang berlaku sepanjang jalan. Semuanya pengajaran. Selain kejadian hampir ditipu, ada juga insiden kapalterbang. Bukan, tiada kaitan langsung dengan kejadian di awan biru, tapi masalah yang disebabkan aku tidak membawa kad kredit yang digunakan semasa pembelian tiket. Itulah kesilapan besar kalau travel di India terutama kalau melibatkan pembelian tiket secara atas talian. Dek kerana credit card fraud di India sangat meluas maka setiap pembelian wajib diverifikasikan secara manual juga.
Memandangkan trip ke India seminggu lebih sahaja maka cara untuk menjimatkan masa adalah dengan terbang. Sepanjang di India kami menaiki 3 kali penerbangan domestik: Kolkata ~ Srinagar (transit 2jam di Delhi), Srinagar ~ Delhi dan Jaipur ~ Kolkata. Flight kami seawal 6.30pagi dari Kolkata, kami sudah meninggalkan hostel jam 4pagi. Di India kawalan keselamatan di airport memang ketat jadi sila sampai awal di airport bagi mengelakkan tertinggal kapal terbang. Hanya penumpang yang memiliki tiket berserta ID sah sahaja dibenarkan masuk ke dalam airport maka jagan harap nak bawa rombongan satu bas ke airport semata-mata nak ucap selamat jalan.
Sewaktu kami mahu melangkah masuk ke airport, mungkin disebabkan awal pagi dan belum terjaga sepenuhnya secara tiba-tiba si Sara dengan muka gabra berlari cuba menahan ntah teksi kuning siapa ntah, kenapa pula Sara ni nak tahan teksi? Tergagap-gagap dia menyebut beg merah! haa?? Rupa-rupanya dia tertinggal beg merah yang berisi 'aksesori' winter. Azab ler nak ke Srinagar kalau tiada benda-benda tu. Nasib baik panggilan aku ke penjaga hostel berjawap, dia tolong telefon ke pemandu tadi patah balik ke airport. Haha, siapa sangka Sara yang rupa macam brutal rupa-rupanya kalut ;P. Proses check in Spice Jet tidak begitu merenyahkan walaupun terpaksa swipe debit kad pula sebab aku memang sengaja tinggalkan kad kredit aku. Mereka janji bayaran terdahulu akan dipulangkan semula ke dalam akaun kad kredit dalam masa selewat-lewatnya 14 hari. Tersipu-sipu 'bhaiya' Spice Jet tu di puji Alifah. ahaks! Lepas halangan pertama.
Penerbangan kedua dari Srinagar ke Delhi lebih 'mencabar'. Di sebelah Kashmir memang sudah sedia maklum akan tentera di merata-rata disebabkan negeri yang agak 'bergolak' katanya tapi kami rasa di Kashmirlah yang paling aman damai sepanjang di India. Untuk memasuki airport Srinagar, 1km daripada airport kami sudah melalui pemeriksaan keselamatan, turun dari kereta, scan beg, scan manusia, body search, check dokumen, naik kereta semula. Sampai di airport di hadapan bangunan sekali lagi periksa dokumen, untuk masuk ke dalam check lagi dokumen, scan beg, scan manusia, body search, pass.
Di kaunter check in (kali ini kami akan menaiki Indi Go) sudah sedia maklum pasti sama situasi seperti Spice Jet tempoh hari aku dah sedia dengan debit card. Tapi yang ini kaunter untuk membayar semula ada di luar bangunan. Makanya aku kena lalu lagi security check nak keluar bangunan. Di luar customer yang berurusan akan berdiri di luar means outdoor manakala officer sedap je duduk dalam kabin yang hangat. Kami di sana sewaktu winter ye, winter. Memandangkan kami akan ke Delhi aku hanya pakai sehelai fleece, tiada fleece tambahan, tiada jaket winter, tiada long john. Bayangkan pakai sehelai sepinggang macam di Malaysia dengan sehelai fleece. Lama pula tu urusannya. Aku sampai melompat-lompat depan tu cuba memanaskan badan, pedulikan manusia lain yang memandang tambahan pula panggilan alam memanggil-manggil dalam kesejukan yang menggigit. Si gadis kaunter seperti baru hari pertama bekerja. Arrghh.. sudah la tu harga tiket jadi lain pula, katanya sebab yang kami beli tu masa promosi tapi hari ini punya harga tak sama. Itu aku faham, tapi tiket kami kan memang dah di beli, bukannya beli yang baru, cuma masalah verifikasi sebab tak bawa kad kredit yang digunakan! Tapi dia berkeras dia betul. Aku malas bertekak lebih-lebih.
Masuk kembali ke dalam bangunan. Lagi sekali lalu scanner manusia, body search segala tok nenek tu. Sampai di kaunter wajib lah complaint pasal harga. Aku brief yang lain pasal kesilapan yang tak patut tu kemudian berlari ke tandas. Keluar tandas lelaki yang aku rasa ketua si gadis kaunter tadi memohon maaf dan membuat transaksi sekali lagi dengan harga yang sepatutnya. Makanya sudah 3 kali aku bayar harga tiket! 2 kali transaksi akan di batalkan dan pemulangan wang dalam masa selewat-lewatnya 14 hari. Masa untuk boarding tinggal 10 minit sahaja. Kami buat-buat tengok jam berkali-kali. 'Don't worry miss, we will make sure you board on the plane. I am so sorry for the inconvenient'. 'Ok, this is not good for IndiGo. Spice Jet is better!' sengaja Alifah sebut saingan mereka, haha. Selesai drama check in, lalu lagi scanner manusia dan body search.
Daus & Sara kene beg search. Aku dan Alifah ke belakang untuk verifikasi luggage sebab beg lambat untuk masuk kargo, takut salah masuk flight. Orang di belakang bertanya kenapa lambat sangat? Pantas kami kata eh, bukan kitorang, you all la yang lambat! Sengih je mamat tu. Kami kembali ke dalam. Sara & Daus masih 'menguruskan' hal beg. Rupa-rupanya bukan sebab apa pun, mereka seperti curious sangat dengan kami. Dengan si Sara mereka sibuk nak tengok gambar, siap pesan jaga elok-elok kamera ye! Dengan si Daus mereka pelik kenapa beli sampai 2 dozen dompet? Kebetulan pagi itu kami borong dompet sebagai sourvenir, senang nego harga semua beli benda sama dan hand luggage Daus yang paling tiada barang maka jadilah mangsa sumbatan hasil dagangan. Kemudian air minuman pun di tanya, untuk minum? angguk. minum sekarang! sekarang? ya! OK. meneguk umpama haus baru lepas lari 1500m. Ok, cukup! Eh? Mungkin mereka cuma nak memastikan cecair itu bukan untuk bahan letupan. Akhirnya selesai semuanya, selamatlah kami menaiki flight ke Delhi. Fuhh.. berpeluh la juga kan.
Flight ketiga kami dari Jaipur ke Kolkata menaiki Spice Jet sekali lagi. Makanya tidaklah serenyah IndiGo. Cuma airport Jaipur kaunter tiket juga diluar seperti Srinagar jadi terpaksa juga melalui kawalan keselamatan berberapa kali. Pengajaran yang aku dapat, bawalah kad kredit (yang digunakan untuk booking) semasa travel! T_T
Jya!