Trip DownUnder ~ Mornington Peninsula

Assalamualaikum..

Sambungan dari Phillip Island.

Balik dari Koala Conservation Centre kami singgah sekejap di Amaze'N Things. Kat dalam ni terbahagi kepada 4 bahagian - maze, puzzle island, illusion dan maxigolf. Tapi kami tak masuk pun sebab nak kejar masa. Bayaran masuk berbeza-beza mengikut bahagian apa yang korang nak masuk. Maklumat lanjut boleh tengok kat sini.
Hanya bergambar kat depan je.. Thanks to self timer technology walaupun cuma kamera cabuk tapi masih banyak berjasa :)
Lebih kurang jam 2 petang kami meninggalkan Phillip Island menuju ke Mornington Peninsula. Memang dah lari sikit schedule, tapi redahkan mana yang sempat saja lah. Ikut plan asal aku nak singgah ke Moonlit Sanctuary Wildlife Park, Ashcombe Maze & Lavender Gardens, Cape Shank Lightstation (ketiga-tiga tempat ni termasuk dalam Mornigton Peninsula Attraction Pass berharga AUD63, pass ini boleh dibeli online atau di mana-mana attraction), Sunny Ridge Strawberry Farm dan Point Nepean. Huh, sungguh tinggi cita-cita, masa memang tidak mengizinkan. Yeay! jimat AUD63! haha..
Yang biru tu perjalanan kami, yang hijau adalan plan asal kalau ada masa lah. Peta ni korang boleh download kat sini.
Lebih kurang sejam meniggalkan Phillip Island kami berhenti di Baxter Park untuk lunch. Pagi tadi sebelum check out kami dah siap-siap buat meggie goreng. Bertemankan angin sejuk dan kopi panas, meggie goreng sejuk dirasakan tersangatlah nikmat! Kami bentang tikar di tepi traffic light di bawah matahari. Memang jadi tontonanlah, tambah pula ada sebuah bas sekolah berhenti menurunkan murid-murid, semua mata memandang, heeee.. kitorang ada meggie goreng, ko hado?? :P
Our simple lunch picnic of the day
Selesai makan, berkemas, pemanduan di teruskan ke Mornington. Lebih kurang jam 4 petang kami sampai di Schnapper Point. Schnapper point ni macam sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal persendirian. Angin bertiup agak kuat, rasa macam nak diterbangkan ke laut.

Schnapper Point
Jumpa dengan mat salleh dari mana tah aku pun tak ingat dah..
Angin bertiup kencang
Dari Schnapper point kemudian kami ke Sunnyside Beach. Kami sebenarnya terjah je mana-mana pantai yang ada rumah-rumah warna warni yang comel dan terkenal di Mornington Peninsula. 'Rumah-rumah' itu sebenarnya adalah bathing boxes atau nama lainnya beach boxes. Boleh dikatakan sepanjang-panjang pantai ada saja bathing boxes ni. Aku tak pasti macam mana kalau korang nak tengok dalaman bathing boxes ni sebab semuanya aku tengok berkunci mangga bagai. Tak nampak pula orang keluar masuk dari kotak tu walaupun ramai je orang kat tepi pantai tu.

Kami berlapan

Dari situ kami berpatah balik ke arah Rye Beach Motel- tempat penginapan kami malam itu. GPS ni asyik la suruh aku masuk highway, tapi aku biarkan je dia membebel. Berpandukan peta kami ikut jalan sepanjang pantai menuju ke Rye Beach. Pemandangan memang tidak puas mata memandang. Berapa kali pandang pun tetap tak jemu. Agak susah juga mencari motel tersebut walaupun ia tepi jalan saja sebab takde signboard pun. Kami berhenti tepi jalan, aku tangkap muat tanya orang tepi jalan. Sekali dia bercakap baru aku perasan dia mabuk daa. Pejadah la mat salleh ni siang-siang lagi dah mabuk. Alamak!! dan dia sedaya upaya nak juga cuba tunjuk arah walaupun ntah mana-mana dia tunjuk. Aku iyakan saja. 'Thank you sir! thats very helpfull' walaupun aku tak berapa nak faham pun apa yang dia cakap. Aku masuk ke dalam restoren pula tanya arah. Rupanya nombor pada alamat tu adalah nombor tiang elektrik. Dah macam masuk kampung aku alamat guna nombor tiang elektrik. Kami sudah terlepas dan terpaksa berpatah balik. Akhirnya jumpa. Penginapan kali ini sangat selesa. Bilik dilengkapi dapur dan meja makan berserta pinggan mangkuk dan cawan. Malam itu kami makan dengan berselera. Berlaukkan ayam lemak cili padi dan ikan sardin berserta sambal bilis. Juga teh-o panas. Sekejap saja licin. Katil juga dilengkapi cadar elektrik, yeay!! Boleh tidur dengan selesa tanpa rasa sejuk.
Pemandangan depan rumah yang ada di sepanjang jalan
Kecil saja signage dia, itu pun di pintu masuk dari jalan tepi, bukan di pintu masuk jalan utama
Rumah kami malam itu
Dinner!
Agenda esok adalah antara yang ditunggu-tunggu - the Great Ocean Road drive. Kami akan menaiki ferry pertama untuk hari esok jam 7 pagi dari Mornington Peninsula ke Queenscliff, Bellarine Peninsula. Cerita great ocean road akan di sambung dalam entry akan datang. Jya!

5 comments:

    bestnya time korang pegi kat colorful huts tu sangat bersinar matahari nya! aku pegi aritu mendung dan hujan! damn it!

    ade lagi 1 kat Brighton Beach. lagi cantekkkkk!!!

     

    Tula, alhamdulillah masa kitorang pegi tu hujan masa otw ke Adelaide & kat sydney.. sebelum2 tu cuaca mmg cun.. kitorang singgah jek mana2 pantai yang kitorang nampak ada rumah2 tu...

     

    henry fox lagi!

    fiza, im thinking of Uluuru aka Ayers Rock...hurmmm...nice kan? hahaha :))

     

    salam...nak mintak itineri bleh? plan nak drive dr Sydney ke Melbourne bulan 5 ni...menarik tempat2 awak p....

     

    Assalam Yuyu thanks for dropping by. Blh tgk itinerary kat post ini
    http://hafizah-hassan.blogspot.com/2012/11/australia-trip-ringkasan-perjalanan.html?m=1

    fatt, moh ler kita p tgk batu besor tu!

     

Blogger Templates by Blog Forum