Trip DownUnder ~ Great Ocean Road (Part 1)

Assalamulaikum....

Sambungan daripada Mornington Peninsula. 

Hari ke-4, 13 November 2012. Acara hari ini adalah tengok laut sampai muntah :P. Seawal 6.30 pagi kami sudah check out dari motel meninggalkan selimut elektrik yang hangat dan gebu itu. Walaupun sudah penghujung musim bunga dan hampir musim panas, cuaca masih di kira sejuk untuk kulit Melayu aku ni. Pagi itu suhu 12° cel tanpa angin. Dengan angin pasti single digit. Kami mengejar ferry pertama dari Mornington Peninsula ke Queenscliff di jam 7 pagi. Tambang sebuah kereta AUD60 + AUD10 untuk setiap penumpang. Pemandu sudah termasuk dalam tambang kereta. Jadi kami bayar AUD90= AUD22.50 seorang. Dari Rye Beach ke Sorrento Pier mengambil masa kurang dari 15minit. Selesai membayar tambang, kami di berikan petak menunggu. Ferry sampai dalam 10 minit menunggu.
Navigating our way before starting off
Suhu pagi itu 12° cel
Entrance to the ferry terminal
The Searoad Ferry
Waiting to drive into the ferry
Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 45 minit - 1 jam maka kami ke bahagian atas feri untuk menikmati coklat panas. Tukang ambil order hairan sebab selalunya pagi-pagi orang order kopi, tapi kami beramai-ramai order coklat. Apabila anak kapal memberi isyarat ferry hampir sampai ke destinasi kami kembali ke kereta. Turun dari feri kami menuju ke Point Lonsdale. Kalau ikut GPS untuk ke Great Ocean Road (GOR) dari Queenscliff semestinya dia bawa korang ikut Bellarine Highway ke Geelong kemudian ikut Surf Coast Highway ke Torquay - tempat bermulanya GOR. Seperti biasa kami biarkan GPS membebel sendiri memandangkan tiada satu siaran radio pun yang boleh kami layan, jadi saja cari gaduh dengan GPS, kami ikut jalan tepi pantai. 
Queing for our hot chocholate. Aku tengok mamat ni lah yang ambil order, dialah yang buat kopi, coklat, dialah yang jaga kereta, dan macam-macam lagi. Multi tasking betul
Yeay!! Dah nak sampai
Tapi sebelum tu, kami singgah di pekan Point Lonsdale untuk mengisi minyak dan membeli bekalan. Kebetulan sebelah stesyen minyak yang kami singgah tu ada shopping mall berserta grocery store yang awal pagi dah buka. Setelah bershopping ala kadar menambah stok makanan sedia ada, kami menuju ke arah Barwon Heads dan singgah di Bluff Marine Sanctuary. Memandangkan lookout ini bukan di GOR, maka hanya kami sebagai pelancong. Adalah 2-3 orang locals berjogging pagi sambil membawa anjing berjalan-jalan.
Turn right to GOR & Barwon Heads. Jangan terus, ke laut la jawapnya!
Barwon Heads Ship Wreck Lookout point. Hari masih pagi langit biru masih malu-malu sembunyi belakang awan yang sedikit kelabu

Dari situ kami menuju menuju ke arah Torquay, permulaan untuk Great Ocean Road. Sedikit latar belakang Great Ocean Road ni. Jalan ini di bina dari tahun 1919-1932 oleh askar-askar yang balik dari Perang Dunia pertama sepanjang 243 kilometer bermula dari Torquay sehingga Warrnambool. Melalui judgement mata aku boleh dikatakan 90% jalan ini berada di tepi pantai/laut dan pemandangan indah boleh dinikmati sepanjang jalan (pehh ayat aku wehh). Jalan memang berliku-liku, belok membelok jadi sesiapa yang senang mabuk naik kereta sila bersedia. Para pemandu sila patuhi papantanda hadlaju. Sepanjang jalan banyak tempat menarik boleh disinggahi seperti Apollo Bay, Otway National Park,12 Apostles, London Bridge/ Arch, The Grotto dan banyak lagi. Google saja Great Ocean Road macam-macam sumber boleh diperolehi.

Kami tidak singgah di Torquay, hanya lalu dan terus ke Anglesea. Kami berhenti di Visitor Centre bertanya arah dan attractions di sepanjang GOR. Boleh dikatakan semua pekerja di Visitor Centre yang kami singgah adalah sukarelawan. Kami sangat kagum dengan cara mereka berinteraksi dengan setiap orang yang datang. Sangat bersopan santun terutamanya jika sukarelawan tu warga emas (kebanyakannya memang warga emas). Sukarelawan di Anglesea sangat gembira mengetahui kami dari Malaysia, siap bergambar bersama. Katanya dia sangat suka Penang dan bila kami kata agak pelik kedai-kedai di Australia semua tutup awal, dia pun cakap dia pelik kenapa di Malaysia sampai tengah malam pun masih meriah. Dia mencadangkan kami ke Anglesea Golf Club yang mana Kangaroo hidup liar di atas padang golf. Hmmm.. kami tak percaya pada mulanya jadi lebih baik sahkan dengan mata sendiri sementelaah golf club tu cuma 10 minit dari visitor centre. Dan memang betul! Bersepah-sepah kangaroo atas padang cuma timing tak kena sebab waktu itu adalah masa kangaroo berehat jadi taklah nampak banyak sangat.
Hut itulah visitor centre

Antara kangaroo yang kami nampak kat padang golf tu tengah brunch

Perjalanan kemudian diteruskan menuju ke Apollo Bay- destinasi untuk kami berhenti makan tengah hari. Since sekarang dah tengah malam, esok kerja nanti-nantilah aku sambung lagi cerita perjalanan ini yek. Jya! Oyasuminasai!

2 comments:

    aritu mmg target nk naik ferry tu dari queencliff ke mornington. konon2 nk jimatkan masa. tp accom pulak terlampau mahal kat queencliff tu. terpaksa drive terus balik ke melbourne.

    jarang org buat naik ferry tu. hehehe

     

    memang dapat jimat banyak masa naik feri. Actually ada gak plan nak naik feri dari Phillip Island p Mornington Peninsula tapi feri cuma untuk orang jek, keta takleh naik, terpaksa la jugak drive.. Queenscliff mmg mahal, sebab tu kitorang tidor mornington baru menyeberang pagi2.. kalau seberang dulu petang tu then stay queenscliff lagi dapat jimat masa.

     

Blogger Templates by Blog Forum