Trip DownUnder : Blue Mountain

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya semua, maaf zahir dan batin. Eh, raya dah habis rupanya muahahaha.. Ok, jomlah kita sambung entry yang ntah bila nak habis ni dah nak dekat setahun oii. Sambungan dari cerita lepas.

Hari ke-10, 19 November 2012. Acara hari ini adalah ke Blue Mountain. Kami akan menaiki keretapi selepas jam 9 pagi. Kenapa selepas 9 pagi? Sebab tiket sebelum jam 9 pagi berharga AUD15.60 dan selepas jam 9 berharga AUD10.80. Kami beli pass sehari AUD21.00. Perjalanan akan mengambil masa selama 2 jam dari Sydney Central ke Katoomba. Sebelum jam 8 kami sudah siap keluar hostel, singgah 7eleven beli coffee dan muffin, kemudian lepak di taman berhampiran sementara menunggu jam 9. Sempat juga menggunakan tandas awam portable yang aku rasa macam space ship. AUD0.50 sekali masuk. Kalau tak silap aku 10 minit diberikan untuk menyiapkan urusan peribadi. Jadi kalau 10 minit korang tak siap lagi, pepandailah nak menyorok sebab pintu akan terbuka secara automatik. Tapi kalau dah siap sebelum masanya tak usah pula tunggu sampai pintu terbuka sendiri, ada butang yang membolehkan pintu dibuka sebelum masanya.
Menikmati kopi pagi dalam taman
Ni lah rupanya tandas awam yang pintu dia terbuka macam spaceship tu

10 minit sebelum jam 9 kami bergerak ke Sydney Central. Ramainya manusia menggunakan perkhidmatan keretapi di waktu puncak hari bekerja. Macam semut melintas jalan. Ngam-ngam sampai pukul 9, tengok schedule siapa tahu train pertama selepas jam 9 ke Katoomba adalah 9.15! Berlari lah juga secara berjemaah, beratur panjang dengan terkial-kial nak beli tiket dari mesin layan diri. Rupa-rupanya di platform ada kaunter jualan yang tiada customer pun. Chehh!! Ngam-ngam juga kami masuk ke perut keretapi, terus jalan.

Sampai di Katoomba, kami melintas jalan ke kedai 'Trolley Bus' hop on hop off. Ada 2 jenis bas yang boleh di naiki untuk explore Blue Mountain samada Explorer Bus (AUD36.00) atau Trolley Bus (AUD25.00). Bas akan berhenti di setiap stesyen (total of 29 stations) yang di tetapkan dan boleh turun dan naik sesedap rasa di mana-mana stesyen. Kekerapan bas adalah setiap 30 minit. Kami pilih Trolley Bus mestilah sebab lebih murah kan. Dan disebabkan kami berlapan, dapat lagi diskaun AUD5.00 seorang! Jadi hanya perlu bayar AUD20.00 sahaja. Cuaca di Katoomba agak mendung dan hujan renyai-renyai. Sejuk! Tapi nak buat macam mana, teruskanlah juga. Dah macam penguin pun ada dengan baju sejuk yang tebal, pakai pula baju hujan.

Di Blue Mountain ni tempat wajib tengok adalah Three Sisters. Katanya pada waktu-waktu tertentu gunung yang bercabang 3 itu akan kelihatan seperti 3 orang perempuan kerana itulah di panggil 3 sisters. Aku tak pasti betul ke tak, korang google lah sendiri ye. Selepas berhenti di beberapa lookout, kami turun di Echo Point di mana Three Sisters dapat di lihat. Turun je bas hujan turun dengan lebat, beramai-ramai cari teduhan. Selesai hujan, kami berpecah kepada 2 kumpulan. Kemudian kami trekking sikit ke Giant Stairways ke betul-betul bahagian bawah 3 Sisters.
Three Sisters
Cuaca berubah sekelip mata. Sekejap gerimis, sekejap berkabus, sekejap hujan lebat, sekejap panas langit biru

Kemudian kami ke Scenic World. Ada 3 jenis rides yang boleh dicuba di sini samada railway, cableway dan skyway. Ada beberapa pakej yang disediakan yang menggabungkan 2 rides atau kesemua 3 rides. Maklumat lanjut boleh di dapati di sini. Kami memilih untuk mencuba skyway dari Echo Point ke East Station. Dapatlah merasa tergantung 270m di udara di atas lantai kaca. Kami berjumpa semua di Echo Points selepas ekslorasi Scenic World dan kemudian turun di chocolate factory. Expectation semua orang chocolate factory seperti di Philip Island tempohari tapi lebih kepada kedai coklat yang menjual lebih sikit dari kedai coklat dalam shopping mall. Harga pun boleh tahan. Kami hanya melihat-lihat saja dan kemudian meneruskan perjalanan pulang ke pangkal jalan stesyen keretapi. Jalan kaki je, dapatlah tengok rumah-rumah warga OZ, sungguh indah halaman rumah mereka.
Cableway
View dari dalam cableway
Pemandangan dari glass floor cable way
Scenic world's entrance. Auww.. malu!
Coklat dan cili??

Kami menaiki keretapi jam 5 petang pulang ke Sydney. Malam tu kami tidak ke mana-mana, hanya menapau pizza di bawah hostel. So entry seterusnya adalah pengakhiran kepada series TripDownUnder ni. Yeahh! Akhirnya akan sampai ke penghujung. Gigih aku karang cerita harap-harap tak sampai setahun boleh la habis yek.. heee.. 1st anniversary adalah bulan 11, adakah aku nak tunggu sampai November baru nak karang entry penutup? (Entry Kunming ntah bila nak sambung, mungkin tunggu setahun juga?)

Tunggu jelah ye. Jya!

2 comments:

    cantiknya....

     

    wahhh cantiknya...wajib pegi nih!!!

     

Blogger Templates by Blog Forum