Trip DownUnder : Canberra to Sydney
Monday, July 15, 2013 by Fiza_Pja
Assalamualaikum..
Lama gila nak habiskan entry OZ ni yek, mengalahkan pergi sebulan, padahal 2 minggu pun tak sampai. heee.. Maafkanlah aku ye... Sambungan dari entry Snowy Mountain.
Hari ke-9, 18 November 2012. Awal pagi bangun tidur, mandi dan gosok gigi, sesudah subuh aku sambung aktiviti memasak yang tergendala malam tadi. Sambil bersarapan kami mengira-ngira dan melangsaikan hutang piutang sepanjang perjalanan dan yang akan datang untuk perjalanan yang berbaki 4 hari lagi. Hari ini kami akan menuju ke destinasi terakhir untuk perjalanan kali ini ~ Sydney. Kali ini kami akan menaiki bas ekspres pula. Tiket bas sudah di beli lebih kurang sebulan sebelum berangkat. Kami akan menaiki bas Greyhound. Harga tiket bas juga berubah-ubah seperti harga tiket kapal terbang, aku dapat dengan harga AUD17 tapi ada juga ahli rombongan yang membeli dengan harga melebihi AUD30. Bas akan bertolak jam 1 petang akan mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan.
Bye bye Canberra
Selesai bersarapan kami meninggalkan hostel dan memandu ke Hertz untuk pemulangan kereta. Sementelaah masih pagi, kami tinggalkan beg di Hertz dan menghabiskan masa sekitar bandar Canberra yang sunyi sepi di pagi Ahad. Nothing much, kemudian kami hanya lepak minum kopi sementara menunggu bas. Petang itu kami sampai di Sydney seperti yang di jadualkan di Sydney Central Station. Setelah bertanya dengan pakcik driver bas arah hostel, kami berjalan berjemaah ke arah yang di tunjukkan. Boleh tahan juga jauhnya. Sampai di pintu hostel, receptionist di tingkat 2 pula. Bergondongan pula mendaki tangga dengan panda masing-masing. Lift ada, tapi masuk 2 panda dah penuh. Dapat pula dorm tingkat 4. Habis besar la kaki aku balik OZ ni (padahal memang dah sedia besar pun kan)
Selesai mandi, tidur seminit dua, eksplorasi kota Sydney dimulakan. Bandaraya Sydney lebih sesak di bandingkan dengan bandar-bandar yang telah kami singgahi. Boleh dikatakan 2-3 jam sekali mesti ada bunyi kereta bomba/ polis atau ambulans. Jem di mana-mana. Manusia berselirat. Kami ke Paddy Market, di situ katanya banyak sourvenir dengan harga berpatutan. Tapi malangnya dah tutup jam 5petang dan akan di buka semula pada hari Rabu ~ hari kami pulang :( . Waktu operasi boleh tengok di sini. Kami hanya berlegar-legar di kawasan shopping mall di bahagian atas Paddy's Market (Juga dikenali sebagai MArket City). Kemudian kami ke China Town yang terletak berseberangan jalan je dengan Paddy's Market tu. Sungguh aku tak sangka China Town Sydney kecil cenonet je. Kalau jalan dari hujung ke hujung tanpa singgah kedai 10 minit je kot dah sampai. Hampir semua kedai menjual barangan sama. Kena tanya satu persatu untuk dapatkan harga terbaik. Dari Chinatown kami berpecah 3 kumpulan. Aku macam biasa haruslah cari makan. Restoren Malaysia juga yang jadi pilihan walaupun harganya bila di convert kepada RM confirm aku tak sanggup tapi pejam mata jelah labu, kau beribu batu jauh dari Malaysia jangan nak memilh sangatlah.
Malam tu hanya berjalan-jalan sekitar Darling Harbour dan Cocle Bay. Masa sampai petang tu cuaca rasa macam kat Malaysia jadi aku selamba pakai baju sehelai sepinggang. Malam tu hujan dengan angin yang boleh menyebabkan aku terbang, sejuk yang amat, gigil lari balik ke hostel pastu menyesal huhuhu... Dah balik bilik apa lagi aktiviti yang boleh dibuat selain makan dan tidur, nak makan tadi dah makan nasi lemak mahal, apa lagi tidur lah! Agenda esok adalah ke gunung biru a.k.a Blue Mountain.
P/S : Aku tak tau apa masalah dengan blogspot ni tapi dah seminggu lebih la jugak aku nak menulis tapi tak boleh, ni ntah macam mana agaknya aku godek tiba-tiba boleh la pulak. Jadi aku sambunglah bila blogspot ni takde masalah dah...
Jya!
Selesai mandi, tidur seminit dua, eksplorasi kota Sydney dimulakan. Bandaraya Sydney lebih sesak di bandingkan dengan bandar-bandar yang telah kami singgahi. Boleh dikatakan 2-3 jam sekali mesti ada bunyi kereta bomba/ polis atau ambulans. Jem di mana-mana. Manusia berselirat. Kami ke Paddy Market, di situ katanya banyak sourvenir dengan harga berpatutan. Tapi malangnya dah tutup jam 5petang dan akan di buka semula pada hari Rabu ~ hari kami pulang :( . Waktu operasi boleh tengok di sini. Kami hanya berlegar-legar di kawasan shopping mall di bahagian atas Paddy's Market (Juga dikenali sebagai MArket City). Kemudian kami ke China Town yang terletak berseberangan jalan je dengan Paddy's Market tu. Sungguh aku tak sangka China Town Sydney kecil cenonet je. Kalau jalan dari hujung ke hujung tanpa singgah kedai 10 minit je kot dah sampai. Hampir semua kedai menjual barangan sama. Kena tanya satu persatu untuk dapatkan harga terbaik. Dari Chinatown kami berpecah 3 kumpulan. Aku macam biasa haruslah cari makan. Restoren Malaysia juga yang jadi pilihan walaupun harganya bila di convert kepada RM confirm aku tak sanggup tapi pejam mata jelah labu, kau beribu batu jauh dari Malaysia jangan nak memilh sangatlah.
Long Q to 'Mamak'.. terkesima sekejap
Nasi lemak istimewah di Malay Village. Bintang lah sangat kan nasi tu. Shhh.. AUD9.90 hokeh
Jya!
fiza,
samelah dgn sy...problem dgn blogspot..xblh bukak kt internet explorer...lps tu try bukak kat mozilla ok plk...
Cantiknya gambar...