Where I've Been Recently

Assalamualaikum..
Maaf ye sangat lama tak sentuh blog. Aku sangat sibuk dengan 2 store opening in November, back to back hanya berselisih seminggu. Lepas tu sibuk pula menguruskan perjalanan hujung tahun ke Korea dan China (lagi). Disebabkan Korea dan China dipisahkan lautan makanya trip kali ini bukan overland, tapi by air. 2 domestic flight dan 1 international flight.
Itinerary ringkasnya, KL-Busan-Jeju-Seoul-Shanghai-Beijing-KL selama 2 minggu bersama Hifzan berdua sahaja. Rindu gila dengan tanahair bila semakin menghampiri tarikh pulang. #tetibanakrindu kan! :P hehe. Aku kongsikan sedikit sebanyak gambar-gambar sepanjang perjalanan itu. Nak mengarang ke tak, nantilah baru fikir. :)
 Gwangali Bridge, Busan
 Gamcheon Culture Village, Busan
 Seongpanak trail entrance, Mount Halla, Jeju
 Seopjikoji Cliff, Jeju
Nami Island, Seoul

Gyeongbokgung Palace, Seoul

Qibou old town, Shanghai
Suzhou Ancient Town, Suzhou
Badaling wall, the great wall of China
Assalamualaikum..
 
Ok, marilah dengan segera menyambung cerita Kunming ~ Hanoi ni. Kisah Stone Forest di sini. Entry kali ni macam tiada material bergambar jadi gunalah imaginasi tertinggi korang ye. Aku akan cuba memberi bayangan paling dekat untuk itu. Dan harap maklum ada explaination yang agak memualkan jadi boleh siapkan plastik kat sebelah untuk muntah :)
 
Hari ke-4, 28 Januari 2013. Hari ini kami akan mula bergerak ke selatan menuju ke Hanoi. Dalam perjalanan kami akan singgah di Yuanyang dan Sapa. Jam 9 pagi kami sudah siap untuk check out. Kami menaiki bas no 110 dan turun selepas 5 station bas. Dari situ sepatutnya kami menaiki bas yang lain (tak ingat sepatutnya bas no berapa) tapi selepas berkira-kira waktu perjalanan kami membuat keputusan menaiki teksi ke Southern Bus Station. Nama station bas sudah siap-siap kami minta pihak hostel tuliskan dalam mandarin. Agak jauh juga perjalanan memakan masa lebih kurang 45 minit. Kalau naik bas 1.5 ~ 2 jam kot tiap-tiap bus stop nak berhenti.

Pakcik teksi turunkan kami di hadapan stesyen bas, tapi malangnya tempat tu di belah yang salah. Terpaksalah kami menapak ke main entrance di bahagian sebelah sana, jauh pula tu!  T_T. Sampai dalam bangunan mencari-cari juga lah kaunter tiket di mana. Aku menunggu beg sementara Fatt ke kaunter bertanya tiket ke Yuanyang untuk hari itu. Dia kembali dengan muka agak cemas 'tiket habis!'. hmmm... sedang kami memikir-mikir alternatif lain tiba-tiba seorang lelaki berteriak 'Yuanyang! Yuanyang!' di sebelah kami, pantas kami menyapa kebetulan ada 2 orang yg mahu menjual semula tiket ke Yuanyang. Alhamdulillah! Bas akan bertolak jam 12.30 kami ada lebih kurang sejam setengah untuk mingle around. Fatt siap tidur lagi. 1/2jam sebelum bertolak kami dibenarkan naik ke dalam bas, it was a sleeper bus. Agak pelik. Ini lah pertama kali aku naik bas tidur ni. Sebaris ada 3 katil double decker dalam kombinasi 1-2 sebaris, ada 5 baris dari depan ke belakang menjadikan jumlah penumpang 30 orang. Di depan pintu bas disediakan beg plastik untuk menyimpan kasut. Kasut tidak dibenarkan di dalam bas ye! Harus kena maki dengan pakcik bas kalau berani pakai kasut dalam tu.

Tepat 12.30 bas pun bergerak, bermulalah perjalanan panjang dalam keadaan terpaksa baring sepanjang masa macam orang sakit tahu? Destinasi yang di tuju adalah Nansha - pekan kecil sebelum memasuki kampung Yuanyang. Adalah dekat 10jam berbaring. Nak duduk boleh tapi tak selesa sebab kena berlunjur dan tiada tempat bersandar. Macam-macam pengalaman juga sepanjang jalan padahal setakat naik bas. Sepanjang jalan adalah 3kali berhenti untuk ke tandas, perhentian pertama aku terpaksa rela pergi tandas walaupun memang tiada nafsu kalau tengok tandas tu, bayangkan semenjak tandas tu digunakan ia tak pernah kena siram air kecuali air kumbahan kecil dan besar (cukuplah bayangan tu). Kami memang sentiasa membawa 'bekalan' air sepanjang di China. Kali kedua bas berhenti memang tak sanggup langsung, tandas cuma ada sebatang longkang semua orang cangkung jelah depan longkang tu ramai-ramai, ada selera? Yeak! Haha.. Ada pula tengah jalan seorang ibu minta pemandu bas berhenti sebab anak dia nak memerut, pemandu hanya jerit suruh dia tadah plastik dalam tong sampah dan b***k dalam tu. Adoi la, terpaksalah kami menahan rasa mual memang ngeri weh! Akhir sekali berhenti di Xinjie sebuah pekan sebelum sampai ke Nansha. Kami ke sebuah guesthouse dengan selamba minta tumpang tandas, tak kisahlah walaupun hotelnya macam ala-ala berhantu yang penting ada sumber air dan bersih.

Perjalanan diteruskan ke Nansha-destinasi terakhir. Kami sampai lebih kurang jam 9.30malam, dalam keadaan sejuk tak tahu arah mana nak dituju dengan pemandu teksi yang cuba ambil kesempatan dengan para-para sakura eh, para-para pelancong tiba-tiba seorang rakyat cina (yang menaiki bas bersama kami) dengan baik hati membuatkan deal untuk semua orang dengan teksi untuk masuk ke Yuanyang. Kami pula 'terpilih' untuk naik teksi yang sama dengan mamat tersebut (sungguh aku tak ingat nama dia langsung) bersama pasangan suami isteri dari Argentina dan student (nama dia Christop) dari German yang buat twin program dengan universiti di Beijing. Disebabkan masing-masing kekeringan duit waktu kami minta ke ATM dulu tapi malangnya ATM tak boleh keluarkan duit malam tu, kami gamble je naik teksi sapu tu masuk Yuanyang adalah juga saki baki beberapa yuan untuk tambang teksi & guesthouse yang sepatutnya lebih dari mencukupi.

Akan tetapi sampai ke pintu masuk Yuanyang teksi berhenti di sebuah kompleks dengan guard tegak tepi gate. Mamat cina tu turun dan seperti berbincang-bincang dengan guard tersebut kemudian masuk ke dalam bangunan meninggalkan kami tertanya-tanya kenapa?? Dia muncul semula dalam 10minit kemudian bersama-sama guard tadi, sambil berbual mesra. Dia menyatakan kepada kami 100yuan perlu dibayar sebagai entrance fee. Haa?? tak tau la pula kena bayar nak masuk? Mana cukup duit, kami berdua dah 200Yuan. Tadi nak keluarkan duit ATM tak boleh guna. Lonely Planet tak bagitahu pun? Carian internet pun tiada satu pun yang mengatakan kena bayaran, tidak seperti Stone Forest walaupun mahal tapi tidaklah terkejut. Kami mula merasa suspicious. Mula berdiskusi sesama sendiri. Pasangan 'biniku gangster' (yang kami gelar sebab isterinya mamang ala-ala gangster, haha) mula berbalah. Fatt juga mula naik angin. Keadaan agak tegang dalam kesejukan malam musim sejuk. Kami di ajak ke dalam sebab tak percaya. Kami menjadi lebih marah bila mamat tu mengatakan dia guna kad student palsu untuk dapat diskaun 50%. Kalau benda macam tu dia boleh tipu, setakat kami ni mesti kelentonglah. Berani pula tu cadangkan kami meminjam duit biniku gangster, habistu bila masa pula kitorang nak bayar balik kat dia? Keadaan semakin tegang bila dia mula bertekak dengan Fatt, akhirnya kami setuju untuk berpatah balik dan bermalam di Nansha. Terpaksalah mamat tu ikut sekali sebab 1 van. Ada kebengangan di situ. Sampai di Nansha kerjalan lah kami dari 1 hotel ke 1 hotel mencari bilik, akhirnya jumpa. Bilik 3 katil cuma 60Yuan (sorang RM10). Aku & Fatt belanja si Christop sebab dia takde duit langsung waktu itu (ATM tak boleh keluarkan duit). Hampir tengah malam juga selesai semuanya. Terlalu penat (penat-penat pun masih sempat masak nasi!). Jadi, itulah kisah hari yang sangat panjang dan malam yang amat sejuk buat kami.

Tunggulah cerita sambungan pasal Yuanyang yang sangat cantik! Aku janji akan cuba taip selaju mungkin :) Jya!

Blogger Templates by Blog Forum