Entry Sampingan ~ Apakah Barang 'Your Must Have' semasa travel?

Assalamualaikum..
 
 
Tiba-tiba macam rajin, heee.. Ok, kali ni aku nak share 10 barangan yang mesti ada setiap kali aku travel. Selain barang-barang asas mcam baju, toiletries, tuala, kasut dan sebagainya, mesti ada barang-barang lain yang wajib bawa kan. Aku juga ada senarai sendiri untuk must have semasa travel walaupun kalau ikut hati toilet pun aku nak bawa, hehehe..
 
Here we go, my 10 must have list when I am travelling:
 
1. Pek ubat-ubatan (medicine pack)
Benda ni memang perkara pertama yang aku akan masuk dalam list. Segala macam ubat yang ada seperti panadol, ubat selsema, breathe right (sila sedia maklum benda ni bukan saja untuk dengkuran, juga bagus untuk selsema), ubat sakit tekak, ubat mabuk, ubat sakit perut, ubat cirit, arang (untuk keracunan makanan), ubat batuk (dalam bentuk pil), chi kit teck aun, counter pain (untuk muscle pain), bandage, tiger balm dan minyak cap kapak. Pek ini yang aku bawa tak kira masuk hutan ke, ke gunung ke atau travel. Ubat sangat penting bukan saja persediaan kalau tiba-tiba kita sakit, tapi kalau ke tempat yang agak terpencil, dan sakit di tengah malam, tidak ke susah nak cari di mana? Aku tak sanggup kalau tiba-tiba cirit birit atau demam di tengah malam dan kena tahan sampai pagi esok baru boleh cari jalan. Itu pun kalau ada pharmacy dan kalau dia buka kedai seawal 7pagi? Jangan lupa check exipry date selalu memandangkan tidaklah setiap kali travel kita akan jatuh sakit kan. Kalau korang nampak dalam pek aku tu pun ada sudu dan garfu plastik sebab sudu garfu besi confirm la kene rampas kalau bawa naik kabin (aku sangat jarang beli luggage memandangkan charge luggage sekarang melampau mahalnya. Kadang-kadang sorang beli luggage share lah berdua ke bertiga.)


2. Segala mak nenek barang keperluan electronik (Electronic devices pack)
Charger kamera, charger handphone, 2 point USB multicharger, universal adapter,  3 gang of 3 pin extension, power bank dan paling penting 2-3 pasang kabel. Kalau segala macam charger di bawa, tiada kabel pun tak guna :). Dalam pek aku tu juga ada kompas kiblat.



 Iye, aku bawa 2 powerbank. Sila pastikan penuh sebelum travel. Kalau tak berisi pun baik tinggal di rumah saja
3. Sewing kit
Benda ni perlu dibawa bila travel. Tak tahu bila baju/ seluar/ tudung akan terkoyak, kadang-kadang kalau terkoyak kecil je, tapi kalau di biar boleh merebak dan membesar. So pack lah beberapa benang perlbagai warna, jarum, pin dan butang barang sepasang dua. Jangan bimbnag, tak menambah berat pun benda ni

4. Tumbler atau termos
Aku memang bawa ke mana-mana, terutama kalau winter. Sangat penting, bayangkan minum minuman coklat panas di kedinginan musim salju di mana-mana saja secara percuma. (jangan pula lupa bawa 3 in 1 ye). Jangan kedekut untuk beli termos yang mahal sikit sebab memang investment yang berbaloi-baloi. Bukan tak boleh nak beli termos cap ayam di tesco yang 1ltr harganya cuma RM19.90 tapi di Malaysia saja air panasnya bertahan beberapa jam kalau di musim sejuk bersuhu -8 korang rasa berapa minit je air tu panas? Aku pakai yang berjenama Thermos, tahan 2 hari ok. Kapasiti 500ml sudah mencukupi, tapi kalau nak usung yang 1ltr pun tak salah, korang sendiri yang usung. :). Pilihlah termos yang penutupnya boleh menjadi cawan, senang nak minum. (ada model yang penutupnya nipis sahaja, nak minum kena cari cawan pula, kan dah payah nak ada tambahan cawan pula dalam list)

5. Botol air
Ini juga penting sebagai sumber air msak, boleh juga berjimat sebab tak perlu beli air mineral. Penting tau memastikan kita dapat minum yang cukup supaya kekal cergas, pantas & tuntas semasa travel. Kebanyakan hostel menyediakan water dispenser yang mana air masak boleh di refill sebanyak mana yang korang suka. Di China, merata-merata boleh dapat sumber air panas juga. Di airport juga biasanya selepas memasuki dewan untuk berlepas (boarding hall) kebiasaannya ada water dispenser. Isi saja botol air boleh bawa naik flight. Dah jimat tak perlu beli air di atas flight.

6. Small backpack
Kalau boleh yang foldable, mudah untuk di bawa, cuma lipat dan jadi kecil & tak makan space dalam beg. Juga tak berat. Biasanya yang foldable ni saiznya kecil saja. Dalam 10-15 liter. Sesuai untuk daypack. Backpack kecil ni senang untuk isi segala barang untuk kemana-mana. Tidaklah kena bawa sling bag (kalau aku) besar gedabak segala benda nak di sumbat, macam aku bawa air panas, air masak, jajanan dan juga bekalan makanan kalau ke tempat yang susah mencari makanan halal. Beg ni aku beli di Sapa, USD8 sahaja. Sangat berjasa. Aku pikul beg ni je naik Kinabalu. Boleh isi macam-macam.  


7. Tisu basah (wet tissue)
Walaupun benda ni nampak remeh, tapi kebanyakkan negara bukan Islam tidak menyediakan sumber air di dalam tandas. Selain membawa botol air mineral kosong, aku juga membawa tisu basah. Kalau di China mungkin makcik cleaner tak kisah bila kita isi air dalam botol, bawa masuk sumber air dalam tandas, tapi kalau ke negara mat salleh contohnya macam Australia, semua orang pandang-pandang dan kalau ternampak dek makcik cleaner, tadah jela telinga dengar bebelan. Kalau boleh mereka tak nak ada setitik air pun atas lantai tandas mereka -_-

8. Selipar
Selipar juga sangat penting terutama kalau menginap di hostel. Walaupun kadang-kadang aku book bilik private, tapi ada juga yang private tapi tandas tetap on sharing basis. Disitulah peranan terpenting selipar. Kalau pun toilet juga private, aku lebih selesa berselipar di dalam tandas daripada berkaki ayam. 1 lagi kalau travel waktu winter, kadang-kadang lantai di hostel cuma berlantai simen berjubin sejuk beku. Nampak kepentingan selipar di situ? Pilihlah selipar yang ringan ye.

9. Fly sheet
Benda ni juga nampak macam, hah? flysheet?? Penting juga di bawa ke mana-mana. Untuk alas bersolat di serata kawasan, tirai tandas di China yang tak berpintu dan berdinding separuh itu, alas berkelah di taman, alas tidur kalau katil ada bedbugs, jadi baju hujan, tirai kalau tiada pilihan kena salin pakaian di tempat awam dan macam-macam lagi lah.

10. Multipurpose plastic
Selain digunakan untuk bungkus baju kotor, ia juga digunakan untuk macam-macam kegunaan. Untuk buang sampah, bungkus kasut kalau ke tempat yang kena buka kasut, bungkus makanan dan macam-macam lagi. Juga sangat berguna untuk yang mudah mabuk tu dalam perjalanan naik bas berjam-jam melalui jalan macam ular kena palu.

Aku guna plastik ni saja, saiz sangat compact. Tak mudah koyak juga. Ada 75 keping segulung.

So far, itu sahaja senarai barang yang penting untuk aku. Bagaimana dengan korang?



9 comments:

    Alamak.. Arang tu camana? Arang yg buat bbq tu ke?

     

    extension tu sgt berguna! ahaks.

     

    menarik pula extension and multipurpose plastic.

    festaim jumpa arang ms cirit birit awal thn hr tuh. betul berkesan. hehe

     

    syieda, arang tu boleh juga, tapi jgn ler telan yg tu, klu terdesak boleh ler. Kt guardian/Watson/pharmacy ada jual arang yg dah dlm bentuk pil, senang nak telan, takdelah rasa arang pun kat lidah

    John, yup extension tu mmg berguna sangat

    AjlaA, sila lah masukkan dalam list awak lepas ni :)

     

    gunalah barang tesco =) .... dlm byk2, flysheet tu plg penting kalau takde pintu jamban oi..hahahhaaaaa

     

    tak pernah terfikir nak bawa set sewing tu sebelum nie...boleh masuk dlm list lepas ni

     

    list ko ni sgt membantu..
    thanks!!..:)

     

    Salam .Hee good idea.

     

    Salam .Hee good idea.

     

Blogger Templates by Blog Forum