Trip DownUnder ~ Great Ocean Road (Part 2)

Assalamualaikum..

Sambungan dari GOR Part 1.

Masih lagi hari yang sama. Kami segera meninggalkan Anglesea menuju ke Apollo Bay. Di tengah jalan kami singgah di Point Roadknight dan kemudian di Urquhart Bluff. Beberapa minit kemudian kami sampai ke Split Point Lighthouse. Pada musim sejuk (May - Oktober) kalau bernasib baik boleh nampak ikan paus. Tapi kami ke sana musim bunga takde maknanya nak nampak paus.  15 minit memandu dari Split Point kami sampai di Great Ocean Road Memorial Arch. Ia dibina sebagai tanda peringatan kepada askar-askar yang pulang dari berjuang kemudian membina pula Jalan Laut Hebat ini. Singgah kejap ambil gambar kemudian meneruskan perjalanan menuju Lorne. Kami singgah di visitor information centre. Saja berhenti meregang-regangkan kaki dan pinggang. Macam biasa mengutip segala pamplet dan booklet yang ada (padahal kat Sydney buang je kebanyakannya sebab berat!). Lepas memetik beberapa gambar, pemanduan di teruskan ke Apollo Bay.
 
Point Roadknight Lookout
Urquhart Bluff Beach
Berlompatan di tepian pantai
Split Point Lighthouse. Nampak tak kat belakang tu asap berkepul-kepul? itu bush fire. Kat OZ memang selalu terjadi bush fire sebab cuaca yang kering
Memorial Arch
Sila patuhi hadlaju. Tetiba aku jadi pemandu yang sangat berhemah di sini :P
Sepanjang jalan akan sentiasa teringatkan percutian pulau! rasa macam nak terjun laut jam tu juga. Cuba..cuba.. kalau berani... hehehehe
Pekan Lorne

Sejam meninggalkan Lorne kami sampai di Apollo Bay. Macam biasa, Visitor Information Centre tempat dituju. Masing-masing berebut menunaikan hajat kecil dan besar. Cuaca nampak sangat cerah, nak buka mata pun payah, tapi sejuknya sampai ke tulang. Kami bentang tikar di bawah pokok kemudian alih ke bawah matahari. Sekarang baru tau perasaan mat salleh yang suka sangat berjemur. Sejuk!! Terketar-ketar makan. Jamilah siap letak tangan atas boot kereta nak panas punya pasal. Tapi pelik betul mat salleh yang lalu lalang hampir semuanya separa bogel. Ada yang baru keluar dari laut, baru lepas surfing. Tak sejuk ke deme ni?? Kulit biawak betul.
Lunch yang agak mewah hari itu. Nampak tak si Jamilah kat belakang tu cuba mencari haba
Gigih mereka belajar surfing sejuk-sejuk tu
Lagi gambar dari sepanjang jalan. Tidak semua bahagian GOR berada di tepi pantai. Ada juga lalu kawasan hutan dan padang rumput.
Lembu pulang petang

Lebih kurang sejam di situ kami bergerak menuju ke 12 Apostles. Hajat di hati aku nak singgah Otway National Park. Teringin nak jalan dalam giant fern gully. Tapi kami mengejar masa, singgah mana yang perlu dulu. Lebih kurang jam 4.45petang kami sampai di 12 Apostles. Ternampak beberapa helikopter di udara dan kawasan menaiki helikopter terletak berhadapan dengan tempat letak kereta. Kalau korang ada bajet lebih boleh la naik helikopter untuk melihat 12 apostles dari udara. Aku tak mampu! Dari tempat parking kena berjalan dalam 5-10 minit ke lookout platform. Dari kejauhan sudah kelihatan struktur batuan kapur yang megah berdiri di tepi pantai. Di bahagian kanan dapat di lihat 7 struktur dan di sebelah kiri ada 2, menjadikan keseluruhannya 9. Mana lagi 3? Aku rasa lagi 3 dah terhakis dek ombak. Kejadian 12 apostles juga disebabkan hakisan ombak ke atas tebing sedia ada. Lama kelamaan tidak mustahil struktur yang terbentuk disebabkan hakisan ini akan habis juga di hakis ombak sebagaimana kejadiannya. Jadi cepat-cepat lah melawat Great Ocean Road sebelum semua tarikan semulajadi ini musnah. Tapi, berkemungkinan juga lebih banyak apostles akan terbentuk tapi tak tahu lah berapa lama sebab proses ini memakan masa beratus malah berjuta tahun.
Helikopter untuk melihat 12 Apostles dari udara. Rasanya AUD200++. Tak sure sebab tak nak naik pun.
Kami di hadapan 12 Apostles entrance signage
Another 2 apostles on the left
Toilet

Dari 12 Apostles, kami menuju ke London Bridge/Arch. Kejadian struktur ini juga sama seperti apostles melalui hakisan ombak ke atas tebing batu kapur. Dulu London Arch ni ke panggil London Bridge tapi pada tahun 1990, the main arch yang menghubungkan arch kedua dengan tanah besar runtuh membentuk pulau baru yang sekarang di panggil London Arch. Semasa kejadian mujur tiada kemalangan jiwa, tapi 2 orang terperangkap di atas 'pulau' yang baru terbentuk. Kemudian kami singgah di Grotto & Bays of Island dan seterusnya bergegas ke destinasi hari itu ~ Warrnambool.
London Arch. Dulu ia bersambung dengan main land
Penerangan bagaimana terjadinya Grotto. Asasnya tetap sama- hakisan angin dan ombak. Cuma rupa yang terhasil berlainan

Kami di dasar Grotto
Bay of islands

Kami tiba di Warrnambool lebih kurang jam 8 malam. Waktu ini siang lebih panjang. Jam 8 malam masih terang macam pukul 6.30 petang. Tapi walaupun baru jam 8 malam dan masih terang, suasana dalam pekan/ bandar macam di landa garuda. Macam tiada tanda-tanda kehidupan di luar rumah. Bagus juga, sekurang-kurangnya kami boleh berehat dengan aman tanpa memikirkan mau keluar berfoya-foya di waktu malam pula. hehehe...
Pekan Warrnambool. Tiada tanda-tanda kehidupan..

Huish.. macam dah panjang sangat entry ni. Aku sambung lagi dalam entry akan datang yek. Kami akan masuk kawasan hutan pula esok. Jya!

3 comments:

    pukul 4.45pm kat 12 apostles langit masih biru? subhanaallah sgt cantekkk! aritu aku pegi pukul4.45 ptg tu dh mcm nk masuk waktu mggrb dah tggu nak hujan je. nice nice!

     

    gambar semua cantik..

     

    Henry Fox,
    yup, pkl 4.45 mmg masih terang benderang, sampai pkl 8 pun terang lagi. Yup mmg cantik,masyaAllah! kitorang masing2 nganga sampai mulut jatuh

    DAtT,
    Thanks

     

Blogger Templates by Blog Forum