Trip DownUnder ~ Perjalanan ke Phillip Island

Sambungan dari Part 2

Hari kedua 11 Nov 2013

Masih lagi di Melbourne. Selesai menunaikan kewajipan pagi, kami bersiap dan sarapan ala kadar apa yang ada kemudian check out lebih kurang jam 8 pagi. Kami masih lagi tertanya-tanya macam mana nak beli tiket tram sebab di stesyen tiada kaunter atau mesin membeli tiket, kami tanyakan orang yang ada bersama menunggu tram, tapi mereka juga tak tahu sebab mereka menggunakan kad pra bayar yang di panggil myki. Tapi cuma nak naik sekali ni saja takkan nak beli myki. Kad boleh dibeli dikebanyakan convenient store macam 7 eleven. Kalau tak silap isian minimum adalah AUD5, kad lain harga (aku tak ingat berapa). Hmmm.. kami gamble saja naik, aku tanya pemandu, dia tunjuk mesin tiket dalam tram tu. Oooo.. ada mesin dalam tram, kami segera mendapatkan mesin tersebut, hmmm.... sekarang, macam mana pula nak beli tiket? melihat kami termanggu-manggu depan mesin tu, adalah seorang manusia yang baik hati menerangkan macam mana nak guna.'thanks!' Tiket paling murah adalah AUD4 untuk unlimited ride selama 2 jam. Disebabkan stesyen yang kami nak turun dekat sahaja dan kami berlapan, jadi bila sampai tiket ke 4, sudah sampai stesyen untuk tukar tram ke arah berlainan "macam mana ni?" "ah! belasah, turun jelah, takkan tak turun pula dah sampai, beli kat tram satu lagi karang" Dalam tram seterusnya, mesin rosak pula! Kami tawakkal saja. Memang agak mencemaskan. huhuhu... Sebenarnya pemandu tidak akan periksa tiket, hanya akan ada pemeriksa yang bertugas naik tram secara random dan memeriksa tiket juga secara random. Jadi kejujuran adalah kuncinya. Kami dah cuba sedaya upaya, tapi nak buat macam mana, tak tahu nak kata rezeki ke bala. Alhamdulillah tak jadi apa-apa.
Menunggu tram datang. Mesin yang ada tu untuk top up Myki sahaja

Lebih kurang 8.30 kami sampai di hadapan Hertz untuk mengambil kereta. Mujur sampai awal, jika terlewat 5-10 minit barisan dah panjang sampai ke tingkat bawah. Lama juga urusan di kaunter, jam 9.30 pagi baru dapat kereta. Kami menyewa 2 buah kereta kategori standard- Toyota Corolla. Memang berdebar-debar juga nak memandu di sini. Lesen memandu? Lesen memandu Malaysia di terima pakai di Australia. Masalah bahasa? Pergi ke JPJ, katakan sahaja mahu translate lesen, isi borang, bayar RM10, translation siap dalam masa kurang 30minit, tamat tempoh untuk translation itu mengikut kepada tempoh lesen. Tak perlu membazir apply international driving licence yang berharga RM150 setahun.
Kami dengan 2 buah kereta

Destinasi hari itu adalah Phillip Island - tujuan utama untuk melihat penguin parade. Disebabkan penguin parade ni hanya berlaku di waktu maghrib nak ke malam sewaktu penguin pulang petang, maka kami singgah dahulu di Belgrave melihat puffing Billy si keretapi stim yang mempunyai nilai sejarah untuk Melbourne. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Puffing Billy termasuk sejarahnya, jadual perjalanan, bayaran, stesyen dan sebagainya boleh tengok sini. Disebabkan hari itu hari Ahad, sungguh ramai homo sapien yang datang apatah lagi banyak aktiviti yang diadakan kebanyakannya (semua kot) untuk kanak-kanak. Kami memang plan tidak akan naik keretapi tersebut cuma mahu melawat kawasan saja, jadi selepas bergambar-gambar kami meneruskan perjalanan ke Philip Island. Dalam perjalanan kami singgah di kawasan perkelahan di tepi tasik. Dapat jugalah bergulingan bagai.
Menuju ke Belgrave
Itulah rupanya the puffing Billy. Tapi yang ini menggunakan kepala keretapi Tom, watak kartun kanak-kanak yang popular tu. Aku rasa hari itu ada promosi Tom & Friends sebab tu guna kepala keretapi ni
Aku pun tak ingat apa nama tempat berkelah ni

Kami meneruskan perjalanan. Berhenti lunch ringan di R&R, jalan lagi. Lebuhraya di sana tidak seperti di Malaysia, di sana sangat straight forward dan agak membosankan. Apa yang aku nampak, di sana macam sangat kurang gunung ganang, pemandangan semuanya flat land, saujana mata memandang. Padang rumput sejauhnya. Peringatan- sila jangan memandu melebihi had laju yang dibenarkan. Jika had laju adalah 40km/j, semua orang akan memandu paling laju 40km/j. Sangat jauh attitude pemandu Malaysia kalau nak di bandingkan dengan atttitude pemandu di sana. Kami singgah pula ke Maru Koala & Animal Park. Sedang kami bergambar-gambar di pintu masuk ada 2 orang memberikan makanan haiwan sebab mereka tak jadi nak masuk. Kami sambung bergambar-gambar, di pintu masuk tertera entrance fee $12, so berkira-kira tak payah la kot, nanti kita tengok kangaroo liar saja lah. hahaha.. eh, tapi mana lagi 3 orang? dah masuk ke? ke tandas ke? kami pun menunggu di luar. Hari itu cuaca panas yang agak terik tapi angin tetap sejuk. Berebut juga nak duduk bawah shade. Mana diorang ni? Lama juga kami menanti, akhirnya nampak kelibat 3 manusia yang di tunggu. "Korang dah masuk ke?" "ha'ah, ingatkan korang ikut belakang." "Tak jadi, macam sayang duit je, korang bayarlah $12 tu?" "erk, kena bayar ke? kitorang masuk selamba kodok je..kat depan tu memang ada orang jaga, tapi tak pula tahan ke apa, kitorang tak perasan la pulak kena bayar" "maybe sebab korang bawak makanan yang orang tadi bagi tu kot" huhuhu.. rezeki ke apa ni?! dapat masuk free.
Antara pemandangan menuju Phillip Island
Maru Koalas & Animal Park
3 manusia ni la yang bertuah tu.. huhu.. *Ini dari kamera Jamilah*

Kami sampai di hostel The Island Accommodation lebih kurang 3.30 petang. Aku dah book 2 bilik untuk 4 orang sebilik. Kami berehat-rehat sebentar, menunaikan kewajipan, membuang apa yang patut, kami keluar semula terus menuju ke tempat Penguin Parade untuk mendapatkan tiket. Oh ya, kalau korang sampai ke Melbourne dan nak ke Phillip Island ni sendiri (bukan tour) tengok-tengoklah kat receptionist hostel/hotel korang ada tak discount card untuk mana-mana tempat tarikan. Kadang-kadang ada juga dalam buku visitor guide yang ada banyak di visitor centre. Kami menggunakan 25% discount card yang kami dapat dari hostel All Nation Backpackers pagi tadi. Untuk 3 parks pass (Penguin Parade, Churchill Island & Koalas Conservation Centre) harganya AUD37.50 jadi hanya perlu bayar AUD28++ dan dapat pula kupon diskaun 50% chocolate factory. Phillip Island ada banyak attraction, boleh baca info kat sini. Tiket pass ni hanya sekeping kertas nipis, jadi sila simpan elok-elok jangan sampai tersalah letak lepas tu tak ingat mana, terbuang, tercicir atau terkoyak. Untuk pass Penguin Parade ia sah digunakan pada hari yang sama sahaja manakala untuk Churchill Island dan Koala Centre sah sehingga 6 bulan dari tarikh di beli. Jadi kalau agak-agak korang nak datang lagi untuk tengok attraction yang lagi dua tu dalam masa 6 bulan lagilah kena simpan tiket tu elok-elok. 3 pass sekali print atas sekeping kertas. Kami akan ke Churchill Island dan Koala Centre esok pagi sebab waktu tu dah petang tempat-tempat tu semua dah tutup pun.
The Island Accommodation
Senarai harga pakej-pakej penguin parade

Cerita pasal Phillip Island akan di sambung dalam entry akan datang ye. Jya!

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum