Wisata ke Jawa Timur [Part 2] : Kawah Ijen

Assalamulaikum..

Jom sambung entry Part 1. Lepas cubaan mengejut Fatt tak berhasil aku sambung balik tidur. Jam 3 pagi alarm sekali lagi berbunyi, aku biarkan snooze sekali dua baru bangun. Alahai sejuknya nak mandi, makanya mandi bujang lapok jela, nasib baik aku dah mandi bersungguh sebelum tidur 5 jam yang lepas. heee... Siap 'mandi' aku kejut Fatt, dia pun sama 'mandi' macam aku gak. Jam 4 pagi pintu bilik di ketuk untuk wake up call. Apa daa, patutnya wake up call biarlah 1/2 jam awal boleh pulak kata nak gerak jam 4, kejut pukul 4 jugak. Nasib baik kitorang ni idak le nak menepek bedak seinci. Sarapan yang dihidang ala kadar, sebiji telur dan roti yang disapu margerin dan ditabur choc rice. Kami sampai di kaki ijen lebih kurang jam 5 pagi. Waktu itu keadaan sudah mula samar-samar jadi kegigihan membeli lampu suluh semalam sebenarnya tak di[erlukan langsung. Kami mula melalui jalan mendaki yang keadaannya sangat berdebu dan licin. Jadi kalau nak datang sini, sila pakai kasut yang sesuai lagi berbunga tapaknya lagi bagus. 2-3 kali aku terduduk semasa turun nasib baik tak berguling turun sampai bawah. Perjalanan mendaki sejauh 3km sepatutnya mengambil masa 1-1 1/2 jam tapi kami mengambil masa sedikit lama kerana tak biasa bersenam dalam cuaca sejuk dengan udara yang nipis (alasan je padahal dah 2 bulan kot aku tak pergi trekking, hehe).
Inilah rupa paras jalan yang wajib di daki

Semakin tinggi pendakian pemandangan semakin cantik. Dan matahari juga mula memunculkan diri, keadaan semakin terang jadi sudah terang lagikan bersuluh. Ramai juga yang memintas kami, ahh pedulikan semua itu, yang penting sampai. Bila dah kepenatan semestinya perut mula minta di isi, apatah lagi ku sangkakan si Fatt punya beg yang nampak gemuk empat segi dan berat tu mesti bawa kek coklat tapi hampa dia bawa Lonely Planet! Adehh... Dari keadaan sekitar yang berbelukar beransur-ansur kepada suasana hijau semakin ramai pekerja-pekerja yang lalu memintas kami. Mungkin shift pagi atau mungkin sudah trip yang ke berapa semenjak malam tadi, kami tidak tahu. apa yang dapat aku perhatikan, mereka terpaksa membanting segenap tulang empat kerat demi mencari rezeki. Muatan penuh yang di pikul adalah seberat 80-100kg.
Pusat pengumpulan sulfur/ belerang. Ada 1km lagi dari sini untuk ke kawah Ijen. Berusahalah!! hait! hait! Ganbarimasu!!!
Semakin menghampiri
Para pekerja membawa bakul kosong naik ke kawasan kawah dan akan turun sarat dengan muatan
Pertama kali aku nampak kawah ijen depan mata, subhanallah, masyaAllah! Ketika ini matahari baru menampakkan diri
Nampak sahaja kawah Ijen, hati memang sangat excited. Sungguh tuhan itu maha besar. Namun kami terpaksa 'menyeberang' ke sebelah sana untuk melihat kawah ini dengan lebih jelas lagi. Kebetulan hari itu angin sangat kuat jadi untuk menyeberang kawasan yang seperti padang pasir itu agak menakutkan bila-bila masa saja boleh melayang masuk dalam kawah di tolak angin lintang. Kami gagahkan juga menyeberang takkan nak duduk belah sini je penat kot aku naik takkan nak duduk kat situ je. Kami terus ke tempat paling ramai manusia melepak, the spot with the best view. Ada juga Mat salleh yang pejadahnya siap posing guling-guling kat tepi lereng, kalau jatuh alamatnya rentungmati kering mengalahkan ikan masin. 
Perlu menyeberang kawasan angin lintang di sini. Mereka melaluinya dengan muatan 80 - 100kg
Berjaya menyeberangi
Nun di bawah berhampiran dengan kawah tempat mereka mengumpul sulfur. Korang boleh rujuk link yang Fatt bagi dalam blog dia
 Thanks Fatt for this picture. Sukee!!!

Selepas 2 jam lebih kami mula beransur. Berat juga hati nak meninggalkan Ijen, ntah bila boleh ke sini lagi. Perjalanan turun mengambil masa 1 jam, kalau pakai kasut grip confirm lebih cepat. Sesiapa yang nak ke sini dinasihatkan memakai kasut berbunga/bergigi. Lagi bergigi lagi bagus kerana condition tanah yang peroi menyebabkan mudah tergelincir sewaktu turun. Kalau ada yang alah dengan debu/ habuk sila bawa mask sebab memang berdebu terutama semasa angin lintang tiba-tiba. Sampai di bawah, kami membersihkan diri ala kadar dan kemudian meneruskan perjalanan seterusnya ke Bromo. Haish, terpaksa sekali lagi menempuh jalan yang dilalui malam tadi tapi dalam keadaan terang dan menurun perjalanan menjadi lebih cepat.
Latar belakang awan guling
Kami membeli sulfur bentuk kura-kura dari pakcik ini sebagai sourvenir, cuma ada 2 ekor so dapat la sorang satu takyah berebut 2 orang ni
Rear elevation of Fatt
Berehat sebentar
Depan pakcik ni la aku tergolek =.=
Ijen dari kejauhan. Sampai jumpa lagi

Since entry lepas takde gambar, kali ni aku tepek banyak-banyak, tengoklah sampai boring. Lain kali aku sambung pasal Bromo pula. Nantikan pemandangan yang bagaikan lukisan dalam studio. Jya!

3 comments:

    wahh..bestnya leh jln2 ngn fatt!! gi mana lgi pasni??

     

    awk tergolek dpn pakcik tu jugak ke?? hahaha :))

     

    Zila, selalu jugak dah jenjalan ngan fatt, nk tau lepas ni ke mana tunggu entry hjg bulan depan yek :)

    Fatt, awak pun tergolek depan pakcik ni ke?? heeeee...

     

Blogger Templates by Blog Forum