Rindu Pulau

Aku tengah sangat gian nak masuk pulau sekarang. Ever since kawan kenalkan aku ke pulau pangkor pada 2008 sekurang-kurangnya 2kali setahun aku mesti masuk pulau. Mulanya aku agak takut-takut nak masuk dalam laut tu rendam muka dalam air tapi sudahnya aku yang terlebih ketagih. 2009, Mac aku ke Kota Kinabalu, April ke Redang, May kawan kenalkan aku pada Pulau Kapas dan Julai aku ulang ke Kapas untuk candat sotong pula. 
Pangkor 2008~ Inilah pertama kali dalam hidup tengok ikan live dalam laut bukan dalam national geographic
 
Redang 2009~ 1st time ditenggelamkan ke dalam laut
 May 2009~ 1st time masuk pulau Kapas
 July 2009~ Pengalaman mencandat sotong sepanjang lengan sambil muntah hijau! haha

April 2010, aku yang baru masuk kerja 2 minggu selamba apply cuti 6 hari ke Mabul membawa ke Kota Kinabalu. Later on May aku ke Kapas lagi dan lagi dalam bulan berikutnya bersama ain. Lepas tu ain pun ketagih nak masuk pulau gak.
The beauty of Mabul
Manukan Island, Kota Kinabalu Sabah 
Another trip to Kapas Island
and another one!

Tahun lepas 2011, seawal February kami dah masuk Pulau Selingan di Sandakan walapun aktiviti utama adalah untuk menonton penyu tapi digagahkan juga menyelam snorkel dalam air yang sedalam lutut tu punyalah nak sangat masuk laut. Awal May aku dan ain ke Koh Lipe, Thailand sempena cuti hari buruh dan penghujung May aku organize site trip ke Pulau Sibu, Mersing. Kali terakhir aku masuk pulau adalah julai tahun lepas ke Pulau Perhentian disebabkan rancangan ke Taman Negara terpaksa dibatalkan dan aku cepat-cepat come out with replacement plan masuk pulau.
Short visit to Selingan Island. Acara snorkeling jadi acara sampingan jek
Koh Lipe, Thailand
Sibu Island, Mersing
Perhentian Island, Terengganu, can you spot the shark?

Setiap kali ke Terengganu aku akan drive melalui Kemaman ~ Dungun ~ Jeti Marang (kalau ke Pulau Kapas) ~ Kuala Terengganu ( Pulau Redang) ~ Kuala Besut (untuk ke perhentian). Memang aku sanggup lalu jalan pantai yang jauh tu sebab aku enjoy tengok keindahan alam tambahan pula senang bila-bila masa je nak pull over kalau tetiba rasa nak berhenti untuk panggilan "alam", bergambar & ambil gambar, shopping, makan (especially I can't resist the fresh taste of keropok lekor!) dan sebagainya.
Freshly made local's keropok lekor can easily found along the way (coastal road) from Cherating, Pahang to Terengganu
 Boleh singgah stadium runtuh Kuala Terengganu
 Boleh juga tumpang bergambar kat buaian belakang rumah orang
Atau singgah mana-mana pantai, untuk kes ini pantai Kemasik

Hush.. gigih aku korek gambar berkepulauan sambil letak link entry lama weh. Keinginan nak ambil lesen diving memang sangat-sangatlah menggunung tapi sampai sekarang masih tak berkesempatan. IsyaAllah kalau diizinkan Nya seboleh0bolehnya akan dilangsaikan tahun ini juga. Wahhh!! sungguh aku rindu pulau!

P/s: sekarang ada matta fair di Kuala Lumpur Convention Centre sampai ahad ni or boleh view virtual travel fair kat sini

3 comments:

    heee..
    amekla lesen diving..mmg heaven bler ader kat dalam laut..ble maen kejar2 ngan nemo =D

     

    Pulau Kapas nmpk menarik pulak ... ada lg ke resort kt pulau tu?

     

    sharip, memang nak amek, tapi belum ada peluang lagi :((

    nana tron, pulau kapas ni simple je, biasanya orang ke sana nak candat sotong.. kat sana tak sure resort ada ke tak, macam ada sebuah, tapi chalet & camping site memang ada

     

Blogger Templates by Blog Forum