KL ~ Siem Reap an Overland : Bangkok (Part 3)

Episod yang lepas boleh refer sini

Sekali lagi pagi itu kami ber sunrise di dalam keretapi. Train lewat 2 ½ jam dari waktu dijangka tiba, kami sampai ke bumi Bangkok lebih kurang jam 8.30 pagi dan bergegas aku mencari arah untuk lokasi hostel kami. Aku dah siap booking @Hualampong Hostel melalui hostelworld dan pemilihan hostel ini disebabkan faktor lokasinya yang hanya 5minit berjalan ke stesyen keretapi dan stesyen MRT cuma seberang jalan. Kenapa aku nak dekat dengan stesyen keretapi? Sebab utama kerana keretapi ke Aranyaprathet jam 5.55pagi dan tiket tidak boleh dibeli in advance. Setelah bertanya di information counter, kami menuju ke arah yang ditunjukkan. Kami belum dibenarkan check in, maka berkeputusan untuk tinggalkan beg di hostel dan mandi (TB20) di stesyen keretapi sebelum meneruskan plan hari ini.
 Sekali lagi berpagian di dalam keretapi
Good morning Bangkok!
Cuci-cuci keretapi
On the way to Ayutthaya (mamat kat belakang tu agak hot hokeh!)

Selesai mandi manda kami membeli tiket ke Ayutthaya (TB20), destinasi untuk hari ini. Ayutthaya is an Ancient City reconised as one of the Unesco world heritage site since 1991. Terdapat banyak tinggalan temples (masih digunakan) dan Ayutthaya merupakan salah satu bandar yang terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda Thailand tahun lepas. Geographically Ayutthaya dikelilingi oleh 3 batang sungai yang membentuk sebuah pulau di daratan. Ada beberapa cara untuk ke Ayuthhaya selain keretapi, korang boleh naik minibus dari Victory Monument BTS station (TB70 dengan waktu perjalan 1-1/2 jam bergantung kepada trafik). Untuk option pengangkutan lain, boleh tengok kat wikitravel ni

Sebenarnya ikut itinerary asal hari ini selain ke Ayutthaya kami nak singgah ke Summer Palace dengan turun keretapi di station Bang Pa In, tapi sebab ketibaan keretapi delay, maka terpaksa batalkan Summer Palace. Waktu berlepas jam 10.05 pagi tetapi seperti biasa train delay lebih kurang 40minit. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 ½ jam kami sampai di Ayutthaya lebih kurang jam 1pm. Seperti biasalah, bila pelancong datang mesti pemandu tuk tuk berebut² mendapatkan customer, kami di sapa oleh seorang pemandu pelancong berdaftar untuk membawa kami sekitar Ayutthaya. Persetujuan dicapai untuk visit selama 4jam termasuk hantar dan tunggu kitorang pergi lunch untuk TB500 seorang. Aku tau agak mahal tapi sebab dia bukan bawak tuk tuk tapi bawak avanza dan kami nak cuba cover sebanyak mana tempat yang boleh dalam waktu yang singkat tu. Dengan hari yang sangat panas dan jarak antara satu tempat ke satu tempat yang agak jauh memang keputusan mengambil kereta ber aircond dirasakan sangat berbaloi (ayat nak sedapkan hati padahal takde hal nak berpanas dengan tuk tuk, kalau masuk pulau tu boleh pula berendam sampai hitam rentung kan, ahh tak kisahlah janji bajet aku tak lari). Tetiba aku jadi puteri lilin ek hehehehe.. tapi panas di Thailand dengan panas di Malaysia sangat berbeza, panas di sana sangat terik dan mencucuk kulit, macam 2X panas di Penang.
 
Kami berlarian dari satu bayang ke satu bayang bangunan :P
Lepas beberapa temples (aku dah lost count berapa banyak sebab memang banyak dan ada yang kami skip je daripada list yang pemandu tu bagi) kami minta driver bawa ke tempat makan. Mula² dia turunkan kitorang kat restoren yang katanya biasa masak untuk muslim, tapi bila kami tinjau² menunya ada pulak lembu kaki pendek tu. Tukang masak cuba yakinkan kami diorang boleh masak vegetarian food, no meat, kami cuba terangkan tak boleh sebab equipment dia dah guna untuk masak benda² haram tu dan kami terus tinggalkan kedai tu sebab tuan kedai macam tak mau faham apa maksud sebenar halal tu. Driver tu nak tak nak kena la follow kitorang blah kan dan kami decide makan jelah jajan² yang ada dulu nanti carilah apa² yang boleh di makan. Alhamdulillah on the way to the next temple tiba² driver tu tunjuk² kat satu kedai makan tu ada logo halal ‘that one can?’ ‘yeah!! Here! Here!’ kami sungguh excited jumpa kedai makan muslim sebab lapar tahap kebulur, sempat juga tumpang solat kat kedai tu, syukur Allah permudahkan urusan kami. Lama juga kami di kedai makan tu sejam la juga dan kemudian kami ke 1-2 lagi temple sebelum menamatkan temple exploration untuk hari itu. Lebih kurang jam 4petang kami sudah pun berada di stesyen keretapi Ayutthaya untuk kembali ke Bangkok.
Dalam keretapi on the way back to Bangkok, minah ni parking depan pintu bungkus kuih lepas tu terus pi jual
Selamba gila lepak² beberapa kaki sahaja daripada landasan

Sementelaah menunggu, sempat bersiar-siar (bersiar lah sangat) sekitar stesyen dan sempat juga berborak dengan penumpang yang dalam keretapi nak ke Chiang Mai (pakcik dalam gambar di atas), dia sangat excited bila mengetahui kami dari Malaysia, siap cerita pasal Dr Mahathir sampaikan keretapi dah bergerak pun masih nak bercakap sampai nak terkeluar dari keretapi. Lebih kurang 1 ½ jam kemudian kami selamat sampai ke Bangkok dan dibenarkan check in.
 View dari bilik kami, boleh nampak hualampong train station & hualampong MRT station (picture sumbangan cik Ezu).
Ini plak view pada waktu subuh kala

Bilik kami berada di tingkat 5 humang aih jenuh nak kira anak tangga sambil pikul panda nak sampai bilik. Wah, rasa lamanya tak jumpa katil! Kami booked bilik untuk 4 orang maka akan ada seorang roommate lagi.  Masa kami masuk dia dah check in lebih awal tapi takde dalam bilik maybe dia dah keluar masa tu. Sempat berguling² segala sambil bersiap untuk aktiviti malam pula, lebih kurang pukul 8malam kami dah ada dalam MRT menuju ke stesyen Lumphini untuk meninjau Suan Lum night market. Di Bangkok ada sangat banyak night market aku rasa hampir setiap stasyen yang kitorang turun mesti ada night market. Antara yang popular adalah Pat Phong (Silom MRT) dan Suan Lum (Lumphini MRT) Kami cuma tengok² saja tak beli apa pun. Kemudian kami ke stesyen Sala Daeng (interchange station for MRT & BTS) untuk tukar train ke Siam Station, tujuan adalah ke Hard Rock Cafe.
Pasar malam di Siam Station
Turun kat sini pun ada pasar malam yang penuh sesak sampai nak jalan pun tak boleh. Kami tersalah arah sampai sempat juga Ezu membeli beg pastu terus pakai :). Setelah bertanya beberapa kali baru tau rupanya dah salah arah dan terpaksa berpatah balik, aku tak kira jalan gak atas jalan raya sebab jalan ikut night market sangat susah (tapi kat tepilah kau ingat aku kebal ke nak jalan tengah jalan) akhirnya jumpa juga. Terbelilah juga sehelai dua T-shirt untuk diri sendiri. Sambil² jalan kami menjeling juga kedai² makan kot la ada yang halal, tapi hampa tak jumpa. Sudahnya kami rendam meggi kat bilik bantai 3 bungkus sekali hadap untuk 2 orang. heee.. eh, oklah, macam dah sangat panjang karangan mesti bosan nak baca meleret².

Hari berikutnya adalah hari ke pasar dan keretapi. OK, bye

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum