Hot Air Balloon Festival, Putrajaya

Salam semua,

Hujung minggu yang lepas selain Matta Fair di KL Convention Center, juga merupakan kali ke 4 Putrajaya mengadakan Hot Air Balloon Festival. 1st time it was held, I don't even bother. 2nd and 3rd time of the event I was stationed 180km away somewhere in Segamat. Dan kali ke 4, aku tetiba terasa nak tengok depan mata macam mana rupa belon udara panas ni, sementelaah aku pun dah lama tak keluar ambil gambar, and surprisingly aku ke sana dua kali! Jumaat nak balik kerja officemate dah siap war war kan nak bawa anak-anak tengok belon kat Putrajaya aku yang selalunya ignorant person tetiba sibuk-sibuk pula nak tau. Terus sms 'kawan, ko taknak bawa adam ngan adra tengok belon kat Putrajaya ke? kalau pergi malam ada fireworks segala'. Lepas kawan bincang-bincang dengan wawi 'haa.. oklah ada fireworks tu pakej la untuk dorang'. Jadi petang sabtu berduyun-duyun lah rakyat jelata termasuk kami ke Putrajaya. Alhamdulillah tak hujan walaupun ramalan kaji cuaca kata ribut petir dari Jumaat sampai Rabu di Putrajaya. Pagi Ahad pula gigih aku, Hifzan & Fatt bangun pagi kengkonon nak dapat parking barisan pertama. Hampeh!  Apa-apa pun tengok jelah gambar yek
Adam dok takut apa tah tengok belon tu, tak macho la Abedam ni! "adam tak takut, adam cuma taknak tengok je" eleh.. adam takut kan??
Doraemon vs Felix
Mama sorang yang sengih, yang lain semua muka abah, muka ketat!
Look at the amount of people!
Fireworks show
On sunday morning, lebih meriah belon-belonnya!
 Macam nilah diorang kembungkan belon maha besar tu
Is it a plane? is it a bird? No, its a hot air balloon with paragliders

Hari Ahad pagi tu tak di nafikan lebih meriah kerana hampir kesemua belon berterbangan ke udara menghiasi ruang udara Putrajaya. Memang berbaloi-baloi aku bangun awal pagi tu walaupun terpaksa cilok parking kat depan tandas awam! heee.. next entry aku sambung pula cerita aku di Bangkok ye!

1 comments:

    woweee.. gambar fireworks adalah terbaik!!

     

Blogger Templates by Blog Forum