Muhammad Adam

Ini Muhammad Adam bin Mohd Zawawi, aku kenal dia sejak dia dilahirkan 2tahun 5bulan yang lepas. Dia bukan anak aku, tapi aku selalu rindu dia. (skrg dah tambah sorang lagi, Haidhar pon aku selalu rindu jugak -.- ) Mama Adam, Ainiyah dah 6 tahun aku kenal. Abah dia 5 tahun lah kot aku kenal. Adam sangat banyak celoteh, sangat comel dan menghiburkan. Dia selalu jerit kat aku, auntie Apiisshh!!!! Sekarang dia dah pandai panggil aku kawan pulak! haha.. Sejak balik Kuching awal tahun 2011 dia selalu telefon aku suruh tanya bunyi-bunyian binatang, ayam bunyi mcm mana? kok kok kok! dog bunyi mcm mana? gung! gung! cat bunyi macam mana? meoww! paling dia nak suruh buat bunyi, buaya bunyi macam mana? khhuuuu!! sambil muncung hampir cecah hidung! heee... tapi sekarang aku dah boleh borak dengan dia, tanya makan apa, mama masak apa, dah mandi ke, pakai baju apa. Jawapan paling suka, adam pakai suar jim! sua jim adam manyak! ada 3 je! adro pon pakai suar jim! dan dia suka kalau dapat pergi kodai, dapat tengok bok (bot), bah (bas) sekejap dia jadi orang nogori sekejap dia jadi orang terengganu. Aku selalunya tak berapa nak faham apa dia cakap, cuma cuba tangkap perkataan akhir saja. Contoh: kita pot pet pot pet pot pet nek train! maksudnya, kita nak naik train! Tapi selalunya kena ada translator bertauliah khas adam siapa lagi kalau bukan mama dia. Ini koleksi gambar dia yang saya ada sepanjang kehidupan saya bersama dia. Thanks kawan bagi aku share rasa berkasih sayang dengan Adam and sorry kekadang aku ada gak termarah dia kalau dia buat perangai  :)
Ini mama & abah adam 2 bulan sebelum Adam dilahirkan
Adam ketika berusia beberapa hari
Outing pertama kami bersama ketika dia 5bulan
Ini aktiviti tahun baru ketika dia 6 bulan kami ke Frazer's Hill
Dia memang sangat suka air!
Mata sepet sebab mama dia ngata mata aku selalu! haha
Dia juga suka kucing macam aku! :D
Masa tangok buaya di Kuching
Naik train nak pergi taman! Peace! :D

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum