10 Tips Jalan²

Aku kan asek cerita pasal jalan². Meh aku list kan 10 tips jalan-jalan untuk kemudahan perjalanan anda.

1. Pertama sekali, mestilah budget. Buat check list untuk budget seperti tambang, accommodation, sewa kereta/ pengangkutan awam, makan minum dan sebagainya. Aku biasa beli tiket kapal terbang lebih kurang 9bln - setahun awal time AA buat promosi sbb nak murah. Bawa duit secukupnya berdasarkan budget. Kalau boleh bawa la extra serat dua untuk emergency atau tetiba terberkenan kat satu barang yg mmg takde kat tmpt lain takdelah kang mandi tak basah, mkn tak kenyang, tidur tak lena teringat². Satu lagi, kalau nak ke oversea dan korang peminjam PTPTN, sila bayar pinjaman anda setiap bulan bg mengelakkan nama disenarai hitam. Boleh check black list kat sini. erk, kawan jgn marah aku :P. Pastikan juga passport masih valid sekurang²nya 6 bulan sebelum tamat tempoh

2. Pastikan jenis beg yg korang nak bawa bersesuaian. Kalau korang nak pergi pulau atau tempat² yang agak rural maka backpack adalah lebih sesuai. Bayangkan camne la korang nak tarik luggage troli atas pasir/ jalan tanah merah, tak ke korang gak yg haru kene pikul beg tu sbb takleh nak seret.

3. Bawa barang yang penting dan baju yang mencukupi sahaja. Beg tu sendiri dah berat, tmbah dgn barang yg mcm nak duduk sana 10D9N walhal cuti cuma 3D2N. Tak perlu sampai nak bawak rumah sekali pergi bercuti. Hotel/chalet/hostel tmpt anda menginap akan sediakan basic needs at least tuala dan sabun mandi mesti ada. Buat check list barang keperluan dan baju yg akan dibawa berdasarkan destinasi dan jumlah hari nak bercuti. Silap haribulan terlebih bawa barang kene pulak excess luggage fees… Kecuali ko gila kaya mcm artis hollywood yang travel boleh bawa satu wadrobe sebab dia ada private jet jadi tak perlu risau pasal luggage.

4. Study your destination well. At least thing to do list ada kat hujung jari jek. Sekurang²nya takdelah senang² ko nak kene kelentong especially yang melibatkan budget. Kalau boleh print map sekali. Boleh tanya en. google. Boleh juga tanya kawan² yg pernah ke sana/ tinggal di sana. Sampai airport, cari map dulu, then sampai hotel, study map tersebut jgn simpan je dlm poket buat pekasam, bila dah sesat baru terhegeh² nak cari

5. Buat itinerary sepanjang bercuti. Time management sgt penting semasa cuti bagi mengelakkan anda rugi masa, tenaga, duit dan yg penting tak rugi waktu rehat atau tidur. Bercuti mmg memenatkan ye sebenarnya, jadi rehat adalah diutamakan. Biasanya 4-3 bln sebelum pergi aku akan start browse destinasi tersebut dan start contact travel agent/ hotel. Sila negotiate harga especially yg melibatkan tour. Jgn nak terus agree ngan harga yg dia bagi la dik oii. Dan mintaklah quotation dari 2-3 agent so boleh study and compare harga dan package. And you also can compare their attitude from the way they reply your emails/ phone call

6. Agak² tmpt yg korang nak pegi tu mcm susah nak cari makanan halal atau kawasan yang agak tak bandar kedai pkl 5ptg dah tutup, haa, sila masukkan brg makan seperti meggi, biskut, roti, sardine, tuna, bla bla bla dlm check list barangan ko kecuali korang nak diet sambil jalan²lah. Den tak mau eh. Bawa 3 in 1 pon digalakkan.

7. Bila dah sampai destinasi, dari airport nak ke hotel silalah ke kaunter teksi amek teksi berkupon untuk elakkan ditipu/ kene pau. Walau lebat mcm mana pun duit ko, sure terus hilang mood kalau sampai je dah kene tipu/ pau. Boleh juga arrange dgn pihak hotel untuk jemput kat airport tp off course ongkosnya kene ada

8. Sepanjang berjalan² keep your body hydrated. Penting sesangat ni bawaklah at least sebotol air mineral dan sedikit kudapan. Pernah aku ke Chu Chi tunnel di Saigon (eh, aku blm cerita pasal Saigon ek), kami mmg lapar dan nasib baik aku bawa biskut sebungkus, sedang aku offer biskut tiger kat kengkawan lain tiba² ada seorang pelancong jepun mintak biskut tu, nmpak sgt dia lapar. Sejak tu, mmg aku bawak mcm2 biskut dan 3 in 1 kalau pegi jalan²

9. Lebihkan ramah jgn malu nak bertanya. Malu bertanya sesat jalan dik! Kalau nak naik kenderaan awam, tanya dulu pihak hotel atau local people what option do you have. Kalau nak naik teksi be carefull dgn teksi sapu

10. Enjoy your trip. Mmg sometimes ada je benda tak best yg berlaku, tp anggap je itu sebahagian pengalaman berjalan² di tempat orang, jgn lupa senyum :)

*Note: List ini berdasarkan pengalaman aku yang masih single mingle dan travel dgn orang² single dan poket yang tak berapa nak lebat.

1 comments:

    On May 30, 2011 at 1:31 PM ainiyah said...

    aku yg poket tak lebat & beranak pinak pon ikot tips ko kawan..

     

Blogger Templates by Blog Forum