Pulau Kapas, Terengganu

Mcm lama tak cerita pasal jalan². Aku start pergi Pulau Kapas ni tahun lepas selepas cubaan kawan nak bawa aku ke sana berkali² tidak kesampaian, akhirnya tahun lepas sampai 3 kali aku pergi Terengganu dlm masa 3 minggu. Alhamdulillah thn ni pun dah 2 kali sampai. Pulau Kapas ni terkenal bila musim candat sotong. Ramai orang datang sini nak pergi candat sotong. Tahun lepas aku pergi try test gak mencandat, ambek ko muntah ijau hahaha.. tp berbaloi sbb aku berjaya menaikkan sotong² sepanjang lengan! Seronok bila dapat, pastu sambung melepek mabuk laut.
Thn lepas pergi dgn kawan tgh pregnant Adam
Wawi gaya takde arah (jon, aku pinjam gambar)
2nd trip nak p candat sotong plak
Hasil tangkapan nelayan tak bertauliah :)

Senang je nak ke Pulau Kapas ni, heading towards Terengganu thru Karak Highway, lepas tu masuk east west highway, dan terus ke jeti Marang (lebih kurang 15minit sebelum sampai Kuala Terengganu). Belok ke kanan di traffic light depan Hotel Seri Malaysia, belok ke kanan lagi di hujung jalan sehingga anda nampak signage Jeti Pulau Kapas. Parking kereta RM7 sehari, bot pergi dan balik RM40. Chalet yang terkenal kat sana Makcik Gemuk Beach Resort lah. Tp aku selalu masuk je mana² chalet yang ada kosong, sbb selalu pergi main terjah je takde booking bagai. Biasanya aku akan guna perkhidmatan Suria Link Boat Service (Abg Zack) sbb walaupun semua kaunter kata bilik dah penuh, tp abg zack mesti manage untuk dapat bilik kosong. Oh, boleh juga tanya abg zack kalau nak pergi candat sotong tp belum booking bot.
Tahun ni dah ada adam & kawan pregnant yg kedua
Kat Kapas bnyk Nemo (nama dia clown fish ye kawan-kawan)

Yang selalu aku stay untuk chalet budget, Kapas Beach Chalet (KBC). Ada 3 rate, RM40/nite, RM70/nite & RM80/nite, boleh masuk 2 org sebilik. KBC tiada aircond dan TV ye, dorang nak suruh enjoy puas² kehidupan pulau. Mak cik Gemuk pula, tak silap aku bilik aircond boleh masuk 3 org RM120/nite. Selain tu ada jugak Harmony Camp Site kalau nak merasa tidur dlm khemah ditemani laungan ombak. Lain² option penginapan~ Qimy Chalet- besh gak chalet dia kat lereng bukit celah² hutan mengadap laut, tp aku tak tau rate dia, korang carilah sendiri yek, Kapas Island Resort, Beauty Island Resort, Duta Puri Island Resort dan Captain Long House. Berhampiran Pulau Kapas, ada sebuah pulau kecil bernama Pulau Gemia. Berdasarkan penglihatan aku, mcm besh je kalau dapat melepak kat pulau ni, cuma dia nampak mcm mahal sikit ah untuk org mcm aku yang berbudget ciput ni.
Aku biasanya ke Pulau Kapas over weekend saja (kawan la yg ajar ni, hee). Ada juga pelancong yang balik hari terutama kalau resort semua penuh, maka terpaksa balik la juga. Waktu yang sesuai boleh naik bot pukul 11 pg, dan balik ke darat esoknya 1st bot jam 9.30 pagi. Perjalanan cuma mkn masa 15-20 minit dan waktu check-in selalunya lepas jam 12tgh hari, so takdela kene tunggu lama sgt nak dapat bilik. Balik ke darat pagi² sbb aku boleh ambil kesempatan jalan² pula ke KT dan boleh take my own sweet time masa balik boleh singgah merata carik keropok bagai. Aktiviti kat pulau kapas mcm aktiviti pulau yg lain-picnic, diving, snorkeling, kayak dan jungle trekking. Mcm biasa makan & minum di pulau memang mahal, jgn terkejut sirap limau secawan RM4.50! Jadi kalau ke pulau kapas aku akan² bawa bekal segala bagai dari darat sometimes sanggup heret dapur portable aku ni pastu beli benda boleh masak² kat pulau, besh! Selebihnya, aku share gambar jela ek.
Bulan lepas membawa ain jalan-jalan
Ain yg 1st time bersnorkel
Nemo
Sunset @ Pulau Kapas
Aku yg sudah kelebaman
Jln-jln di KT ternampak stadium runtuh ni, dah mcm coleseum pulok!

Ini selingan yek.. Nescafe Chil lah 

1 comments:

    On July 21, 2010 at 4:12 PM ainiyah said...

    pulau kapas acara tahunan.
    tahun depan p bawak adam & adik adam pulak ek.
    mcm biasa asik wat penambahan ahli je!

     

Blogger Templates by Blog Forum