Kau bila lagi?

Soalan yg aku benci.

Selalu timbul bila ada majlis kahwin, terutama yang melibatkan saudara mara. Tak ada soalan lain ke? Cthnya apa khabar? Skrg kerja dimana, kerja apa dan bnyk lagilah soalan yang boleh di tanya, bukannya selalu jumpa pun sampai tak tau nak tanya apa. Teringat email jokes yg dihantar teman pasal soalan ini disebabkan ramai sangat yg veteren bertanya di majlis kahwin, jadi di satu funeral selamba soalan sama diajukan semula kepada yg suka bertanya di majlis kahwin td. Mau sampai aku buat begitu? Tp aku masih waras, masih cuba memelihara adab ketimuran, mana mungkin begitu. Biasanya soalan itu aku biar berakhir dengan noktah, titik. Tanpa jawapan. Lu pikir la sendiri weh! Huhu dlm hati sahaja lah. Selebihnya aku buat² tak dengar.

Orang kata kahwin itu best. Mungkin. Aku tidak tahu. Selak saja surat khabar. Berita apa yg banyak selain berita Najib berkempen 1 Malaysianya dan berita kemalangan? Yup, berita cerai, buang anak, suami pukul isteri, suami/isteri curang, bapa rogol anak, adik rogol kakak dan sebagainya. Gerenti ada. Setiap hari tanpa gagal. Berita bapa/ ibu mithali? Adalah setahun 2-3 kali.

Pendapat aku? Itu semua bahagian masing². Bahagian aku adalah soalan itu, masih tidak mengapa. Jiran depan rumah aku 3 hari sebelum nikah pertunangan diputuskan tp majlis tetap diteruskan tanpa pengantin memandangkan surat jemputan sudah diedarkan 3 minggu sebelum. Semua bertanya mana pengantin? Letakkan diri kau kat tmpt dia. Pasti malu dan pilu. Mengapa terjadi? Wallahualam. Hanya mereka dan tuhan yang tahu. Kawan aku, suami meninggal dilanggar lari ketika pregnant 7bln anak sulung dibulan puasa. Sgt tragis kan? Cerai? Boleh tahan bnyk juga di sekeliling aku, sgt dekat.

Takut? Ada juga. Belum bersedia? Mungkin. Memilih? Tak juga. Tak terfikir? Ishk, mana boleh. Tak cari ke? Eh, aku sgt selalu pergi cuci mata! :P Jual mahal? Tak tawar mmg mahal lah! Belum jumpa? Ya! Ya! (haha) Org takut kot kat aku, heee.

Pernah aku buat lawak dgn emak, kalau aku tak jumpa mencari emak sajalah carikan. Jawapan emak? Kau cari sendiri pun tak berkenan, kalau aku yg cari lagilah kau tak berkenan! Haha.. emak mmg terrer baca isi hati aku. Sbb itulah dia emak kan? Aku suka emak tak pernah sekali pun tanya soalan itu. Ayah? Dia tak kisah asalkan anak dara dia ni tau batas²nya.

Mungkin aku belum sedia. Masih mahu ke sana ke mari. Saban hujung minggu pasti ada rancangan. Kadang-kadang sampai tak cukup weekend. Ada teman (yg masih bujang) berhasrat mengambil anak angkat. Bosan katanya sendiri. Aku membayangkan diri sendiri. Bgn malam buat susu? Mungkin boleh. Cuci kencing berak? Takde masalah. Nanti nak tgk wayang? Tidak. Picnic bagai? Tidak. Panjat bukit? Tidak. Shopping dari kedai buka sampai kedai tutup? Tidak. Jalan-jalan? Tidak. Buat kerja gila travel dari Segamat~KL~Terengganu~KL~BP~Segamat dalam 2 hari? Lagilah tidak. Owh, sangat tidak boleh. (aku mmg kagum Umie Aida boleh besarkan 2 orang budak yang bukan anak sendiri) Ye, aku masih sayang hidup bujang huha huha aku. Itu saja yg emak selalu bising, simpan² duit katanya jangan diboncah². Yup aku org jawa. Yelah emak! KWSP pun simpanan kan? Heh.. aku cuma sengih. Jadi, aku bila lagi? Biarkan soalan itu begitu. InsyaAllah akan bertemu.

4 comments:

    sunggoh ni. kau bila lagi pis?
    tapi aku doakan semoga kau cepat jodoh, amin

     
    On July 9, 2010 at 11:27 AM ainiyah said...

    ahhahahhaha..org malaysia mmg suke kepoh.
    buat suke hati jek weh
    nanti BILA LAGI dah berlansung,ade lg soklan BILA nak ber 3, dah ber 3 tanye lg eh taknak tambah.
    haaa keje beranak laa ko sebab nak bg jawapan kat diorg tu.emo gak aku!!
    bile anak ko dah berderet penuh kete,BILA nak tukar kete?tu pon bleh jd soklan gak.kepoh kan??

    nnt aku tanye balik,bile nak p Mekah?duit byk jgn dok kepoh kat org time kenduri,p wat ibadat lebih.
    emo lg.biar la.heheh

     

    betul..betul..betul.. semua nak kepoh..

     
    On July 13, 2010 at 11:02 PM Anonymous said...

    weh, aku mmg sokong aini. bler ko dh settlekan 1 phase, phase yg lain plak yg akn jd persoalan..
    ni skang aku tgh penat bg jwp bler org tanyer 'bler nk bertiga plak...?'

    aish diorg nih... sape la yg tamau, kan? kekadang org yg btul2 nk tu blom diberi rezeki lg. yg senang nk dpt, dibuang2 nyer plak! hishhh!!!

    senang kate, buat tatau jelah. as long as ur own parents tau ape yg ko buat...

    -deena-

     

Blogger Templates by Blog Forum