Kaki Jalan / Jalan Kaki?

Ya aku mengaku aku mmg kaki jalan yg jalan kaki.. jangan tak tau aku bleh buat Medan seperti Singapore dgn jln kaki kat bandar dia walau pon sebenarnya tak sesuai sbb habuk & kenderaan yang banyak di atas jalan dahle takde laluan pejalan kaki. Ok, itu yg berkaitan tajuk cerita ini, tp sebenarnya aku nak cerita pasal jalan2 aku saja. Ada pulak org request (tak sangka ada org baca wow! teruja) aku cerita pasal jln2 aku instead of cuma summary kat 1st entry tu. Tp takdelah smpai nak cerita satu persatu, yang terpilih saje ok? kalau nak lagi detail sila login akaun email anda dan email saja kat aku nescaya aku rela kongsi lebih cerita :D..

Start dgn jalan2 tengok gajah. Ia adalah di Kuala Gandah. Lebih kurang +-1jam saja dari KL bergantung kepada tahap kelajuan anda memandu. Dari KL sila ambil karak h/way menuju ke pantai timur dan keluar exit Lanchang. Selepas tol belok ke kanan dan follow saja sign board ke elephant sanctuary (lebih kurang +-30minutes drive). Di sarankan anda pergi pagi2 untuk mendapatkan permit bermesra bersama gajah. Permit ini adalah terhad walaubagaimanapun diberi percuma. Ada dua jenis sticker permit - sticker merah untk memberi makan sahaja, sticker kuning anda boleh menunggang dan mandi bersama gajah. Diingatkan untuk membawa makanan yg bersesuaian dgn gajah seperti carot, kobis, buah2 dll supaya anda gembira apabila gajah mengambil makanan anda kalau tak anda gigit jari menyampah tgk dia amek makanan org lain dan tak "sawadikap" kat anda sbb anda tak bawak apa2 kecuali diri sendiri. Aku juga cadangkan membawa bekalan makanan utk diri sendiri sbb kedai makan cuma ada satu dan bila lunch apa yg kitorang tanya semua takde kecuali mee goreng yg ala2 tawar ke masin aku pon tatau kategori apa. 

Aktiviti2 utama bersama gajah hanya akan dimulakan selepas tengah hari jadi kerana anda telah tak mau berebut2 utk dpt permit tersebut dgn datang pagi2, sementara menunggu tghhari anda boleh ke deer land berhampiran tmpt gajah tersebut lebih kurang 5-10 minit memandu. Walaupun namanya deer land tp dia ada macam2 bianatang yg merupakan tanah milik persendirian yg dibangunkan ala2 safari (bukan night safari ye). Pengunjung berpeluang menyentuh dan memberi makan kepada binatang2 yg ada disitu dan disetiap section pasti ada pembantu yang akan menerangkan secara terperinci mengenai binatang2 berkenaan. Ada deer (of course!), kucing, burung, ayam, ular, beruang yg comel dan bnyk lagilah yg aku tak ingat. nak masuk sini kene bayar RM5 sorang yek. tp memang best masuk sini terutama for kids sbb aku yg tak berapa kid ni pon sgtlah excited. Sungguh aku tak tipu! :D
Nah gambar tgk excited tak aku walaupun sebenarnya mcm takut dgn benda atas kepala tu tetiba lompat dpn muka aku. Dah puas bg mkn binatang2 kat sini, moh kita balik semula ke tmpt gajah2 tadi.
Gajah ini cacat kaki kiri sebelah hadapan kerana terkena perangkap. Mujur dia berjaya diselamatkan. Kesemua gajah2 yang ada disini adalah gajah2 liar yang berjaya diselamatkan. Apa tah nama dia ni sudah tak ingat bukan tiap2 hari jumpa dia. Setiap kali dapat makanan dia mesti akan buat gaya sawadikap ni sebagai tanda terima kasih.

Eh, aku dah bnyk sgt bebel pasal jalan2 tgk gajah ni. Kang tak larat lak org nak baca panjang2 bla bla bla ni. ok jln2 lain aku sambung entry lain ek. Oyasuminasai!

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum